Nak buat passport baby ke umi. |
Pagi tadi punya cerita, AR dan suami bawa Baby Amyra untuk buat passport. Nak pergi mana? eh tak tau lagi nak pergi mana. Buat je dulu sampai masa nanti senang terus pergi je kan. In Shaa Allah doakan lah ye kita orang dipermudahkan rezeki untuk ke luar negara.
Alhamdulillah masa AR sampai jam 10.30 pagi tu tak ada orang sangat kat jabatan Imigresen Puchong ni. Ingat masa pergi buat passport Nayli 3 ke 4 tahun lepas..sampai habis nombor lah. dah pergi awal tu. ke sebab bukan musim orang pergi bercuti. atau bukan waktu puncak kan. Jadi masa pun tak ada la lama sangat menunggu.
Cara-cara buat passport baby senang je. Bawa sahaja surat beranak asal dan kad pengenalan Ibu (kita sendiri lah. kalau bapa budak yang bawa, bapa budak punya IC lah). Ambil nombor dan isi borang yang diberi. Borang pun kecil je. Kalau boleh pastikan ketinggian baby tu dulu sebab perlukan maklumat ketinggian. Kalau tak tahu boleh je ukur kat situ ada disediakan tempat ukur ketinggian. Tunggu sehingga nombor giliran di panggil. kalau kat Puchong ni dia panggil tak pakai nombor dah..Kat tempat kaunter nombor tu juga dorang panggil nama Amyra. Baby kan special lane. Hehe
Lepas dah siap urusan dikaunter tentang maklumat passport dan proses ambil gambar boleh buat bayaran di tingkat 1. Passport akan siap selepas 1 jam pembayaran dibuat. Macam AR saje je datang lepas 45minit sebab tak pergi mana-mana pun masa tu. Tunggu kat bawah je sebab tak ramai orang. Selesa juga untuk anak-anak ruang menunggu tu. Aircond pun rasa kan..tu yang penting. hehe. Kalau kat atas sedikit sesak.
Pergi je terus ke kaunter 12 untuk pengambilan passport tak payah ambil nombor dah. Jangan lupa bawa resit, surat beranak dan Kad pengenalan tadi untuk pengesahan. Terus je dapat Passport baby Amyra. hehe Tak sampai 2 jam dah siap buat passport baby. kalau orang dewasa mau setengah hari juga tu kalau dah ramai-ramai kan. Oh ye, Bayaran untuk passport baby Rm100.00 untuk 5 tahun.
Taraa siap la passport nya. Hehe..Dari pukul 10.30 sampai pukul 12 tengahari bertapa di Jabatan Imigresen Puchong.
Taraa siap la passport nya. Hehe..Dari pukul 10.30 sampai pukul 12 tengahari bertapa di Jabatan Imigresen Puchong.
0 comments:
Post a Comment