22 October 2019

MEE GORENG EXPRESS DENGAN PERENCAH ADABI

perencah mee goreng adabi
Bahan-bahan Mee Goreng Express Perencah Adabi
Malam tadi anak-anak Kakya yang bersekolah request nak sarapan mee. Umi ni tak fikir panjang dah terus terlintas stok mee dalam peti ais. Ok la esok pagi Umi masak Mee Goreng Express. Hehe kenapa panggil mee goreng express? Sebab mudah dan cepat sangat bila guna perencah mee goreng Adabi ni. Tak payah susah-susah nak kupas bawang dan blend cili pagi-pagi buta. Terus je Umi capai bahan-bahan ni untuk masak mee goreng express kegemaran anak-anak ni.

Bahan-bahan mee goreng express adalah :-
Mee kuning 1 bungkus
Perencah mee goreng
Telur 2 biji
Sos cili
Kicap
Sos tomato
Udang (jika mahu, Kakya ambil 4 ekor je buat ubat rasa manis udang. hehe)

Cara Masak
Panaskan minyak masak
Tumis perencah mee goreng adabi
Masukkan Sos cili, kicap 
Masukkan udang 
Bila udang dah separuh masak masukkan telur satu persatu, kacau telur bagi hancur dan masak
Masukkan mee kuning
Kacau hingga sebati dan mee kuning masak
Last sekali baru masukkan sedikit sos tomato untuk lembapkan mee goreng kita. 

Tak ada sayur ke? itu la masalah anak-anak Kakya ni susah nak makan sayur, bila masak khas untuk dorang memang Kakya tak letak sayur nanti lagi tambah kerja Kakya pulak nak kena asingkan sayur untuk dorang. Makan pun lambat nanti nak pergi sekolah.

Nampak ringkas tapi sedap, anak-anak suka 
Itu lah dia resepi Kakya masakkan mee goreng untuk anak-anak. Sebungkus memang ngam-ngam je itupun Umi kena makan last-last baru cukup untuk anak-anak. Haha...tak pe janji anak-anak kenyang. Esok semua dah besar-besar nampak nya kena goreng 2 bungkus la kan. Perencah Adabi pun kena la double jugak. Kadang-kadang siap pesan tak boleh tambah tau dah habis. Hehe.



Continue Reading

20 October 2019

FAMILY DAY KELUARGA RASHID 3D2N DI HOMESTAY VILLA SAKEENAH, ALOR GAJAH, MELAKA


Baru-baru ni Kakya dan family ada buat family day keluarga Rashid 3D2N di Homestay Villa Sakeenah, Alor Gajah, Melaka. Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya berjaya juga keluarga Kakya mengadakan family day ini. 

Sebelum mengadakan hari keluarga ini dah banyak tempat yang kami pantau. Dan sudah tentu banyak faktor yang diambil kira sebelum menentukan tempat untuk ber hari keluarga. Maklum lah rakyat jelata ramai sangat. hehe.. Bayangkan lah adik-beradik nya dah 10 orang, campur menantu yang dah berkahwin 6 orang. Masing-masing pun dah mempunyai anak. Jadi bila di kira-kira jumlah semua sekali ahli keluarga adalah 32 orang dan memerlukan ruang yang luas untuk beraktiviti.

Kenapa kami memilih Homestay Villa Sakeenah Alor Gajah sebagai lokasi hari keluarga.


Besar & Privacy
Homestay Villa Sakeenah adalah rumah banglo dua tingkat yang mempunyai kelengkapan seperti ;- 
>4 bilik tidur + 1, 5 bilik air. 
>Semua bilik berhawa dingin & kipas utk open bedroom. 
>Bilik utama 2 Queen bed,
>Bilik 2, 1 Queen bed & 1 Super single bed, 
>Bilik 3 & 4, 1 Queen bed + 1 open bedroom Queen bed & 1 Super single bed. 
>2 Tilam angin queen dan bantal tambahan.
>Ruang tamu & laman yang luas. 

Kemudahan yang sesuai
Kemudahan yang disediakan sangat la sesuai untuk kami sekeluarga bersantai selama 3 hari 2 malam tersebut. Antaranya adalah;-
>Kolam mandi persendirian
>BBQ pit
>Mesin basuh, kipas, cerek air, pinggan mangkuk, peti ais, dapur masak, televisyen & njoi, set kerusi ruang tamu, set kerusi makan, selimut, tuala, bantal tambahan, sejadah dan sterika.


