29 May 2020

RESEPI ESP SHAKLEE DAN KURMA UNTUK MILK BOOSTER


Hai korang, harini Kakya nak share resepi susu kurma versi ESP Shaklee. Kakya tiap kali ramadhan memang amalkan ESP Shaklee dengan kurma. Tapi Ramadhan tahun ni Kakya ditemani oleh Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura.
Ibu menyusu macam Kakya ni memang perlukan susu kurma ni untuk membantu lebih bertenaga sepanjang berpuasa dan menyusu. Kalau tak puasa pun Kakya akan minum susu kurma ni dulu sebagai sarapan. Dah kenyang tak perlu makan benda lain dah. hehe. Since Kurma Ajwa ni banyak lagi maklum la ada 1KG haritu. So Kakya sambung untuk puasa ganti dan puasa sunat pulak. Kena la ganti awal-awal sementara dah terbiasa dengan puasa ramadhan tempoh hari kan 

Resepi susu kurma versi Shaklee 

Bahan-bahan 
  • 2 sudu besar ESP
  • 1 Sudu besar Performance Drinks
  • 3 biji kurma
  • Jika suka boleh tambah 1 cawan susu segar. Kakya jarang tambah susu segar sebab ESP dah cukup khasiat susu 
Cara-cara 
  • Rendam kurma yang dah dibuang biji dan potong kecil kedalam segelas air 10 - 15 minit
  • campur kan kesemua bahan ke dalam blender 
  • Blend sehingga cukup rasa..hehe.

Siap untuk diminum!


Kebaikan ESP 
  • Soya Non GMO yang tidak diubah secara genetik 
  • Bekal tenaga segera agar tidak mudah letih 
  • Sebagai Milk booster
  • Memberikan rasa kenyang yang lebih lama
  • Rendah kalori 
  • Bantu ibu-ibu untuk kekal langsing
  • Bantu baiki sel kulit (bonus kulit cantik)
  • Dapat cukupkan keperluan protein seharian ibu 

Kebaikan Kurma 
  • Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
  • Kaya dengan serat dan potassium
  • Penguat memori
  • Baik untuk wanita mengandung/bersalin
  • Penawar Racun
  • Merawat penyakit
  • Mengubati gangguan usus dan sembelit
Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah Madinah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya.”

Kebaikan susu kurma 
  • Mengenyangkan, beri tenaga dan sangat sedap 
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak dan ibu mengandung untuk kekal sihat dan bertenaga 
  • Sebagai milk booster untuk ibu menyusu yang kurang susu badan.
  • Memberikan kesegaran dan tenaga kepada tubuh badan.

KENAPA PERLU DAPATKAN KURMA AJWA ASLI MADINAH (RIHURA)?
  • Kurma Ajwa Asli Madinah original dari tanah Madinah AlMunawwarah
  • Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa
  • Gred 1 (lebih tinggi dari gred A) dan Gred Premium VIP
  • Buah segar dan terbaru (handpickup dari ladang pada awal tahun 2020)
  • Kurma tidak diperam lama-lama.
  • Kualiti premium, dijamin dan terbaik
  • Saiz standard, sesuai utk kanak2, golongan tua dan muda
  • Packaging yang menarik
  • Sesuai dijadikan gift set/hadiah
  • Harga berbaloi sesuai utk tempahan bagi sedekah/doorgift dan sbgnya
  • Trusted dan dipercayai
Jika korang berminat untuk dapatkan kurma ajwa dari Rihura ni boleh terus facebook dorang tau, macam-macam size ada. 

Detail lanjut dan testimoni boleh lihat di IG (https://www.instagram.com/rihuraherbs/) dan juga Fb Pages (https://www.facebook.com/rihuraherbs/)

Nak jadi ahli shaklee klik SINI

Continue Reading

13 May 2020

PG Mall Merchant Recruitment Incentive – Jana Pendapatan Tanpa Modal


PG Mall  adalah platform perdagangan (E-Commerce) No 1 Malaysia yang ditubuhkan sejak 2017 dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd PG Group. PG Mall bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global. PG Mall adalah satu-satunya "e-commerce tempatan” di Malaysia.

PG Mall menggunakan konsep “ConsuMerchant” yang membuatkan ianya berbeza dari perniagaan online yang lain. Iaitu perniagaan yang berkongsi keuntungan yang memberi peluang kepada pengguna / pembeli untuk menjadi usahawan dan membina empayar perniagaan tetap dengan PG Mall.


