Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

03 November 2021

Percutian Menarik Di Nawawi's Cottage

 


Seronok ye bawa anak-anak mandi kolam musim-musim ni. hehe..dah lama tak keluar rumah, tak tau nak bawa anak-anak jalan kemana boleh la cuba ke Nawawi's Cottage ni. Minggu lepas husband Kakya ikut kawan dia ke Nawawi's Cottage ni. Kebetulan takde pergi mana-mana weekend tu jadi la percutian yang menarik untuk kami sekeluarga di Nawawi's Cottage. Kata nya dekat je iaitu di Rembau (tapikan Kakya tengok alamat di di Kampung Sri Kendong, Melaka) haha..tak tau kenapa jadi confuse yang tu. Tak sampai 1 jam dari KL. So tak penat sangat perjalanan tu kan. 

Tak sabar dah nak terjun, suka la dapat check in awal boleh mandi kolam puas-puas

Lepak-lepak dalam bilik pun boleh tengok anak-anak mandi kolam. Hehe
Apa yang best Nawawi;s Cottage ni bagi Kakya ialah kedudukan kolam dia betul-betul depan bilik kita. Haa itu kalau 5 bilik yang bertuah tu dapat la kolam depan bilik. Anak-anak mandi kolam mak-mak boleh landing kat katil sambil berehat tengok anak-anak mandi kolam. Tapi kalau orang lalu-lalang kat depan segan juga nak baring-baring kan. Tapi ok la dari kita nak berehat kat bilik anak-anak takde depan mata. Lagipun Kakya lebih suka lepak kat kerusi atau balkoni depan tu je sambil makan kuaci tengok anak-anak mandi. 

Nawawi cottage rembau
View waktu malam.
Malam-malam pun ada yang mandi tau. Kakya saja je buat-buat tanya anak-anak nak mandi tak. Hehe..Nasib baik taknak. Sejuk kot. Baik bagi dorang tidur awal dan bangun awal esok hari untuk mandi lagi. Tepat jam 10 malam air cendawan tu di tutup. Anak dara melepak layan wifi kat luar kuat sikit. Hehe

Nak keluar sarapan sempat snap sikit view dari bawah

Memang dalam kampung ye, dalam sikit. Tapi sangat tenang. 
Nawawi's Cottage terletak betul-betul dalam kampung gais, memang jalan nak masuk pun macam balik kampung. Terkagum sekejap hebat nya idea pemilik ni buat chalet kat dalam ni. sekeliling kawasan memang suasana kampung. Seronok pagi-pagi tengok view. Kiri kanan pokok. 

Guest House Nawawi cottage
Kat bawah ni ada guest house juga tau, macam best je rumah kampung ada kolam kanak-kanak dan juga dewasa size sederhana. Sebelah kanan dan depan adalah rumah orang kampung kot. hehe

Mee Bandung 2 kali repeat, Lunch dan dinner. Nasi Goreng udang untuk anak-anak
Dalam pukul 1 kita orang sampai terus ke Zain' Cafe di Nawawi Cottage untuk makan tengahari. Nak tau tak Mee Bandung dia sedap gila. Haha..Dengan udang dia yang sangat fresh, tak pernah lagi jumpa mee bandung yang sedap macam ni. Udang dia di goreng dulu sebelum dihias atas mee bandung. Walaupun sedikit pedas tapi Kakya layan je, Rasa macam nak menangis haa sebab pedas tapi sedap lepastu makan panas-panas ha siapa boleh bayang rasa tu macam mana. Sedap macam nak nangis. hehe. Masa tu tengah lapar pulak sebab tak sempat makan pun dari KL. 

Nawawi's Cottage
Dinner, Mee bandung dan Nasi Goreng Udang jugak. hehe

Nawawi cottage
Lepas sarapan singgah bergambar kat sini

sarapan di rembau
Keluar sarapan kat sini. Tak sampai 10 minit dari Nawawi's Cottage sebab Zain's Cafe kat situ tak buka pagi. Kita cari sarapan kat luar.

sarapan di rembau
Anak-anak menambah makan. Hehe sebanar nya umi yang tak cukup sepinggan share dengan 2 orang budak. Nasi Lemak ayam goreng tepung + telur mata. Ahaks. Dah kenyang balik sambung mandi kolam 
Haa..itu sahaja lah perkongsian Kakya kali ni bermalam ni Nawawi's Cottage 2hari 1 malam. Anak banyak lagi gambar, tapi cukup l yang tu kang bosan pulak banyak2 gambar. Ahaks. Kakya ambil 2 bilik maklum la anak ramai ( 1 bilik queen, 1 bilik 2 katil singgle). Untuk info lebih lanjut korang layari facebook Nawawi's Cottage sendiri ye. Selamat bercuti Nah Kakya tempek facebook Nawawi's Cottage ==> https://www.facebook.com/nawawiscottage


Continue Reading

07 August 2015

REVIEW RESORT : VILLA DANIALLA BEACH RESORT


Hai semua...serius AR baru teringat nak buat entry ni..awal puasa haritu sempat la menyinggah di VILLA DANIALLA BEACH RESORT. Resort ni terletak di Pantai Kandis, sempadan Tok Bali - Bachok. Alhamdulillah dekat sangat la dengan kampung husband AR. Kebetulan balik kampung awal puasa haritu takde orang dekat rumah. So kitrang decide untuk bermalam di sini. Alang2 dah sampai terus la bercuti kat sini je. Itu pun 1 malam je. 



