Showing posts with label my happy family. Show all posts
Showing posts with label my happy family. Show all posts

20 October 2019

FAMILY DAY KELUARGA RASHID 3D2N DI HOMESTAY VILLA SAKEENAH, ALOR GAJAH, MELAKA


Baru-baru ni Kakya dan family ada buat family day keluarga Rashid 3D2N di Homestay Villa Sakeenah, Alor Gajah, Melaka. Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya berjaya juga keluarga Kakya mengadakan family day ini. 

Sebelum mengadakan hari keluarga ini dah banyak tempat yang kami pantau. Dan sudah tentu banyak faktor yang diambil kira sebelum menentukan tempat untuk ber hari keluarga. Maklum lah rakyat jelata ramai sangat. hehe.. Bayangkan lah adik-beradik nya dah 10 orang, campur menantu yang dah berkahwin 6 orang. Masing-masing pun dah mempunyai anak. Jadi bila di kira-kira jumlah semua sekali ahli keluarga adalah 32 orang dan memerlukan ruang yang luas untuk beraktiviti.

Kenapa kami memilih Homestay Villa Sakeenah Alor Gajah sebagai lokasi hari keluarga.


Besar & Privacy
Homestay Villa Sakeenah adalah rumah banglo dua tingkat yang mempunyai kelengkapan seperti ;- 
>4 bilik tidur + 1, 5 bilik air. 
>Semua bilik berhawa dingin & kipas utk open bedroom. 
>Bilik utama 2 Queen bed,
>Bilik 2, 1 Queen bed & 1 Super single bed, 
>Bilik 3 & 4, 1 Queen bed + 1 open bedroom Queen bed & 1 Super single bed. 
>2 Tilam angin queen dan bantal tambahan.
>Ruang tamu & laman yang luas. 

Kemudahan yang sesuai
Kemudahan yang disediakan sangat la sesuai untuk kami sekeluarga bersantai selama 3 hari 2 malam tersebut. Antaranya adalah;-
>Kolam mandi persendirian
>BBQ pit
>Mesin basuh, kipas, cerek air, pinggan mangkuk, peti ais, dapur masak, televisyen & njoi, set kerusi ruang tamu, set kerusi makan, selimut, tuala, bantal tambahan, sejadah dan sterika.


Tempat Strategik
Paling utama sebab ianya sangat la dekat dengan lokasi kami iaitu Kuala Lumpur. Majoriti adik-adik beradik Kakya menetap di Kuala Lumpur. Dan seorang sahaja yang menetap di Johor. Jadi Melaka adalah tempat yang sangat adil bagi kedua-dua belah pihak. Perjalanan masing-masing tidak melebihi 2 jam perjalanan. Jadi tak ada lah penat sangat kan. Masa pun tak banyak terbuang atas jalan sahaja. 
Tarikan lain yang berdekatan termasuklah :-
~Masjid ~400M , Surau 100M
~5 minit - Pekan Tampin tempat membeli belah.
~5 minit – Tol Simpang Ampat Alor Gajah.
~10 minit - A'Famosa Resort Water World Alor Gajah Melaka
~10 minit - Freeport A'Famosa Outlet Village
~15 minit – Hutan Lipur Gunung Dato’
~20 minit - Gadek Hot Spring Alor Gajah Melaka
~20 minit - Tol Air Keroh Melaka

Murah & Under Bajet 
Kadar Bayaran Homestay Villa Sakeenah selama 3hari 2 malam ini adalah Rm2,200.00 tidak termasuk bayaran tempahan/security booking yang berjumlah RM300. Kami dikehendaki untuk membuat bayaran penuh semasa masuk (check in). Semasa dalam perjalanan kami terus transfer ke akaun pemilik Villa Sakeenah. 

Aktiviti sepanjang hari keluarga di Villa sakeenah


Membawang kat dapur

Membawang eh minum teh cicah biskut pingpong kat beranda rumah layan angin. sejukkk

Aktiviti malam hari dengan kekanak (Ruang tamu yang luas)

Sukaneka pada hari kedua (Laman Luas)

Happy je semua dapat bersukaneka

Husband Kakya belanja makan durian sebab dia hantu durian. rupanya ramai jugak hantu. hehe

View kolam dari arah belakang rumah

View kolam dari arah pondok 
View laman dari pondok 

Nenek pun geram ke tengok cucu mandi kolam

Pak Ucu jaga BBQ malam ni..hehe
Kami sekeluarga check in pada jam 2 petang ikutkan waktu check in yang tuan rumah bagi adalah pada jam 3petang, memandangkan ada dikalangan ahli keluarga yang tersampai awal Alhamdulillah atas budi bicara tuan rumah dapat la kunci awal. Lagipun tak ada penghuni sebelum kami masuk. Tetapi di nasihatkan untuk check out pada jam 12 tengah hari pada hari terakhir.

Baju family day kita orang pula ditempah dengan abang ipar Kakya sendiri. Dapat la murah sikit kan. Dah ramai-ramai ni nak kena bajet ke baju pulak..Hehe. Kalau korang nak order pun murah juga kot. Boleh tengok facebook beliau kalau nak order Ijal 

Sesi penyampaian hadiah dan bergambar sebelum check out.
Dapat hadiah yeah!

