08 March 2021
TANDA-TANDA, CARA MERAWAT DAN MENGATASI PENYAKIT GASTRIK
Apa itu Penyakit Gastrik
Penyakit gastrik adalah merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.
Tanda-tanda Penyakit Gastrik
- Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
- Rasa senak, berangin atau pedih
- Rasa tidak selesa
- Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
- Rasa loya dan muntah
- Hilang selera makan
- Berat badan turun (pada peringkat teruk)
- Najis menjadi hitam (pada peringkat teruk)
- Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap (pada peringkat teruk)
Siapa yang berisiko
- Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama
- Merokok dan banyak minum minuman keras
- Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori)
- Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi dan sosial.
- Individu yang suka mengambil ubat tradisional
Cara Merawat Dan Mengatasi Masalah Penyakit Gastrik
Rawatan
- Ambil antasid seperti Gaviscon bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
- Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid
- Perencat pam proton (PPI) bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan (untuk peringkat teruk)
Pencegahan atau cara mengatasi gastrik
- Cuci tangan dengan bersih sebelum makan
- Makan makanan dalam porsi lebih kecil dan kerap
- Elakkan makanan yang pedas, berasid, bergoreng dan berlemak
- Kurangkan pengambilan minuman beralkohol
- Kurangkan tekanan dengan melakukan aktiviti sukan
- Berhenti merokok
- Kurangkan atau hentikan pengambilan ubat tahan sakit
- Kurangkan minuman kafein atau berkarbonat
- Ambil Susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
- Elak atau kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin
05 March 2021
PENGALAMAN PAKAI IMPLAN DAN KESAN SAMPINGAN
Harini genap la 1 tahun Kakya pakai Implan Iaitu pada 5hb Mac 2020 - 5hb Mac 2021. Cerita nya ada disini Pengalaman Pasang Implan Di LPPKN, Putrajaya. Setakat ini Kakya sangat berpuas hati dan sangat sesuai dengan pemakaian perancang keluarga kaedah Implan ini. Setakat ini kesan sampingan Implan ni pada Kakya sangat la minima dan masih boleh di terima oleh badan Kakya. Sepanjang setahun ini... Pernah sekali Haid Berpanjangan Setelah 8 bulan Pakai Implan (Klik untuk cerita lanjut)
Setahun Pakai Implan dan Kesan Sampingan |
Implan atau Implanon adalah alat pencegah kehamilan berhormon yang dimasukkan di bawah lengan, berbentuk rod nipis berukuran 4cm panjang dan setebal 0.2cm.
Implan bertindak merembeskan hormon progestin dalam dos rendah secara berterusan dan cukup berkesan dalam menghalang ovulasi dari berlaku. Ia juga menyebabkan mukus serviks menjadi tebal dan menyukarkan sperma untuk memasuki rahim. Ia mampu memberi kesan sehingga maksima 3 tahun untuk menghalang kehamilan dari berlaku.
Kenapa Kakya pilih Implan sebagai perancang keluarga
- Diyakini selamat dan berkesan sehingga 99.9
- Pencegahan dalam tempoh 3 tahun so tak payah fikir 3 tahun ni akan mengandung ke tak. Boleh dikeluarkan bila2 masa dalam tempoh 3 tahun dan tak perlu harihari nak kena ingat makan ubat perancang.
- Boleh digunakan semasa menyusukan badan. Alhamdulillah Amyra masuk 2 tahun pada bulan 4 nanti dan masih menyusukan badan.
- Jiwa dan fikiran lebih tenang bila bersama..tak perlu takut takut lagi nak bersama. maklum la sejenis yang subur, takut mengandung lagi. hehe
- Mempunyai tahap hormon yang rendah dalam darah jadi selamat dipakai walau bertahun2. walaupun ini baru tahun pertama tetapi In Shaa Allah Kakya berniat untuk sambung selepas 3 tahun. Cukup la ada 5 ketul kat rumah ni.
Kesan Sampingan Implan / Implanon
- Haid yang tidak teratur. --> Setakat ni Kakya pernah sekali sahaja haid berpanjangan dan sekarang bulan kedua tidak datang haid. hmmm maksudnya ada kebarangkalian untuk tidak datang haid lebih lama atau tidak datang langsung
- Perubahan mood, sakit kepala, jerawat, sakit payudara dan kemurungan. -->Jujur nya semua yang disebutkan setakat ini Alhamdulillah Kakya tidak mengalami kesan sampingan ini. Harap2 ianya berkekalan sehingga 3 tahun.
- Cepat lapar dan kenaikan berat badan --> Sepanjang setahun ni memang cepat lapar, kalau lambat makan mula la nak pening. Kadang-kadang tu ingatkan sebab menyusu kan. So makan tu memang agak kerap. Tapi berat badan setakat ni maintain. Tak naik atau turun. Kontrol makan takde pun. Apa yang Kakya buat ialah amalkan produk Shaklee iaitu ESP (untuk kenyang lebih lama), Omega Guard ( Pecahkan lemak), Alfafa Complex (untuk menyusu dan detox).
04 March 2021
TESTIMONI ESP UNTUK HILANGKAN GASTRIK
Gastrik Hilang dan kenyang lebih lama dengan ESP |
Gastrik hilang dengan ESP |
Dah lama tak kena gastrik lepas amalkan ESP Shaklee |
ESP Shaklee kaya dengan protein membantu masalah gastrik |
ESP Shaklee adalah sumber protein yang dihasilkan daripada kacang soya NON GMO.
- kacang soya sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkali - dapat meneutralkan keasidan di dalam perut yang dirembeskan oleh kelenjar perut.
- ESP Shaklee ada kandungan protein yang tinggi - dapat membantu dalam sistem pencernaan bekerja dengan lebih baik kerana sistem pencernaan kita mula bekerja apabila wujudnya unsur protein dalam perut.
- ESP Shaklee boleh menggantikan susu - dimana bagus untuk bantu membina semula, memulihkan dan menggantikan sel-sel rosak dengan sel-sel baru di lapisan mukosa perut yang rosak dan menipis akibat hakisan asid.
03 March 2021
ESP shaklee banyakkan susu badan, ESP Shaklee untuk berpantang, ESP shaklee untuk hamil, Testimoni ESP Shaklee untuk berpantang, Testimoni esp shaklee untuk hamil
TESTIMONI ESP UNTUK HAMIL, MENYUSU DAN BERPANTANG
Testimoni ESP Puasa penuh walaupun menyusu dan hamil pada waktu yang sama |
Bertenaga sepanjang kehamilan, selepas seminggu pantang, laju je berjalan |
Susu Jadi pekat dan bayi mudah kenyang |
Ibu bertenaga, anak kenyang menyusu, kulit cerah |
Extra tenaga dan badan tak lembik sewaktu berpuasa |
Susu badan meriah dan pekat, anak tak kerap bangun malam untuk menyusu |
Susu meriah dan pekat dengan Shaklee |