Masuk je bilik...bising la anak dara AR..katanya macam katil "sofia the first" hehe...Yaya kan fanatic sofia the first. 



Villa yang kitrang ambil ni ada 1 katil queen dan 1 katil bujang. itupun dah kira cukup dah. Tapi jumpa owner yang baik hati dia tambah extra bed for free. so letak la kat sebelah katil bujang untuk kakak tido.


sangat luas...tapi TV nya dapat channel siam je..hehe. Tapi ok la bukan sempat nak tengok tv pun  kan.


Part bilik air memang best...Besar boleh buat tidur jugak..letak 1 tilam bujang kat situ..hehe..nak buat cemana make up kabinet siap ada haa...bilik dia pun berasaskan papan. mandi la kau dalam tub tu. leceh skit la kalau nak ambil air solat. kena panjat masuk dalam tub.



Sebelum sampai resort Villa Danialla ni sempat menyinggah di bazar ramadhan Pasar Jelawat. Biasa la En.Abg AR tu mesti nak jugak pasar ramadhan kat kampung dia.


View dari Villa kitarang..tapi tak nampak pulak pantai dari gambar ni. maklum la gambar dari handphone je. 




Kebetulan yaya demam masa pergi tu..kesian dia main pasir je mampu. 


Kebetulan masa anak2 tengah main pasir mandi kolam tu owner nya Dato' Hamidah..(betul ke eja ek..sebab ingat2 lupa name card yang beliau hulur kat husband. ) turun dari villa sebelah. anak nya ada tengah main valley ball kat sebelah tu. AR tak pasti la betul ke tak. hehe. tak nak citer lebih2 kang salah plak. sebab AR pasang telinga je kat blakang sambil tengok budak2 main. Husband tengah interview. dah borak2 tu Dato' ajak kitrang berbuka sekali kat tempat makan hotel tu. Tapi kitarang dah beli makanan banyak kat bazar. dah tolak dia ajak jugak boleh minum air pun xpe. So bawa la makanan kesana. 


Kolam yang agak besar untuk kita orang..hehe. Kakak tina sorang je yang mandi masalah nya. tingkat atas tak naik pun puasa kot. banyak juga gambar yang miss. Kalau tak boleh tunjuk kat uolls view lain kan. penat kot petang2 puasa dihari pertama. eceh. Tapikan kalau nak buat family day ke, meeting office ke boleh la sangat. Tempat dia memang luas dan privacy. hmm terus berangan nak ada resort sendiri jugak. 



Menurut Dato' pasir dekat situ la yang paling bersih, putih dan bersih. memang betul pun..tengok sempadan orang sebelah..hehe..memang berbeza. pasir ni pun perlukan maintainen tau..nak kena sapu tiap2 hari. daun ke sampah2 yang ombak bawa ke. 



Alhamdulillah..ok la jugak kitrang bawa makanan makan kat sini..xde la susah2 kat bilik tak ada pinggan la mangkuk kan. So boleh pinjam resort punya. Rupanya kitrang je tetamu untuk hari tu. yang lain tengah berbuka Dato' Hamidah dengan anak2 nya je. Boleh la merasa air nenas dan air kelapa. 

Baik sangat owner Resort Villa Danialla...Kebetulan orang kelantan jugak kan. Siap hantarkan air kelapa sebiji sorang. dah la AR pantang lagi air kelapa. orang kata xboleh minum lagi air kelapa. lagipun masa tu baby baru masuk 4bulan. Lepas berbuka beliau jemput lak sahur. Lagipun ada 2 voucher breakfast. 

Bersahur 4 orang je haritu..Dato' Hamidah dengan anak nya sorang. Kalau tak silap AR rumah dia la kot belakang dapur tu. hehe..masa sahur tak bawa handphone kalau tak boleh snap menu. Udang kara kecik goreng mentega + Daging Singgang. Sedap..selera betul makan. Sahur kot. yang special nya ada Dato siap buat kan Royal Jelly + madu + limau nipis. husband pulak tambah menu telur ayam kampung "half boil". 

Pengalaman yang tak dapat dilupakan. In Shaa Allah kalau berpeluang untuk singgah kitrang xkan lepas kan.  


Continue Reading