07 February 2014

Anemia Ketika Hamil



Secara fisiologi kehamilan mmg boleh menyebabkan anemia. Pada minggu ke 10 hingga ke 32, jumlah plasma meningkat hingga 50% daripada sebelum hamil hingga darah menjadi cair. Ibu memerlukan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah atau hemoglobin(hb) agar kecairan darah tidak menganggu fungsi darah sebagai pembawa oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh.
 
Malangnya, ramai ibu hamil kurang mengambil zat besi sehingga ramai yang mengalami kurang darah atau anemia zat besi. Doktor dapat mengesannya secara rambang melalui tanda-tanda fizikan. Namun kepastian lebih tepat boleh diperolehi melalui ujiian darah, iaitu jika Hb ibu kurang daripada 10.5.
 
Paling bahaya, plasma darah cair menyebabkan sel darah merah kurang. Ini menganggu kelancaran oksigen dalam darah. Akibatnya bekalan oksigen kepada janin, rahim dan otot-otot sekitar rahim yang akan bekerja semasa proses bersalin tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
 
 
RISIKO ANEMIA SEMASA HAMIL:
  • Ibu tidak sihat, sentiasa kelihatan lesu, lemah, penat dan pelupa.
  • Sering pening, pitam bahkan ada yang sampai pengsan
  • Mudah mengantuk
  • Pucat, dapat dilihat dari selaput lendir mata
  • Sesak nafas, berdebar (kemungkinan anemia sudah memebebani jantung)
  • Kulit kelihatan kering atau berwarna kuning, begitu juga dengan kuku
  • Daya tahan tubuh menurun dan mudah mendapat sakit.
RISIKO SAAT BERSALIN
  • Bekalan oksigen yang kurang semasa hamil membuat otot rahim lemah dan tidak dapat kontraksi
  • Ibu cepat penat, mengalami kejang dan proses bersalin perlu dibantu dengan cara vakum atau melalui pembedahan caesarean
RISIKO SELEPAS BERSALIN
  • Disebabkan otot-otot rahim lemah, rahim tidak dapat mengecut dan kembali kepada saiz normal. Ketika ini mungkin berlaku pendarahan.
  • Risiko pendarahan tetap mengancam ibu hingga hari ke 40 selepas bersalin atau selama rahiim kemabali mengecut secara beransur-ansur
RISIKO KEPADA BAYI
  • Bekalan oksigen yang kurang ke rahim menyebabkan tidak selamat
  • Pertubuhan janin terhalang, lahir dengan berat rendah (kurang 2.5 kg)
  • Bayi lahir pramatang atau berlakunya keguguran


Supplement Shaklee yang dapat memberikan sumber zat besi adalah Vitalea iron formula.Pengambilan vitalea 2biji sehari mampu menampung keperluan zat besi ibu hamil dalam sehari.
 
 
  
Pengambilan Zat besi (iron) bersama2 vitamin c membantu penyerapan zat besi yang lebih optimum.
 
 
 



Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb Ajuya Rashid
Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan, Shah Alam 


 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment