Showing posts with label Anemia Ketika Hamil. Show all posts
Showing posts with label Anemia Ketika Hamil. Show all posts

13 April 2018

3 PUNCA HB RENDAH @ ANEMIA PADA IBU HAMIL

Hb rendah dan anemia ketika hamil



HB rendah (hemoglobin) atau anemia sangat familiar untuk ibu hamil terutama sekali bila kandungan sudah memasuki trimester kedua dan ketiga.

Yang pasti masalah anemia atau hb rendah jangan di pandang rendah ye mommy sekalian takut-takut memberi kesan kepada mommy dan anak je nanti. Setakat 4 orang anak ni Alhamdulillah AR tak pernah lagi mengalami hb rendah ni. Seingat AR paling rendah pun 11  Doctor nak bacaan normal untuk ibu hamil ialah 12 kan.

So..AR nak share 3 punca yang menyebabkan HB rendah @ anemia pada ibu hamil antaranya ialah


1. Kurangan Zat Besi

Wanita hamil kerap mengalami anemia jenis ini iaitu kekurangan zat besi (iron). hemoglobin adalah protein dalam sel darah marah yang mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh badan. Apabila badan anda tidak mencukupi zat besi ia tiada sumber nutrien untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi.

2. Kekurangan Vitamin B12

Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk anda mengamalkan diet yang seimbang supaya badan dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.

Sekiranya tidak makan daging, produk tenusu dan telur, anda berisiko tinggi kekurangan vitamin B12. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi mengalami masalah kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pramatang.

3. Kekurangan asid folik

Asid folik adalah sejenis vitamin B. Tubuh perlukannya untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat Semasa hamil anda perlukan lebih asid folic

Kekurangan asid folik akan menyebabkan tubuh badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. kekurangan nya menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan berat badan bayi kurang semasa dilahirkan.

7 Punca masalah anemia yang lain

Kekurang zat besi akibat dari pemakanan tidak seimbang

kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh

kesan sampingan akibat kaedah perubatan tetentu

Pembawakan faktor genetik contohnya talasemia

Kehilangan banyak darah ketika haid / kehamilan

Masalah hemoglobinopathy  (keganjilan hemoglobin dalam darah)

Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit

Cara Mengatasi Masalah Hb Low @ anemia ketika hamil 

Set Hamil Basic Shaklee mengandungi Vitalea Iron Formula yang kaya dengan zat besi dan multivitamin untuk kehamilan, Bcomplex yang mengandungi asid folic dan juga Vitamin B12. 

Vitamin C yang membantu penyerapan iron yang lebih baik. Disokong oleh Protein yang membantuk tumbesaran bayi dengan lebih baik dan omega guard untuk kesihatan otak dan mata bayi. 



Testimoni Set hamil shaklee untuk HB low






Kat sini AR ada share makanan untuk mengatasi masalah hb low. http://www.ajuyarashid.com/2017/09/14-makanan-tambah-darah-dan-naikkan-hb.html




Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )

Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

Continue Reading

07 February 2014

Anemia Ketika Hamil



Secara fisiologi kehamilan mmg boleh menyebabkan anemia. Pada minggu ke 10 hingga ke 32, jumlah plasma meningkat hingga 50% daripada sebelum hamil hingga darah menjadi cair. Ibu memerlukan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah atau hemoglobin(hb) agar kecairan darah tidak menganggu fungsi darah sebagai pembawa oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh.
 
Malangnya, ramai ibu hamil kurang mengambil zat besi sehingga ramai yang mengalami kurang darah atau anemia zat besi. Doktor dapat mengesannya secara rambang melalui tanda-tanda fizikan. Namun kepastian lebih tepat boleh diperolehi melalui ujiian darah, iaitu jika Hb ibu kurang daripada 10.5.
 
Paling bahaya, plasma darah cair menyebabkan sel darah merah kurang. Ini menganggu kelancaran oksigen dalam darah. Akibatnya bekalan oksigen kepada janin, rahim dan otot-otot sekitar rahim yang akan bekerja semasa proses bersalin tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
 
 
RISIKO ANEMIA SEMASA HAMIL:
  • Ibu tidak sihat, sentiasa kelihatan lesu, lemah, penat dan pelupa.
  • Sering pening, pitam bahkan ada yang sampai pengsan
  • Mudah mengantuk
  • Pucat, dapat dilihat dari selaput lendir mata
  • Sesak nafas, berdebar (kemungkinan anemia sudah memebebani jantung)
  • Kulit kelihatan kering atau berwarna kuning, begitu juga dengan kuku
  • Daya tahan tubuh menurun dan mudah mendapat sakit.
RISIKO SAAT BERSALIN
  • Bekalan oksigen yang kurang semasa hamil membuat otot rahim lemah dan tidak dapat kontraksi
  • Ibu cepat penat, mengalami kejang dan proses bersalin perlu dibantu dengan cara vakum atau melalui pembedahan caesarean
RISIKO SELEPAS BERSALIN
  • Disebabkan otot-otot rahim lemah, rahim tidak dapat mengecut dan kembali kepada saiz normal. Ketika ini mungkin berlaku pendarahan.
  • Risiko pendarahan tetap mengancam ibu hingga hari ke 40 selepas bersalin atau selama rahiim kemabali mengecut secara beransur-ansur
RISIKO KEPADA BAYI
  • Bekalan oksigen yang kurang ke rahim menyebabkan tidak selamat
  • Pertubuhan janin terhalang, lahir dengan berat rendah (kurang 2.5 kg)
  • Bayi lahir pramatang atau berlakunya keguguran


Supplement Shaklee yang dapat memberikan sumber zat besi adalah Vitalea iron formula.Pengambilan vitalea 2biji sehari mampu menampung keperluan zat besi ibu hamil dalam sehari.
 
 
  
Pengambilan Zat besi (iron) bersama2 vitamin c membantu penyerapan zat besi yang lebih optimum.
 
 
 



Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb Ajuya Rashid
Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan, Shah Alam 


 
 
 
 
Continue Reading