Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

22 October 2019

MEE GORENG EXPRESS DENGAN PERENCAH ADABI

perencah mee goreng adabi
Bahan-bahan Mee Goreng Express Perencah Adabi
Malam tadi anak-anak Kakya yang bersekolah request nak sarapan mee. Umi ni tak fikir panjang dah terus terlintas stok mee dalam peti ais. Ok la esok pagi Umi masak Mee Goreng Express. Hehe kenapa panggil mee goreng express? Sebab mudah dan cepat sangat bila guna perencah mee goreng Adabi ni. Tak payah susah-susah nak kupas bawang dan blend cili pagi-pagi buta. Terus je Umi capai bahan-bahan ni untuk masak mee goreng express kegemaran anak-anak ni.

Bahan-bahan mee goreng express adalah :-
Mee kuning 1 bungkus
Perencah mee goreng
Telur 2 biji
Sos cili
Kicap
Sos tomato
Udang (jika mahu, Kakya ambil 4 ekor je buat ubat rasa manis udang. hehe)

Cara Masak
Panaskan minyak masak
Tumis perencah mee goreng adabi
Masukkan Sos cili, kicap 
Masukkan udang 
Bila udang dah separuh masak masukkan telur satu persatu, kacau telur bagi hancur dan masak
Masukkan mee kuning
Kacau hingga sebati dan mee kuning masak
Last sekali baru masukkan sedikit sos tomato untuk lembapkan mee goreng kita. 

Tak ada sayur ke? itu la masalah anak-anak Kakya ni susah nak makan sayur, bila masak khas untuk dorang memang Kakya tak letak sayur nanti lagi tambah kerja Kakya pulak nak kena asingkan sayur untuk dorang. Makan pun lambat nanti nak pergi sekolah.

Nampak ringkas tapi sedap, anak-anak suka 
Itu lah dia resepi Kakya masakkan mee goreng untuk anak-anak. Sebungkus memang ngam-ngam je itupun Umi kena makan last-last baru cukup untuk anak-anak. Haha...tak pe janji anak-anak kenyang. Esok semua dah besar-besar nampak nya kena goreng 2 bungkus la kan. Perencah Adabi pun kena la double jugak. Kadang-kadang siap pesan tak boleh tambah tau dah habis. Hehe.



Continue Reading

26 August 2015

RESEPI MUDAH IKAN CENCARU SUMBAT TURBO

cencaru belah belakang


Haa..Kelas nama resepi tu kan. Ikan cencaru sumbat turbo. atau nama lain orang panggil ikan belah belakang. Resepi ni AR tgk mak yang masak. main tengok je..main buat je..Sedap la jugak. haha..masuk bakul angkat sendiri lagi. Ok lah kenapa plak nama turbo? dah nama orang malas yang masak. dia guna turbo je tak de dah tumbuk2. Turbo tupperware ni memang senang la kalau nak guna untuk mesin atau tumbuk bahan2 sikit2 macam ni. atau taknak lumat sangat. sebab kita nak bagi rasa sambal tu dalam ikan kan.

Okey..kembali kepasa resepi ringkas kita.

2 ekor ikan cencaru sederhana besar

3biji bawang merah  
2 biji bawang putih 
1/2 inci belacan
5 biji cili kering
Garam secukup rasa
1/2 kunyit 

Cara-cara nya ialah...haha...masukkan semua bahan-bahan untuk diturbokan kedalam turbo. tarik la sehingga hancur dan sesuai untuk melakukan kerja2 menyumbat. hehe.

Belah ikan cencaru di bahagian belakang. masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam belahan ikan tersebut. Boleh dibakar atau digoreng. Lepas dah goreng siap. la...Lupa pulak nak snap gambar yang dah siap goreng. Selamat Mencuba!!




Continue Reading