Forever Cash Back up to 3.5%

PG Mall menghargai pengguna / pembeli sebagai rakan niaga jangka panjang dan dengan itu, PG Mall menawarkan ganjaran pengembalian wang berterusan kepada mereka sebagai ganti pembelian dan sokongan berterusan mereka, melalui program "Forever Cash Back up to 3.5%" PG Mall sendiri, di mana mereka akan diberi penghargaan kerana merujuk pembeli baru untuk membeli-belah dengan PG Mall melalui program “referral” pertama ini di dunia.


Merchant Recruitment Incentive – Jana Pendapatan Tanpa Modal




Tahukah anda, anda mampu untuk menjana pendapatan tanpa modal dengan “Merchant Recruitment Incentive” di PG Mall ni.

Bagi anda yang mepunyai rakan di luar sana yang menjual produk yang berkualiti, ada diantara anda juga berkawan dan kenal dengan pemilik jenama itu sendiri dan anda mahu mereka menjual di PG Mall. Boleh la anda memperkenalkan dan membawa rakan penjual anda ke PG Mall.

“Merchant Recruitment Incentive” ni ialah Insentif khas sebagai tanda usaha untuk anda yang berjaya memperkenalkan atau merekrut mereka ke PG Mall. Terdapat pelbagai insentif yang diberikan untuk pedagang yang berlainan yang membawa ke PGMall (Rujuk gambar “Merchant Recruitment Incentive” untuk keterangan lanjut).


Cara untuk merekrut atau memperkenalkan peniaga atau rakan anda ialah dengan mengisikan maklumat pedagang yang direkrut dalam borang dari pautan ini (https://bit.ly/RecruitMerchant). Dan ianya tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk pertanyaan atau keterangan lanjut boleh la menghubungi Ketua E-Dagang PG Mall (Bok 011-5509 7916)


Iprice Insights



Merujuk kepada “Mapping Malaysia Leading e-commerce Players - 2020 Quarter 1 Report” di Iprice Insights, PG Mall www.pgmall.my berada di tangga ke 3 platform e-dagang utama pilihan rakyat Malaysia. Manakala PG Mall adalah platform e-dagang No.1 keluaran Malaysia. Menarik bukan. Jadi PG Mall antara platform yang popular di kalangan pengguna dan juga pembeli online.




Iprice Insights menghuraikan pertumbuhan PGMall dalam beberapa tahun ini. Layari https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ untuk keterangan lanjut. Jadi sebagai perniaga / pembeli anda pasti teruja untuk menyertai dengan PG Mall kan.

Bagi anda yang berminat untuk mendaftar dan mengiklankan produk-produk perniagaan mereka di platform perniagaan PG Mall ni boleh la sign up di seller.pgmall.my. Manakala untuk Shopper anda boleh membeli belah di www.pgmall.my.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Website: www.pgmall.my
Facebook: PGMallOfficial
Instagram: PGMall.my


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Raya #RayaCampaign #PGMallSeller #PGMallMerchant #iPrice #2020Q1report




Continue Reading

12 March 2020

SET HAMIL SHAKLEE MURAH PERCUMA KEAHLIAN


harga set hamil shaklee
Set Hamil Shaklee ni memang mendapat tempat di hati setiap bakal ibu. Mana tak nya jimat sangat kalau beli sekarang ni, ada diskaun sehingga 10%. Bukan murah je tau siap dapat keahlian percuma yang berharga Rm35.00. Set Hamil Shaklee juga antara set paling popular dikalangan pelanggan Shaklee Kakya.

Apa Yang Best Sangat Set Hamil Shaklee Ni?

  • Sesuai diambil dari awal kehamilan untuk membantu tumbesaran bayi didalam kandungan dan memberi tenaga serta nutrisi kepada mama. 
  • Bila badan sihat, mood ceria..mama dan baby lagi bertambah sihat kan nak bersalin pun senang. 
  • Memberi tenaga dan mengurangkan kelesuan/ cepat letih ketika hamil
  • Mengelakkan sembelit ketika hamil
  • Mengelakkan cramp kaki atau tarik mengkarung 
  • Menstabilkan tekanan darah mama
  • Menstabilkan kenaikan berat badan 
  • Mencegah strechmark dengan pengambilan vitamin c dan esp
  • Mencegah kulit kusan (kulit makin berseri)
  • Emosi lebih stabil
  • Menguatkan sistem imun bakal ibu dan bayi yang dikandung.
  • Mencegah komplikasi kehamilan (kencing manis, darah rendah, kencing kotor dan lain-lain)
  • Menyokong perkembangan otot bayi

Fungsi Setiap Produk Dalam Set Hamil Shaklee.