Hadiah yang dimenangi oleh family Kakya termasuk anak-anak. Menang grand prize tu


Umi dengan anak dara je termasuk anak dara dalam perut..hehe. 
Haris dan Yusuff 3 tahun beza sebulan je 2 orang cousin ni

Mak dan adik-beradik Kakya (10 beradik, 2 lelaki 8 perempuan)
Mak yong cubaan melarikan diri dari melompat 
Begitu lah kenangan "Family Day Keluarga Rashid 3D2N Di Villa Sakeenah". Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Missing arwah abah (Rashid Bin Ramli). Semoga roh nya dicucuri rahmat dan tenang dengan hubungan yang kami sekeluarga bina. Al-Fatihah.

P/S : Entry ni dah lama draft, tapi baru siap dan publish baby nya dah keluar dah 6 bulan usia nya. Nama di beri Amyra. Sebab tu korang tengok Kakya comel je gemuk gedempol tu. Hehe
Continue Reading

21 February 2017

HAPPY BIRTHDAY TO ME


Happy birthday to me, happy birthday to me...haha walaupun dah seminggu berlalu 14 Feb. tapi nak juga buat entry ni sebab rasa birthday tahun ni la paling best skali. 2 session tu ha depa buat surprise. maklum la AR ni takde kawan lain dah. kawan2 semua kat alam maya je. cuma ada adik beradik dan suami je. so tunggu depa punya surprise je lah. Tapi sebelum kejadian AR dah pesan jangan buat. jangan buat....tak bagi buat sebab takut menangis. kuikui




Hari kejadian...kebetulan Kenny Rogers ada promosi buy 1 free 1, AR ni saje la tanya kot ada orang nak belanja birthday girl kan. skali Kak Ida (kak ngah) volunteer. so set dengan dia nak lunch dekat KR. bila sampai tu ingat kami berdua je. rupa nya nah depa dah siap ramai2 kat KR aeon Equine haa...agak surprise. Baru nak start makan tu geng2 pekerja KR bawa kek sambil nyanyi. Euwwww macam budak2 lah dorang ni. Terharu hakak tau. Tapi dalam hati memang rasa di sayangi oleh mereka2 yang ku sayang. rasa diri ini dihargai. 


Malam nya pulak giliran husband AR pulak. kata nya siap nak keluar dinner. pakai cantik2. Allah cemana nak pakai cecantik nih. pakai blouse je lah..haha. dah book tempat di seoul garden tapi..geng2 surprise datang lambat boufet nya tutup pukul 9.45. pkul 9.15 baru depa sampai. sudah nya kami ke Teppayaki..itu pun nasib baik je nasi cukup. hentam saje lah. sempat jugak depa komplot dengan pekerja teppayaki keluar kan ke.

sebelum kejadia malam nya...sambil borak2 dengan si adik AR. kenapa lambat? sambil bising2 tu..dia selamber je kantoi..lambat la mak ni nak tunggu orang tu lah orang ni lah..pastu gi beli kek lagi (erkkk kantoi...haha)..dia buat muka selambar macam takde pape berlaku. terlajak perahu boleh diundur. terlajak kata kantoi sudah. hahaha. 

Alhamdulillah...bukan sambutan hari jadi yang AR impikan..tetapi ukhwah dan semangat satu keluarga dapat berkumpul sebagai asbab. Subhanallah...AR rasa bersyukur dengna kasih sayang yang diberikan, Kasih sayang yang terjalin antara kami. Semoga ALLAH S.W.T limpahkan dan kekal kan kasih sayang antara kami. 






Continue Reading

16 February 2016

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!



Alhamdulillah...14. February 2016 lepas genap la usia AR 31 tahun. hehe 31 tahun dah mak nak sabar je la. Usia 31 tahun ada anak 3 orang weeehuuu meriah rasa. agak2 sempat tak nak anak 5 orang sebelum 35 tahun. ahaks...In Shaa Allah kita merancang hanya DIA yang menentukan. 

Birthday AR selalu memang tak plan apa2 pun. Paling tidak pun ada je la surprise husband dengan anak2. Sehari sebelum husband dah inform nak pergi cherating esok nya. siap2 je la apa yang patut. Dalam kereta " kakak...cuba tengok kat belakang,tadi yaya pergi beli kek umi dengan papa".."hah...yeke..ish yaya jangan cakap kuat2."..pastu duk bisik2 apa lagi tah 2 beradik tu. umi kat depan buat2 tak dengar je la kan. kadang2 je buat2 menyampuk apa tadi? eh takde pape takde pape. hehe. "oh ada surpirse ye..baru la perasan nak gi celebrate birthday umi" 


Simple celebration..tapi penuh makna. Alhamdulillah bila anak2 dan suami happy dapat meluangkan masa bersama2 dah cukup bermakna kan. hadiah yang tidak ternilai harga nya. sape boleh teka hadiah dalam kotak AR bagi hadiah. hahaha..seriuss..komen je sape betul anda akan dihubungi untuk tuntutan hadiah.



yang ni pulak...2 hari sebelum tarikh 14hb..hehe. dorang memang aim awal2 takut ceq kena bawa lari kena husband. maka jadi la surprise 2 hari sebelum birthday. Thanks uolss. love uolls forever. adik beradik dengan mak semua komplot ye. huh





Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.



Continue Reading