27 July 2018

CERITA TAUHU YANG TIDAK TAHU DAN AKHIRNYA TAHU


Hai uoll, lama tak bersiaran kat blog. hehe.tak tau pergi mana mood ber blog. memandangkan harini rasa nak ber blog AR nak share 1 kisah yang menambat hati, menusuk kalbu yang dikongsi di group whatsapp. AR copy paste kat sini. 

"Ada seorang penjual tauhu yang setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai  ke pasar, dia perlu naik kenderaan awam.

Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui kawasan  sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada ALLAH agar tauhunya habis dijual

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.

Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam petak sawah...

Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan sahaja untung, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan  seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.

Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan awam yang setiap hari dia naiki pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban !

Dia terselamat dari nahas tersebut kerana terpaksa membatalkan perjalanannya ke pasar perniagaannya, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga dia tidak jadi untuk berniaga pd hari itu dan membawa semua  tauhu-tauhunya yg sudah rosak dan hancur kembali ke rumah.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik  telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yang anehnya penternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur kerana ia hanya utk  dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penternak itu menangis kerana tauhunya yang rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..

Pengajaran.
Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh ALLAH dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang diminta.

ALLAH Maha Mengetahui keperluan kita, berbanding diri kita sendiri.

Kerana itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali merungut protes dan mengeluh, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu.
Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.

“Jika ALLAH menjawab doamu, DIA sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, DIA sedang menambahkan kesabaranmu. Jika DIA tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”

Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-NYA."

Sumber: Ustaz Iqbal Zain al Jauhari

Segala Maha Suci lagi Maha Puji hanya bagi ALLAH.

Macam tu lah kita kan...sesungguh nya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Semua yang terjadi ada hikmah nya. Semoga kisah ini juga dapat memberi pengajaran untuk semua yang membaca. 


Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.



Continue Reading

21 May 2018

PROMOSI SHAKLEE MEI ~ JUN 2018

promosi shaklee

Hai korang..moga belum terlambat untuk AR update promosi bulan Mei dan Jun ni sempena bulan Ramadhan. Set puasa untuk kita2 serta anak2. Alhamdulillah pasti puasa kita ceria dan sihat. 

Apa yang best promosi shaklee kali ni ialah..Buy 2 get 10% discount. Haa Twin pack promosi korang. Apa lagi kena la dapat kan untuk berpuasa. Lagi best kalau korang beli mana-mana dua set twin pack korang akan dapat FREE eco pack-n-go bag. waaahhh comel tau beg tu. boleh bawa kemana2. Best sangat. 



Twin Pack 1 : Performance Drinks pilihan sihat untuk penghidratan optimum. Mampu menghilangkan rasa dahaga serlahkan prestasi terbaik anda dan kekalkan momentum. 

Dengan proprietari opty-lyte campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum. 


Kenapa kena pilih Performance drinks berbanding minuman isotonic. Tiada perisa tiruan, tanpa pemanis tiruan atau pengawet tambahan. 


Twin Pack 2 : Cinch Shake Mix Vanila - Berkhasiat dan mengandungi serat & vitamin untuk keperluan orang dewasa. Kaya dengan protein 16g, Kaya dengan serat 6g, rendah GI dan mengandungi leusina. 

Memberi rasa kenyang yang lebih lama, pergerakan usus lebih lancar, Membekalkan tenaga dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang. 

Mengekalkan otot untuk mencapai berat badan sihat. 

Twin Pack 3 : Mealshakes makanan lazat dimana-mana untuk kanak-kanak menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. 

Mengandungi 19 vitamin & mineral, kaya dengan zink, kalsium & protein, kaya dengan serat dan rasa vanila yang enak. 

Membantu pertumbuhan dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat, memberi kesihatan penghadaman. Kanak-kanak pasti sukakannya. 


Haa jangan lupa dengan setiap pembelian 2 set twin pack. korang layak untuk dapat eco bag ni secara percuma. Best boleh angkut vitamin korang kemana2 saje. Yeah...jangan lupa order tau. 






Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )
Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.



Continue Reading

19 April 2018

7 VITAMIN PENTING SEMASA HAMIL JIKA NAK BAYI YANG SIHAT DAN BIJAK

set hamil shaklee

Assalamualaikum bakal ibu dan mommy sekalian..harini AR nak share 7 vitamin penting semasa hamil jika nak bayi sihat dan bijak. So kena jaga2 tau aspek pemakanan semasa hamil amat perlu dijaga kerana ia membekalkan sumber nutrien yang bakal diserap tubuh untuk membantu proses perkembangan diri bayi dalam kandungan. Bukan itu sahaja ye...ia juga diperlukan untuk penjagaan kesihatan diri uolls sendiri yang bakal melalui proses kehamilan dan seterusnya melahirkan bayi dalam masa terdekat. Jadi nya badan dan fizikal kena la sihat dan cukup nutrien.

