Seronok ye bawa anak-anak mandi kolam musim-musim ni. hehe..dah lama tak keluar rumah, tak tau nak bawa anak-anak jalan kemana boleh la cuba ke Nawawi's Cottage ni. Minggu lepas husband Kakya ikut kawan dia ke Nawawi's Cottage ni. Kebetulan takde pergi mana-mana weekend tu jadi la percutian yang menarik untuk kami sekeluarga di Nawawi's Cottage. Kata nya dekat je iaitu di Rembau (tapikan Kakya tengok alamat di di Kampung Sri Kendong, Melaka) haha..tak tau kenapa jadi confuse yang tu. Tak sampai 1 jam dari KL. So tak penat sangat perjalanan tu kan.
 |
Tak sabar dah nak terjun, suka la dapat check in awal boleh mandi kolam puas-puas |
 |
Lepak-lepak dalam bilik pun boleh tengok anak-anak mandi kolam. Hehe |
Apa yang best Nawawi;s Cottage ni bagi Kakya ialah kedudukan kolam dia betul-betul depan bilik kita. Haa itu kalau 5 bilik yang bertuah tu dapat la kolam depan bilik. Anak-anak mandi kolam mak-mak boleh landing kat katil sambil berehat tengok anak-anak mandi kolam. Tapi kalau orang lalu-lalang kat depan segan juga nak baring-baring kan. Tapi ok la dari kita nak berehat kat bilik anak-anak takde depan mata. Lagipun Kakya lebih suka lepak kat kerusi atau balkoni depan tu je sambil makan kuaci tengok anak-anak mandi.
 |
View waktu malam. |
Malam-malam pun ada yang mandi tau. Kakya saja je buat-buat tanya anak-anak nak mandi tak. Hehe..Nasib baik taknak. Sejuk kot. Baik bagi dorang tidur awal dan bangun awal esok hari untuk mandi lagi. Tepat jam 10 malam air cendawan tu di tutup. Anak dara melepak layan wifi kat luar kuat sikit. Hehe
 |
Nak keluar sarapan sempat snap sikit view dari bawah |
 |
Memang dalam kampung ye, dalam sikit. Tapi sangat tenang. |
Nawawi's Cottage terletak betul-betul dalam kampung gais, memang jalan nak masuk pun macam balik kampung. Terkagum sekejap hebat nya idea pemilik ni buat chalet kat dalam ni. sekeliling kawasan memang suasana kampung. Seronok pagi-pagi tengok view. Kiri kanan pokok.
 |
Kat bawah ni ada guest house juga tau, macam best je rumah kampung ada kolam kanak-kanak dan juga dewasa size sederhana. Sebelah kanan dan depan adalah rumah orang kampung kot. hehe |
 |
Mee Bandung 2 kali repeat, Lunch dan dinner. Nasi Goreng udang untuk anak-anak |
Dalam pukul 1 kita orang sampai terus ke Zain' Cafe di Nawawi Cottage untuk makan tengahari. Nak tau tak Mee Bandung dia sedap gila. Haha..Dengan udang dia yang sangat fresh, tak pernah lagi jumpa mee bandung yang sedap macam ni. Udang dia di goreng dulu sebelum dihias atas mee bandung. Walaupun sedikit pedas tapi Kakya layan je, Rasa macam nak menangis haa sebab pedas tapi sedap lepastu makan panas-panas ha siapa boleh bayang rasa tu macam mana. Sedap macam nak nangis. hehe. Masa tu tengah lapar pulak sebab tak sempat makan pun dari KL.
Bestnya dapat bilik betul-betul depan kolam begitu.
ReplyDeleteAduhai, terliur tengok mi bandung! Nampak menyelerakan sangat!
Ok nk p nnt
ReplyDelete