Showing posts with label Pulau Perhentian. Show all posts
Showing posts with label Pulau Perhentian. Show all posts

11 October 2017

PERCUTIAN 3H2M DI PULAU PERHENTIAN

bercuti di pulau perhentian

Hai semua..seperti yang dijanjikan..AR share sini percutian 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian. tempoh hari. 

Straight to point je la ye.. Malas punya orang..hehe. ok. AR bertolak dari KL ke Kuala Besut jam 11 malam. Husband drive sampai jam 7.30 pagi. Boat bergerak jam 8 pagi. parking je kereta terus brader yang tunggu kita orang dengan boat tu suruh pakai baju untuk snorkeling. Tukar la AR dalam keta je malas nak jalan gi tandas dan surau punya pasal sebab dah kesuntukan masa. dengan anak2 ramai pulak. Naik boat terus ke Pulau Rawa ke apa nama dia..ada 3 point semua nya..Point Ikan, Point penyu dan point coral. sebenarnya tak ingat sangat..tak fokus pun. 

point pertama nya kat sini lah..cantik sangat..macam nak melompat kegembiraan masa sampai tu. haha..bawa bekal roti banyak2 tau kalau nak datang sini bagi ikan makan


Enjoy tak bangun2 bersnorkeling. telan air masin pun tak sedar. yang best nya kat pantai tu lepak2 breakfast nasi dagang. ahaks


gambar atas dua tu point penyu..penyu dikata kan suka singgah kat situ. So jadi la point penyu. AR tak turun pun kebetulan Haris tidur. 

Gambar dua kat bawah...Lepas dah snorkeling pukul 12.30 tghari kita orang bergerak ke tempat penginapan iaitu di TUNA BAY ISLAND RESORT. Best sangat tempat dia. Pantai depan resort pun cantik. tak payah pergi snorkeling jauh2. hehe


Check in dan berehat..Husband sambung pergi memancing dengan geng bapak2. Kita orang 5 beranak berehat sepuas2 nya. Makan tengahari kita orang dah bungkus siap2 sebelum snorkeling tu. jimattt. Makan malam terlepas sebab tertido kepenatan. pukul 9.30 baru lapar nak gi cari makanan restoren resort dah tutup dapur sebab pukul 10 dah tutup. so makan maggi. (make sure bawa bekalan makanan ye)


Lepas breakfast pagi tu aktiviti mandi pantai. Bagi ikan makan, main pasir. Haris la paling banyak makan pasir. hihi


Makan tengahari hari kedua. Ala carte di Tuna bay island resort restaurant. Boleh tahan tomyam dia. Nasi goreng kampung Rm18.00 je ..je la kan. 

Petang sambung mandi pantai 


Malam kedua dinner di Coconut and cozy restaurant..Makan seafood malam tu. Alhamdulillah sedap sangat. lagi sedap bila orang belanja. hehe..BBQ di Tuna Bay pun nampak menarik. Tapi orang nak belanja kat sini layan jugak.

Breakfast hari ketiga di restaurant Tuna Bay. Lepas tu mandi pantai lagi. memang balik habis sun burn. budak2 lagi la. seronok sampai tak ingat panas. 


Hari ketiga..tak sempat tukar baju dah..terus tuju ke pantai


Check out..Tunggu boat transfer ke Kuala Besut


Bertolak pulang lah kita


Dari Tuna Bay Island ke Kuala Besut mengambil masa 45minit. 

Alhamdulillah..Kenangan yang tak dapat dilupakan Percutian 3 hari 2 malam  di Pulau Perhentian.



Continue Reading