Pertumbuhan dan perkembangan otak bayi bermula seawal usia dalam kandungan bermula dengan pembentukan neural plate embrio sekitar hari ke 16 selepas disenyawakan. Hari demi hari proses pembentukan saraf dan otak bayi akan berkembang pesat sehingga ia menjadi lengkap hingga lah ia dilahirkan.

Oleh sebab itu, kita bakal ibu dan mommy yang bijak ni perlu lah ambil berat soal pemakanan. Ini penting bagi memastikan proses perkembangan otak bayi berjalan dengan lancar dan sempurna. Semasa hamil anda perlu mengambil vitamin tambahan seperti yang disarankan oleh doktor. AR sendiri memang dipantau oleh doktor akan pengambilan vitamin Shaklee. Doktor akan bagi nasihat berkenaan dose dan pengambilan nya. Alhamdulillah beliau tak ada masalah dengan pilihan AR.

Antara vitamin penting semasa hamil ialah

1. Asid folik adalah nutrian penting dalam pembentukan sel otak dan untuk memastikan bahagian saraf tunjang bayi terbentuk dengan sempurna. Asid folik perlu diambil seawal tiga bulan sebelum hamil hingga lah bulan ketiga kehamilan. Dose yang diperlukan sekitar 400mcg sehari

2. Multivitamin
Kebiasaannya vitamin ini diambil selepas kandungan berumur tiga bulan. ia adalah vitamin lengkap yang bakal membantu perkembangan dan pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Juga sesuai untuk ibu hamil yang mengalami HB Low

3. Zat Besi 
Zat besi adalah nutrisi yang sangat penting semasa kehamilan. Ia diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh bahagian tubuh bayi termasuk otaknya. kekurangan oksigen pada bayi boleh memberi kesan negatif kepada IQ bayi. Dan juga mengelakkan dari gejala HB Low.

4. Omega 3

Omega 3 pula sangat penting dalam penghasilan grey matter dan pembentukan neuron. sel neuron ini berfungsi sebagai penghubung dan penghantar maklumat daripada otak kepada sel saraf yang lain. Antara sumber utama Omega 3 ialah Minyak Ikan Omega 3. Oleh itu doktor sangat menyarankan ibu hamil menambahsuplemen minyak ikan semsa hamil. Ia sesuai diambil selepas kandungan berusia tujuh bulan.

5.Vitamin C 

Vitamin C sangat penting untuk merangsang penyerapan zat besi dan asid folic, Membantu penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan. meningkatkan sistem imun bagi melawan jangkitan dan penyakit 


6. Kalsium

Pengambilan kalsium bukan sekadar penting untuk kesihatan tulang dan gigi bayi tetapi juga kepada otak. Kalsium memainkan peranan penting dalam penghantaran isyarat kepada sistem saraf terutama di bahagian otak. kalsium yang mencukupi diperlukan untuk otak berfungsi dengan baik disamping mengelakkan gangguan kepada sistem saraf. jadi anda kena pastikan diri sentiasa menjaga pemakanan dengan baik. Jika tidak, kena tambah suplemen kalsium.

7. Protein

Protein amat penting untuk menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat. Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat. Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.


Walau apa pun vitamin pilihan mommy sekalian pastikan ianya selamat untuk mommy dan baby tau. Semak kualiti dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau nak cuba Shaklee In Shaa Allah ianya 100% dijamin selamat untuk ibu hamil. 


Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )
Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid 
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com


Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di  Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Puchong, Seri Kembangan dan Taman Puncak Jalil


Continue Reading

13 April 2018

3 PUNCA HB RENDAH @ ANEMIA PADA IBU HAMIL

Hb rendah dan anemia ketika hamil



HB rendah (hemoglobin) atau anemia sangat familiar untuk ibu hamil terutama sekali bila kandungan sudah memasuki trimester kedua dan ketiga.

Yang pasti masalah anemia atau hb rendah jangan di pandang rendah ye mommy sekalian takut-takut memberi kesan kepada mommy dan anak je nanti. Setakat 4 orang anak ni Alhamdulillah AR tak pernah lagi mengalami hb rendah ni. Seingat AR paling rendah pun 11  Doctor nak bacaan normal untuk ibu hamil ialah 12 kan.

So..AR nak share 3 punca yang menyebabkan HB rendah @ anemia pada ibu hamil antaranya ialah


1. Kurangan Zat Besi

Wanita hamil kerap mengalami anemia jenis ini iaitu kekurangan zat besi (iron). hemoglobin adalah protein dalam sel darah marah yang mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh badan. Apabila badan anda tidak mencukupi zat besi ia tiada sumber nutrien untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi.

