Showing posts with label Action song peringkat PPD petaling perdana. Show all posts
Showing posts with label Action song peringkat PPD petaling perdana. Show all posts

11 April 2018

TINA DI PERTANDINGAN ACTION SONG


Alhamdulillah..Baru2 ni anak AR yang sulung iaitu Tina join pertandingan Action Song peringkat sekolah. Berlangsung di Pesta buku di Shah Alam Convention Centre. Suka sangat dia excited nak pergi bertanding. So umi simpan sini la untuk kenang-kenangan nanti kan.


Kata nya pukul 7 dah kena ada kat sekolah. kalau lambat 1 saat teacher tinggal. hehe. Semangat bangun pagi2 mandi dan bersiap sempat sarapan roti coklat sekeping. Nak dijadikan cerita malam nya Tina sakit gigi. Gigi dia macam ada yang nak tumbuh kat geraham tu. so bila gigi dari dalam tolak nak naik akan kena la gigi yang sedia ada sebab tu akan sakit bila gigi kat dalam bergerak.

 AR pun dah tak tau nak tolong macam mana. Klinik gigi yang biasa pergi tu dah tutup malam kan. Pergi la klinik biasa ambil ubat tahan sakit. Siap menangis meraung2 lagi ha...sakit la umi. bertambah sedih bila dia bayangkan dia tak dapat pergi pertandingan tu. Tak nak hampakan kawan-kawan dan teacher yang dah berlatih sama2. huhu. Dan..Alhamdulillah pagi nya Tina dah sihat dan bersemangat nak pergi.


Tina yang paling depan sekali ni haa...mula2 umi tengok pun tak kenal mana satu anak umi. hehe


Tengah siap2 untuk buat persembahan. Terima kasih semua teacher yang terlibat. AR ingat nak pergi tengok jugak kat SACC tu. Tapi kata nya habis pukul 3 petang so tak dapat la nak pergi sebab ada lagi sorang budak sekolah nak kena ambil dan hantar ke sekolah agama pulak.



Semasa persembahan..Tina di barisan depan dan paling kanan. Bukan main tegak lagi dia haa...penuh konfiden di dada. haha. Sebenarnya AR pun tak sangka dia seberani itu. hehe. Sokong je la apa yang dia minat dan suka. Asalkan dia aktif.

            

AR tak dapat video penuh. Ini je yang mampu ihsan dari ibu bapa yang pergi ke sana. hehe. Ok la daripada tak de kan. In Shaa Allah 

Lagu yang mereka persembahkan ialah Havana, Action Song dan i Feel Good.


Gambar ketika menunggu keputusan.




 Alhamdulillah..Sekolah Tina Juara zone MBSA PPD Petaling Perdana...dan layak ke peringkat Daerah yang akan diadakan pada 19 April nanti. Kalah atau menang tak penting. Yang penting semangat dan keberanian serta anak-anak enjoy dengan persembahan mereka.

Terima kasih untuk Teacher dan ibu-bapa yang hadir dan share gambar anak2 ni. dapat la juga AR simpan kat sini sebagai kenangan. In Shaa Allah semoga anak2 ini sentiasa di dalam lindungan Allah dan maju jaya. 





Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.




Continue Reading