Showing posts with label Vitamin untuk ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label Vitamin untuk ibu hamil. Show all posts

19 April 2018

7 VITAMIN PENTING SEMASA HAMIL JIKA NAK BAYI YANG SIHAT DAN BIJAK

set hamil shaklee

Assalamualaikum bakal ibu dan mommy sekalian..harini AR nak share 7 vitamin penting semasa hamil jika nak bayi sihat dan bijak. So kena jaga2 tau aspek pemakanan semasa hamil amat perlu dijaga kerana ia membekalkan sumber nutrien yang bakal diserap tubuh untuk membantu proses perkembangan diri bayi dalam kandungan. Bukan itu sahaja ye...ia juga diperlukan untuk penjagaan kesihatan diri uolls sendiri yang bakal melalui proses kehamilan dan seterusnya melahirkan bayi dalam masa terdekat. Jadi nya badan dan fizikal kena la sihat dan cukup nutrien.

Pertumbuhan dan perkembangan otak bayi bermula seawal usia dalam kandungan bermula dengan pembentukan neural plate embrio sekitar hari ke 16 selepas disenyawakan. Hari demi hari proses pembentukan saraf dan otak bayi akan berkembang pesat sehingga ia menjadi lengkap hingga lah ia dilahirkan.

Oleh sebab itu, kita bakal ibu dan mommy yang bijak ni perlu lah ambil berat soal pemakanan. Ini penting bagi memastikan proses perkembangan otak bayi berjalan dengan lancar dan sempurna. Semasa hamil anda perlu mengambil vitamin tambahan seperti yang disarankan oleh doktor. AR sendiri memang dipantau oleh doktor akan pengambilan vitamin Shaklee. Doktor akan bagi nasihat berkenaan dose dan pengambilan nya. Alhamdulillah beliau tak ada masalah dengan pilihan AR.

Antara vitamin penting semasa hamil ialah

1. Asid folik adalah nutrian penting dalam pembentukan sel otak dan untuk memastikan bahagian saraf tunjang bayi terbentuk dengan sempurna. Asid folik perlu diambil seawal tiga bulan sebelum hamil hingga lah bulan ketiga kehamilan. Dose yang diperlukan sekitar 400mcg sehari

2. Multivitamin
Kebiasaannya vitamin ini diambil selepas kandungan berumur tiga bulan. ia adalah vitamin lengkap yang bakal membantu perkembangan dan pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Juga sesuai untuk ibu hamil yang mengalami HB Low

3. Zat Besi 
Zat besi adalah nutrisi yang sangat penting semasa kehamilan. Ia diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh bahagian tubuh bayi termasuk otaknya. kekurangan oksigen pada bayi boleh memberi kesan negatif kepada IQ bayi. Dan juga mengelakkan dari gejala HB Low.

4. Omega 3

Omega 3 pula sangat penting dalam penghasilan grey matter dan pembentukan neuron. sel neuron ini berfungsi sebagai penghubung dan penghantar maklumat daripada otak kepada sel saraf yang lain. Antara sumber utama Omega 3 ialah Minyak Ikan Omega 3. Oleh itu doktor sangat menyarankan ibu hamil menambahsuplemen minyak ikan semsa hamil. Ia sesuai diambil selepas kandungan berusia tujuh bulan.

5.Vitamin C 

Vitamin C sangat penting untuk merangsang penyerapan zat besi dan asid folic, Membantu penghasilan kolagen untuk pertumbuhan otot, tulang dan tulang rawan. meningkatkan sistem imun bagi melawan jangkitan dan penyakit 


6. Kalsium

Pengambilan kalsium bukan sekadar penting untuk kesihatan tulang dan gigi bayi tetapi juga kepada otak. Kalsium memainkan peranan penting dalam penghantaran isyarat kepada sistem saraf terutama di bahagian otak. kalsium yang mencukupi diperlukan untuk otak berfungsi dengan baik disamping mengelakkan gangguan kepada sistem saraf. jadi anda kena pastikan diri sentiasa menjaga pemakanan dengan baik. Jika tidak, kena tambah suplemen kalsium.

7. Protein

Protein amat penting untuk menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat. Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat. Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.


Walau apa pun vitamin pilihan mommy sekalian pastikan ianya selamat untuk mommy dan baby tau. Semak kualiti dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau nak cuba Shaklee In Shaa Allah ianya 100% dijamin selamat untuk ibu hamil. 


Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )
Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid 
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com


Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di  Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Puchong, Seri Kembangan dan Taman Puncak Jalil


Continue Reading