15 September 2017

14 MAKANAN TAMBAH DARAH DAN NAIKKAN HB LOW KETIKA HAMIL

Darah rendah atau HB Low (anemia)ketika hamil sangat mengganggu pemikiran mama yang hamilkan. risau akan kesihatan diri dan juga bayi didalam kandungan. AR terbaca di wall facebook akan risiko dan cara mengatasi serta sumber makanan yang boleh membantu untuk tambah darah dan naikkan HB low ketika hamil. Rasa nak share kat sini. Semoga bermanfaat 

Risiko HB Low
-Kemungkinan tumpah darah semasa proses melahirkan. 
-Badan lemah tak ada tenaga untuk meneran. 
-Bayi lahir pramatang 

-Gangguan pertumbuhan janin dalam rahim 

-Kematian bayi dalam rahim 
-Mudah terkena infeksi yang boleh sebabkan ibu alami risiko kematian.


Cara mengatasi HB Low ataupun anemia ialah dengan mengambil makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi, vitamin C dan makanan tambahan. Antara nya adalah:-


Daging Merah - Mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perlu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain. Barulah boleh tambah darah 

Brocoli - Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan. walaupun rasanya tidak sedap, pejam sahaja mata. Bukannya apa, untuk tambah darah juga kan

Pisang - Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru.

Kekacang - Kekacang adalah salah satu sumber untuk mencegah anemia dan bagus untuk tambah darah. Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan 

Hati - Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. walaubagaimanapun, pengambilan hati terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak 

Bayam - Untuk pengetahuan penghidap anemia, bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.


Kerang - Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.


Telur sebahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan penghidap anemia. mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Bagus untuk tambah darah.



Oat - Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan beserta zat besi. oat juga mudak dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat.

Delima - Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.

Madu - Pastikan anda mengambil madu didalam menu haran anda jika anda mengalami anemia. Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan. Untuk tambah darah, pastikan madu yang asli, bukan yang tiruan dan diletakkan gula

Makanan tambah darah yang menepati sunnah ialah kurma. Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda

Kismis - Untuk tambah darah, sambil-sambil duduk berehat, boleh la mengunyah kismid. Buah anggur yang dikeringkan dipanggil kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. 

Susu Kambing kaya akan Zincum(Zn) yang berguna untuk pembetuk imun dalam tubuh atau pertahanan tubuh. kandungan cynokobalamin yang ada dalam susu kambing juga mampu membantu merawat anemia. ia dapat meningkatkan bacaan HB ibu hamil dan dapat mencegah anak dari terkena demam kuning.

Set Hamil Shaklee juga dapat membantu untuk mengurangkan masalah HB Low ketika hamil. Info lanjut boleh tengok di link ini.



Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )

Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid 
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.



0 comments:

Post a Comment