Showing posts with label Hotel Ipoh Bali. Show all posts
Showing posts with label Hotel Ipoh Bali. Show all posts

25 July 2017

RASAI PENGALAMAN PERCUTIAN ALA-ALA BALI DI HOTEL IPOH BALI



AR berbangga jadi rakyat Malaysia sebab Malaysia ni terdiri daripada bermacam-macam budaya so kita dapat belajar culture orang lain. Walaupun ada banyak perbezaan budaya antara kaum yang berlainan, tapi as a Malaysian tu normal. Especially kalau nak bercuti ala-ala mat saleh, atau budaya Cina atau budaya dari negara seberang. Hari ni AR nak share dengan uolls dari segi percutian pulak. Ada satu tempat di Malaysia ni yang ambil konsep ala-ala Bali. Nama hotel dia ialah Hotel Ipoh Bali. Tak perlu lagi kumpul duit banyak-banyak kalau nak melancong di Bali tapi di hotel ini uolls dapat rasa sikit macam di Bali, Indonesia. AR pun teringin nak pergi sebenarnya.hehe


Hotel Ipoh Bali ni terletak kat tengah-tengah Ipoh, boleh kata di jantung Ipoh. Waa ayat sastera sikit. Hehe. Hotel ini ada banyak menggunakan bahan daripada kayu yang boleh kata kayu legend. Sebab apa legend, sebab usia kayu tu pun agak veteran dan kita boleh experience duduk di hotel yang berdesignkan kayu real yang berusia. Kat lobby je la uolls dapat tengok gaya Bali, mungkin juga uolls nanti ingat uolls betul-betul ada di Bali kecuali staff hotel cakap bahasa Malaysia je la.
First sekali AR nak cerita pasal bilik yang ada kat hotel ni, memang selesa, agak luas, romantic setting dan lengkap macam hotel yang best. Antara bilik yang ada adalah Standard Double, Superior Double, Deluxe Studio Suite, dan Family Studio Suite.
Family Studio Suite

Deluxe Studio Suite
Superior Double room
Standard Double room
Kalau uolls book kat sini diorang akan bagi sekali free breakfast so bangunlah awal yer. Kalau nak tidur sampai tengah hari baik duduk rumah. Bila lagi kita nak merasa mewah makan kat hotel betul tak? Dalam bilik ni perfect bagi AR sebab ada katil, toilet, TV yang ada channel Astro, Mini Bar dank orang boleh dapat suratkhabar pagi-pagi nanti. Sambil tu kalau uolls boring tengok TV atau lepak dalam toilet sampai berjam lamanya, uollsboleh layan wifi dia sekali sebab free. So tiada alasan kalau orang nak whatssapp walaupun Data uolls habis.
Servis kat sini memang tiptop, dari masa uolls sampai staff hotel akan melayan uolls dengan senyuman. uolls akan sentiasa berada dalam mood yang baik sebab tengok muka staff jer, betul AR tak tipu. Kalau bawak kereta pergi Ipoh tu uolls jangan risau pasal parking sebab parking memang senang. Meja depan kat lobby pulak operate 24 jam so kalau tengah malam-malam buta uolls gatal sangat nak kacau receptionist no problem. Confirm diorang akan melayan uolls tapi beragaklah, bayangkanlah diorang yang kerja syif malam ni confirm mamai jer.
Uolls boleh check in pada pukul 3 petang lepas tu check out pada pukul 12 tgh hari. Hotel Ipoh Bali ni memang strategic kalau uolls nak datang melawat sedara kat Ipoh atau saja-saja nak jalan kat Ipoh, Hotel ni sangat relevan untuk uolls sebab dia berdekatan dengan town Ipoh. Airport pun dekat dalam 3 km so jalan kaki pun takde hall ah untuk ahli marathon atau orang yang nak fit bawak beg besar dari airport.
Roof Top Bar untuk occasions
Hotel ni juga ada offer untuk sesiapa yang nak buat majlis perkahwinan style Bali. Facilities yang ada boleh menampung kenduri reception uolls. Sambil-sambil tu lepas kahwin uolls terus jer honeymoon kat situ sebab pengalaman dia unik dan best sebab kita pun tak biasa dengan culture Bali so kita leh ambil peluang ni untuk kenal budaya Bali dengan lebih mendalam lagi. Kot-kot lah kan satu hari nanti dapat ke Bali yang real so takdelah uolls culture shock. Ni dikira training lah ni. Hehe.
Spa
Kalau sakit-sakit badan atau nak relaxkan diri atau nak manjakan diri, kat hotel ni juga ada Spa & massage untuk uolls. Pelbagai jenis urut yang uolls boleh try. Kebanyakkan cara urutan tradisional asia and AR jamin lepas habis tu uolls rasa badan uolls ringan je. Sebab tu AR cakap sesuai untuk honeymoon. So apa lagi, book the Ipoh Bali Hotel in Ipoh on Traveloka terus dan jangan buang masa uolls untuk kasi relaxkan minda dan fizikal uolls. Have Fun!!!


Continue Reading