Tempat Strategik
Paling utama sebab ianya sangat la dekat dengan lokasi kami iaitu Kuala Lumpur. Majoriti adik-adik beradik Kakya menetap di Kuala Lumpur. Dan seorang sahaja yang menetap di Johor. Jadi Melaka adalah tempat yang sangat adil bagi kedua-dua belah pihak. Perjalanan masing-masing tidak melebihi 2 jam perjalanan. Jadi tak ada lah penat sangat kan. Masa pun tak banyak terbuang atas jalan sahaja. 
Tarikan lain yang berdekatan termasuklah :-
~Masjid ~400M , Surau 100M
~5 minit - Pekan Tampin tempat membeli belah.
~5 minit – Tol Simpang Ampat Alor Gajah.
~10 minit - A'Famosa Resort Water World Alor Gajah Melaka
~10 minit - Freeport A'Famosa Outlet Village
~15 minit – Hutan Lipur Gunung Dato’
~20 minit - Gadek Hot Spring Alor Gajah Melaka
~20 minit - Tol Air Keroh Melaka

Murah & Under Bajet 
Kadar Bayaran Homestay Villa Sakeenah selama 3hari 2 malam ini adalah Rm2,200.00 tidak termasuk bayaran tempahan/security booking yang berjumlah RM300. Kami dikehendaki untuk membuat bayaran penuh semasa masuk (check in). Semasa dalam perjalanan kami terus transfer ke akaun pemilik Villa Sakeenah. 

Aktiviti sepanjang hari keluarga di Villa sakeenah


Membawang kat dapur

Membawang eh minum teh cicah biskut pingpong kat beranda rumah layan angin. sejukkk

Aktiviti malam hari dengan kekanak (Ruang tamu yang luas)

Sukaneka pada hari kedua (Laman Luas)

Happy je semua dapat bersukaneka

Husband Kakya belanja makan durian sebab dia hantu durian. rupanya ramai jugak hantu. hehe

View kolam dari arah belakang rumah

View kolam dari arah pondok 
View laman dari pondok 

Nenek pun geram ke tengok cucu mandi kolam

Pak Ucu jaga BBQ malam ni..hehe
Kami sekeluarga check in pada jam 2 petang ikutkan waktu check in yang tuan rumah bagi adalah pada jam 3petang, memandangkan ada dikalangan ahli keluarga yang tersampai awal Alhamdulillah atas budi bicara tuan rumah dapat la kunci awal. Lagipun tak ada penghuni sebelum kami masuk. Tetapi di nasihatkan untuk check out pada jam 12 tengah hari pada hari terakhir.

Baju family day kita orang pula ditempah dengan abang ipar Kakya sendiri. Dapat la murah sikit kan. Dah ramai-ramai ni nak kena bajet ke baju pulak..Hehe. Kalau korang nak order pun murah juga kot. Boleh tengok facebook beliau kalau nak order Ijal 

Sesi penyampaian hadiah dan bergambar sebelum check out.
Dapat hadiah yeah!

Hadiah yang dimenangi oleh family Kakya termasuk anak-anak. Menang grand prize tu


Umi dengan anak dara je termasuk anak dara dalam perut..hehe. 
Haris dan Yusuff 3 tahun beza sebulan je 2 orang cousin ni

Mak dan adik-beradik Kakya (10 beradik, 2 lelaki 8 perempuan)
Mak yong cubaan melarikan diri dari melompat 
Begitu lah kenangan "Family Day Keluarga Rashid 3D2N Di Villa Sakeenah". Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Missing arwah abah (Rashid Bin Ramli). Semoga roh nya dicucuri rahmat dan tenang dengan hubungan yang kami sekeluarga bina. Al-Fatihah.

P/S : Entry ni dah lama draft, tapi baru siap dan publish baby nya dah keluar dah 6 bulan usia nya. Nama di beri Amyra. Sebab tu korang tengok Kakya comel je gemuk gedempol tu. Hehe
Continue Reading

18 October 2019

YOUTH PURIFYING CLAY MASK & HYDRATING GEL MASK


Purifying Clay Mask (Untuk kulit berminyak / Mudah Berjerawat)

Rawatan wajah segera - Detoks dan membersihkan Secara semulajadi menyahtoksin dan membersihkan kulit dengan campuran tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik.

Rumusan ini menyerap dan menyingkirkan bahan pencemar, kotoran, dan sebum berlebihan untuk membantu meminimumkan penampilan liang pori, untuk kulit yang lebih licin tanpa menghakis atau mengeringkan kulit.


Hydrating Gel Mask (Untuk Kulit Kering)

Rawatan Wajah segera - Mengembalikan Seri Wajah

Manjakan kulit dengan kelembapan yang mendalam serta melegakan, untuk kulit yang segar dan terhidrat. Gel emas ini padat dengan asid hialuronik, jus daun aloe, dan gabungan pelbagai herba seperti Centella Asiatica dan ekstrak Chamomile yang memberikan kesegaran dan kelembapan yang berpanjangan untuk kulit yang lebih berseri.