2. Kekurangan Vitamin B12

Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk anda mengamalkan diet yang seimbang supaya badan dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.

Sekiranya tidak makan daging, produk tenusu dan telur, anda berisiko tinggi kekurangan vitamin B12. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi mengalami masalah kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pramatang.

3. Kekurangan asid folik

Asid folik adalah sejenis vitamin B. Tubuh perlukannya untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat Semasa hamil anda perlukan lebih asid folic

Kekurangan asid folik akan menyebabkan tubuh badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. kekurangan nya menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan berat badan bayi kurang semasa dilahirkan.

7 Punca masalah anemia yang lain

Kekurang zat besi akibat dari pemakanan tidak seimbang

kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh

kesan sampingan akibat kaedah perubatan tetentu

Pembawakan faktor genetik contohnya talasemia

Kehilangan banyak darah ketika haid / kehamilan

Masalah hemoglobinopathy  (keganjilan hemoglobin dalam darah)

Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit

Cara Mengatasi Masalah Hb Low @ anemia ketika hamil 

Set Hamil Basic Shaklee mengandungi Vitalea Iron Formula yang kaya dengan zat besi dan multivitamin untuk kehamilan, Bcomplex yang mengandungi asid folic dan juga Vitamin B12. 

Vitamin C yang membantu penyerapan iron yang lebih baik. Disokong oleh Protein yang membantuk tumbesaran bayi dengan lebih baik dan omega guard untuk kesihatan otak dan mata bayi. 



Testimoni Set hamil shaklee untuk HB low






Kat sini AR ada share makanan untuk mengatasi masalah hb low. http://www.ajuyarashid.com/2017/09/14-makanan-tambah-darah-dan-naikkan-hb.html




Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )

Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

Continue Reading

11 April 2018

TINA DI PERTANDINGAN ACTION SONG


Alhamdulillah..Baru2 ni anak AR yang sulung iaitu Tina join pertandingan Action Song peringkat sekolah. Berlangsung di Pesta buku di Shah Alam Convention Centre. Suka sangat dia excited nak pergi bertanding. So umi simpan sini la untuk kenang-kenangan nanti kan.


Kata nya pukul 7 dah kena ada kat sekolah. kalau lambat 1 saat teacher tinggal. hehe. Semangat bangun pagi2 mandi dan bersiap sempat sarapan roti coklat sekeping. Nak dijadikan cerita malam nya Tina sakit gigi. Gigi dia macam ada yang nak tumbuh kat geraham tu. so bila gigi dari dalam tolak nak naik akan kena la gigi yang sedia ada sebab tu akan sakit bila gigi kat dalam bergerak.

 AR pun dah tak tau nak tolong macam mana. Klinik gigi yang biasa pergi tu dah tutup malam kan. Pergi la klinik biasa ambil ubat tahan sakit. Siap menangis meraung2 lagi ha...sakit la umi. bertambah sedih bila dia bayangkan dia tak dapat pergi pertandingan tu. Tak nak hampakan kawan-kawan dan teacher yang dah berlatih sama2. huhu. Dan..Alhamdulillah pagi nya Tina dah sihat dan bersemangat nak pergi.


Tina yang paling depan sekali ni haa...mula2 umi tengok pun tak kenal mana satu anak umi. hehe


Tengah siap2 untuk buat persembahan. Terima kasih semua teacher yang terlibat. AR ingat nak pergi tengok jugak kat SACC tu. Tapi kata nya habis pukul 3 petang so tak dapat la nak pergi sebab ada lagi sorang budak sekolah nak kena ambil dan hantar ke sekolah agama pulak.



Semasa persembahan..Tina di barisan depan dan paling kanan. Bukan main tegak lagi dia haa...penuh konfiden di dada. haha. Sebenarnya AR pun tak sangka dia seberani itu. hehe. Sokong je la apa yang dia minat dan suka. Asalkan dia aktif.

            

AR tak dapat video penuh. Ini je yang mampu ihsan dari ibu bapa yang pergi ke sana. hehe. Ok la daripada tak de kan. In Shaa Allah 

Lagu yang mereka persembahkan ialah Havana, Action Song dan i Feel Good.


Gambar ketika menunggu keputusan.




 Alhamdulillah..Sekolah Tina Juara zone MBSA PPD Petaling Perdana...dan layak ke peringkat Daerah yang akan diadakan pada 19 April nanti. Kalah atau menang tak penting. Yang penting semangat dan keberanian serta anak-anak enjoy dengan persembahan mereka.

Terima kasih untuk Teacher dan ibu-bapa yang hadir dan share gambar anak2 ni. dapat la juga AR simpan kat sini sebagai kenangan. In Shaa Allah semoga anak2 ini sentiasa di dalam lindungan Allah dan maju jaya. 





Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.




Continue Reading