Showing posts with label Kesan sampingan Implan. Show all posts
Showing posts with label Kesan sampingan Implan. Show all posts

05 March 2021

PENGALAMAN PAKAI IMPLAN DAN KESAN SAMPINGAN

Harini genap la 1 tahun Kakya pakai Implan Iaitu pada 5hb Mac 2020 - 5hb Mac 2021. Cerita nya ada disini Pengalaman Pasang Implan Di LPPKN, Putrajaya. Setakat ini Kakya sangat berpuas hati dan sangat sesuai dengan pemakaian perancang keluarga kaedah Implan ini. Setakat ini kesan sampingan Implan ni pada Kakya sangat la minima dan masih boleh di terima oleh badan Kakya. Sepanjang setahun ini... Pernah sekali Haid Berpanjangan Setelah 8 bulan Pakai Implan (Klik untuk cerita lanjut)

Kesan sampingan implan
Setahun Pakai Implan dan Kesan Sampingan 

Implan atau Implanon adalah alat pencegah kehamilan berhormon yang dimasukkan di bawah lengan, berbentuk rod nipis berukuran 4cm panjang dan setebal 0.2cm. 

Implan bertindak merembeskan hormon progestin dalam dos rendah secara berterusan dan cukup berkesan dalam menghalang ovulasi dari berlaku. Ia juga menyebabkan mukus serviks menjadi tebal dan menyukarkan sperma untuk memasuki rahim. Ia mampu memberi kesan sehingga maksima 3 tahun untuk menghalang kehamilan dari berlaku.

Kenapa Kakya pilih Implan sebagai perancang keluarga 

  1. Diyakini selamat dan berkesan sehingga 99.9
  2. Pencegahan dalam tempoh 3 tahun so tak payah fikir 3 tahun ni akan mengandung ke tak. Boleh dikeluarkan bila2 masa dalam tempoh 3 tahun dan tak perlu harihari nak kena ingat makan ubat perancang.
  3. Boleh digunakan semasa menyusukan badan. Alhamdulillah Amyra masuk 2 tahun pada bulan 4 nanti dan masih menyusukan badan.
  4. Jiwa dan fikiran lebih tenang bila bersama..tak perlu takut takut lagi nak bersama. maklum la sejenis yang subur, takut mengandung lagi. hehe
  5. Mempunyai tahap hormon yang rendah dalam darah jadi selamat dipakai walau bertahun2. walaupun ini baru tahun pertama tetapi In Shaa Allah Kakya berniat untuk sambung selepas 3 tahun. Cukup la ada 5 ketul kat rumah ni. 

Kesan Sampingan Implan / Implanon 

  1. Haid yang tidak teratur. --> Setakat ni Kakya pernah sekali sahaja haid berpanjangan dan sekarang bulan kedua tidak datang haid. hmmm maksudnya ada kebarangkalian untuk tidak datang haid lebih lama atau tidak datang langsung 
  2. Perubahan mood, sakit kepala, jerawat, sakit payudara dan kemurungan. -->Jujur nya semua yang disebutkan setakat ini Alhamdulillah Kakya tidak mengalami kesan sampingan ini. Harap2 ianya berkekalan sehingga 3 tahun. 
  3. Cepat lapar dan kenaikan berat badan --> Sepanjang setahun ni memang cepat lapar, kalau lambat makan mula la nak pening. Kadang-kadang tu ingatkan sebab menyusu kan. So makan tu memang agak kerap. Tapi berat badan setakat ni maintain. Tak naik atau turun. Kontrol makan takde pun. Apa yang Kakya buat ialah amalkan produk Shaklee iaitu ESP (untuk kenyang lebih lama), Omega Guard ( Pecahkan lemak), Alfafa Complex (untuk menyusu dan detox). 
Bagi korang yang sedang merancang atau sedang survey tu boleh la consider kaedah perancang keluarga implan ni. Semoga perkongsian Kakya kat sini dapat membantu sedikit sebanyak. 


Continue Reading