Showing posts with label Tanda-tanda gastrik. Show all posts
Showing posts with label Tanda-tanda gastrik. Show all posts

08 March 2021

TANDA-TANDA, CARA MERAWAT DAN MENGATASI PENYAKIT GASTRIK

Apa itu Penyakit Gastrik 

Gastrik


Penyakit gastrik adalah merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Tanda-tanda Penyakit Gastrik

Biasanya pesakit gastrik akan mengalami simptom atau tanda-tanda seperti berikut dan ia mudah dikesan kerana menyebabkan ketidakselesaan pada perut.
  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa senak, berangin atau pedih
  • Rasa tidak selesa
  • Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  • Rasa loya dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun (pada peringkat teruk)
  • Najis menjadi hitam (pada peringkat teruk)
  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap (pada peringkat teruk)

Siapa yang berisiko

Penyakit gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Biasanya disebbkan gaya hidup dan faktor risiko seperti berikut :-
  • Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama
  • Merokok dan banyak minum minuman keras
  • Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori)
  • Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi dan sosial.
  • Individu yang suka mengambil ubat tradisional

Cara Merawat Dan Mengatasi Masalah Penyakit Gastrik

Rawatan

Jika pesakit mendapatkan rawatan di Klinik atau hospital biasanya doktor akan menasihatkan atau beri rawatan berikut :-
  • Ambil antasid seperti Gaviscon bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
  • Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid
  • Perencat pam proton (PPI) bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan (untuk peringkat teruk)

Pencegahan atau cara mengatasi gastrik

  • Cuci tangan dengan bersih sebelum makan
  • Makan makanan dalam porsi lebih kecil dan kerap
  • Elakkan makanan yang pedas, berasid, bergoreng dan berlemak
  • Kurangkan pengambilan minuman beralkohol
  • Kurangkan tekanan dengan melakukan aktiviti sukan
  • Berhenti merokok
  • Kurangkan atau hentikan pengambilan ubat tahan sakit
  • Kurangkan minuman kafein atau berkarbonat
  • Ambil Susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
  • Elak atau kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Continue Reading