Harini genap la 1 tahun Kakya pakai Implan Iaitu pada 5hb Mac 2020 - 5hb Mac 2021. Cerita nya ada disini Pengalaman Pasang Implan Di LPPKN, Putrajaya. Setakat ini Kakya sangat berpuas hati dan sangat sesuai dengan pemakaian perancang keluarga kaedah Implan ini. Setakat ini kesan sampingan Implan ni pada Kakya sangat la minima dan masih boleh di terima oleh badan Kakya. Sepanjang setahun ini... Pernah sekali Haid Berpanjangan Setelah 8 bulan Pakai Implan (Klik untuk cerita lanjut)
Setahun Pakai Implan dan Kesan Sampingan |
Implan atau Implanon adalah alat pencegah kehamilan berhormon yang dimasukkan di bawah lengan, berbentuk rod nipis berukuran 4cm panjang dan setebal 0.2cm.
Implan bertindak merembeskan hormon progestin dalam dos rendah secara berterusan dan cukup berkesan dalam menghalang ovulasi dari berlaku. Ia juga menyebabkan mukus serviks menjadi tebal dan menyukarkan sperma untuk memasuki rahim. Ia mampu memberi kesan sehingga maksima 3 tahun untuk menghalang kehamilan dari berlaku.
Kenapa Kakya pilih Implan sebagai perancang keluarga
- Diyakini selamat dan berkesan sehingga 99.9
- Pencegahan dalam tempoh 3 tahun so tak payah fikir 3 tahun ni akan mengandung ke tak. Boleh dikeluarkan bila2 masa dalam tempoh 3 tahun dan tak perlu harihari nak kena ingat makan ubat perancang.
- Boleh digunakan semasa menyusukan badan. Alhamdulillah Amyra masuk 2 tahun pada bulan 4 nanti dan masih menyusukan badan.
- Jiwa dan fikiran lebih tenang bila bersama..tak perlu takut takut lagi nak bersama. maklum la sejenis yang subur, takut mengandung lagi. hehe
- Mempunyai tahap hormon yang rendah dalam darah jadi selamat dipakai walau bertahun2. walaupun ini baru tahun pertama tetapi In Shaa Allah Kakya berniat untuk sambung selepas 3 tahun. Cukup la ada 5 ketul kat rumah ni.
Kesan Sampingan Implan / Implanon
- Haid yang tidak teratur. --> Setakat ni Kakya pernah sekali sahaja haid berpanjangan dan sekarang bulan kedua tidak datang haid. hmmm maksudnya ada kebarangkalian untuk tidak datang haid lebih lama atau tidak datang langsung
- Perubahan mood, sakit kepala, jerawat, sakit payudara dan kemurungan. -->Jujur nya semua yang disebutkan setakat ini Alhamdulillah Kakya tidak mengalami kesan sampingan ini. Harap2 ianya berkekalan sehingga 3 tahun.
- Cepat lapar dan kenaikan berat badan --> Sepanjang setahun ni memang cepat lapar, kalau lambat makan mula la nak pening. Kadang-kadang tu ingatkan sebab menyusu kan. So makan tu memang agak kerap. Tapi berat badan setakat ni maintain. Tak naik atau turun. Kontrol makan takde pun. Apa yang Kakya buat ialah amalkan produk Shaklee iaitu ESP (untuk kenyang lebih lama), Omega Guard ( Pecahkan lemak), Alfafa Complex (untuk menyusu dan detox).
Lin dah dua belas tahun pakai implan, bulan 3 ni nak bukak dan pasang lagi, masuk tahun ke tiga belas dah hehehe.. Tapi haid Lin memang tak datang normal, kadang berekor-ekor.. ada masa langsung takde, tu yang dapat puasa full tu hehehe..
ReplyDeletewahh 12 tahun dah ye..Serasi sangat tu sampai dah 3 4 kali pasang dah.
Deletesyukur alhamdulillah takde banyak masalah. Ammi sekarang memang tak perlu risau sbb dah buat BTL masa bersalinkan yang bongsu tu.
ReplyDeleteCuma ada kawan yg pakai implan ni period berterusan sampai 3 bulan..sampai naik hangin suaminya huhuhu
salam jumaat tuan rumah... semoga dipermudahkan urusan ya hari ni... kakmim follow...
ReplyDeleteHye assalamualaikum kakya..boleh sy bertanye..? Sy pengguna implant pada 25/5/2021.. January lepas baru melahirkan baby ketiga..mmg target merancang utk memakai kaedah Jenis implant..hehe yg saya Sgt khuatir kakya..15/6/2021 saya dtg period sehingga 8 hari..masok Bulan 7 Dan 8 tiada period..normal kew kakya..saya kerap sakit kepala ,payudara pun tegang..hehe..harap kakya atau sesiapa Yang terbaca Komen saya blh Bantu ?
ReplyDeleteKalau nk cucuk implan nie perlu cucuk depo dulu ke di klinik kesihatan.. Pernah tanya nurse, nurse bgtau kena 3x cucuk depo then baru boleh pasang.betul ke mcm tu puan
ReplyDelete