Cara menggunakan Mask Youth 




Untuk Kulit Berminyak 
Selepas seharian terdedah kepada pelbagai kotoran, kulit memerlukan detoks yang menyeluruh. Gunakan Puryfying Clay Mask untuk detoks dan pembersihan kulit. Juga bagus untuk penggunaan sebagai rawatan tompokan untuk kulit berminyak atau bahagian kulit mudah berjerawat.

Untuk Kulit Kombinasi 
Manfaatkan kedua-duanya! gunakan Purifying Clay Mask pada zon-T anda dan Hydrating Gel Mask pada pipi anda.

Untuk Kulit Berusia 
Guna keduanya secara berturutan. Gunakan Purifying Clay Mask dan Hydrating Gel Mask secara bertuturan pada hari yang sama untuk spa wajah segera dirumah.
Atau guna secara berselang seli hari Purifyinng Clay Mask dan Hydrating Gel Mask untuk menambah nutrien dan kelembapan


Harga Youth Mask rm297.50 per set (2 mask, mana-mana set)



Ajuya Rashid
Hp / Whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara






Continue Reading

15 October 2019

BUAT PASSPORT BABY AMYRA DI JABATAN IMIGRESEN PUCHONG

Nak buat passport baby ke umi.
Pagi tadi punya cerita, AR dan suami bawa Baby Amyra untuk buat passport. Nak pergi mana? eh tak tau lagi nak pergi mana. Buat je dulu sampai masa nanti senang terus pergi je kan. In Shaa Allah doakan lah ye kita orang dipermudahkan rezeki untuk ke luar negara. 

Alhamdulillah masa AR sampai jam 10.30 pagi tu tak ada orang sangat kat jabatan Imigresen Puchong ni. Ingat masa pergi buat passport Nayli 3 ke 4 tahun lepas..sampai habis nombor lah. dah pergi awal tu. ke sebab bukan musim orang pergi bercuti. atau bukan waktu puncak kan. Jadi masa pun tak ada la lama sangat menunggu. 

Cara-cara buat passport baby senang je. Bawa sahaja surat beranak asal dan kad pengenalan Ibu (kita sendiri lah. kalau bapa budak yang bawa, bapa budak punya IC lah). Ambil nombor dan isi borang yang diberi. Borang pun kecil je. Kalau boleh pastikan ketinggian baby tu dulu sebab perlukan maklumat ketinggian. Kalau tak tahu boleh je ukur kat situ ada disediakan tempat ukur ketinggian. Tunggu sehingga nombor giliran di panggil. kalau kat Puchong ni dia panggil tak pakai nombor dah..Kat tempat kaunter nombor tu juga dorang panggil nama Amyra. Baby kan special lane. Hehe

Bawa maklumat dari kaunter maklumat ke tingkat 1 untuk proses pembayaran

Lepas dah siap urusan dikaunter tentang maklumat passport dan proses ambil gambar boleh buat bayaran di tingkat 1. Passport akan siap selepas 1 jam pembayaran dibuat. Macam AR saje je datang lepas 45minit sebab tak pergi mana-mana pun masa tu. Tunggu kat bawah je sebab tak ramai orang. Selesa juga untuk anak-anak ruang menunggu tu. Aircond pun rasa kan..tu yang penting. hehe. Kalau kat atas sedikit sesak.
Simpan resit untuk pengambilan passport nanti.

Pergi je terus ke kaunter 12 untuk pengambilan passport tak payah ambil nombor dah. Jangan lupa bawa resit, surat beranak dan Kad pengenalan tadi untuk pengesahan. Terus je dapat Passport baby Amyra. hehe Tak sampai 2 jam dah siap buat passport baby. kalau orang dewasa mau setengah hari juga tu kalau dah ramai-ramai kan. Oh ye, Bayaran untuk passport baby Rm100.00 untuk 5 tahun.



Berpeluh juga nak ambil gambar ni, Haha..husband pegang Amyra, AR pegang handphone buka youtube kat atas lense kamera. Tak tau la berapa kali snap baru dapat yang betul-betul tengok kamera. Mulut ternganga pun biar lah. Janji pandang kamera. hehe

Taraa siap la passport nya. Hehe..Dari pukul 10.30 sampai pukul 12 tengahari bertapa di Jabatan Imigresen Puchong.  



Salam Sayang, 
Ajuya Rashid
Hp / Whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara


Continue Reading