22 October 2019

MEE GORENG EXPRESS DENGAN PERENCAH ADABI

perencah mee goreng adabi
Bahan-bahan Mee Goreng Express Perencah Adabi
Malam tadi anak-anak Kakya yang bersekolah request nak sarapan mee. Umi ni tak fikir panjang dah terus terlintas stok mee dalam peti ais. Ok la esok pagi Umi masak Mee Goreng Express. Hehe kenapa panggil mee goreng express? Sebab mudah dan cepat sangat bila guna perencah mee goreng Adabi ni. Tak payah susah-susah nak kupas bawang dan blend cili pagi-pagi buta. Terus je Umi capai bahan-bahan ni untuk masak mee goreng express kegemaran anak-anak ni.

Bahan-bahan mee goreng express adalah :-
Mee kuning 1 bungkus
Perencah mee goreng
Telur 2 biji
Sos cili
Kicap
Sos tomato
Udang (jika mahu, Kakya ambil 4 ekor je buat ubat rasa manis udang. hehe)

Cara Masak
Panaskan minyak masak
Tumis perencah mee goreng adabi
Masukkan Sos cili, kicap 
Masukkan udang 
Bila udang dah separuh masak masukkan telur satu persatu, kacau telur bagi hancur dan masak
Masukkan mee kuning
Kacau hingga sebati dan mee kuning masak
Last sekali baru masukkan sedikit sos tomato untuk lembapkan mee goreng kita. 

Tak ada sayur ke? itu la masalah anak-anak Kakya ni susah nak makan sayur, bila masak khas untuk dorang memang Kakya tak letak sayur nanti lagi tambah kerja Kakya pulak nak kena asingkan sayur untuk dorang. Makan pun lambat nanti nak pergi sekolah.

Nampak ringkas tapi sedap, anak-anak suka 
Itu lah dia resepi Kakya masakkan mee goreng untuk anak-anak. Sebungkus memang ngam-ngam je itupun Umi kena makan last-last baru cukup untuk anak-anak. Haha...tak pe janji anak-anak kenyang. Esok semua dah besar-besar nampak nya kena goreng 2 bungkus la kan. Perencah Adabi pun kena la double jugak. Kadang-kadang siap pesan tak boleh tambah tau dah habis. Hehe.



5 comments:

  1. Woww , macam menarik je buat mee goreng guna perencah .. Boleh try nie untuk buat breakfast pagi-pagi kalau rushing nak pergi kerja .

    ReplyDelete
  2. nampak sedap tu! teringin pulakk rasanya nak buat sendiri!

    ReplyDelete
  3. Macam lebih mudah je masak guna perencah. nanti boleh cuba. Tq share :)

    ReplyDelete
  4. Mudah pakai perencah ni. Kita anak² ramai,kena bijak. Kikiki.

    Samalah dgn anak Ruby pun, kalau buh sayur, satu keja pulak nk kaih² asingkan balik semua. 🤣

    ReplyDelete