Hish, banyak nya nak kena makan? Kenapa kena makan banyak-banyak ni? Hehe, Kalau makan nasi dalam sepinggan lengkap tu ada tak kita makan nasi untuk karbohidrat, ikan untuk protein, sayuran untuk serat, iron atau vitamin-vitamin lain. Macam tu la juga vitamin Shaklee ni. Diasingkan setiap nutrisi. Lagipun bukan kena telan sekaligus uolls. Sebiji sehari ataupun 1 atau 2 jenis je setiap kali makan. Kat bawah nanti Kakya bagi cadangan cara makan set hamil ni ye. 
  1. Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang tebaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah. 
  2. Bcomplex - Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.
  3. Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
  4. Ostematrix - Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang, kebas-kebas atau cramp.
  5. ESP - Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh. Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Disamping MEMBERI TENAGA pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.
  6. Omega Guard - Mengandungi asid lemak omega-3 yang diperlukan oleh bayi untuk pembentukan otak, saraf, mata dan organ lain yang sempurna.


Cara Makan Set Hamil Shaklee 

Cara makan set hamil shaklee ni tak adalah strict sangat. Tapi cadangan yang Kakya beri adalah masa yang paling sesuai untuk ambil. Kalau dah terlupa tu tak kisah je bila-bila masa nak ambil pun. 
  • Sebelum Sarapan - ESP 2@3 Sudu besar / Scoop
  • Selepas Sarapan - Bcomplex 1biji, Vitalea iron formula 2biji, Vitamin C 1biji
  • Selepas Makan tengahari - Omega Guard 3biji
  • Sebelum Tidur - Ostematrix 3biji
Haa, tak banyak pun kan. Lagipun semasa hamil la kena lebihkan nutrisi bagi memastikan keadaan ibu dan bayi cukup segala nutrisi. 


Testimoni Set Hamil Shaklee


Alhamdulillah lepas minum set hamil shaklee badan rasa lebih bertenaga. Sebelum ni saya ada alahan, selsema setiap pagi. Masalah berlarutan lebih kurang setahun jugak. Pagi-pagi nak solat subuh tu memang terganggu la sebab asyik bersin je. Dah cuba ubat hospital dengan ibat homeo sekali. Tapi sama je. Saya dah 6 hari makan supplement shaklee. Alhamdulillah dah takde bersin pagi-pagi. Kalau tak kak bayangkan saya pregnant pagi-pagi bangun bersin tak best. Pergi toilet pun takde sembelit.


Alhamdulillah dengan set hamil shaklee dan continue dengan set berpantang shaklee saya dapat menghasilkan sto susu yang menggembirakan. Apa yang menambah kegembiraan saya kulit menjadi bersih. Bukan setakat saya sahajatetapi baby saya juga bersih. Bukan saya sahaja yang perasan tetapi nurse yang datang melawat serta rakan hospital semasa saya kena admit kerana baby demam juga ada menegur.

Harga Set Hamil Shaklee

Harga set hamil shaklee dari bulan Mac hingga bulan Jun 2020 hanya lah Rm438.30 jimat Rm48.70 dari harga ahli. Anda juga layak untuk dapat keahlian percuma dan juga penghantaran percuma. Murah sangat. Kakya pun tak dapat harga ni tau. Hehe. So apa lagi terus hubungi Kakya untuk order ye. 012-6102263




Continue Reading

11 March 2020

KEISTIMEWAAN, RAMUAN DAN MANFAAT RESV SHAKLEE

Harga resv shaklee


Apa itu ResV

ResV merupakan campuran polifenol unik berasaskan 7 bahan semulajdi yang telah terbukti melalui pelbagai kajian klinikal memberikan kesan positif terhadap proses penuaan sel. ResV 13 kali lebih berkuasa daripada resveratrol sahaja.


Keistimewaan ResV Shaklee

ResV adalah formula saintifik untuk meyokong kesihatan umum dan mengekalkan keremajaan serta hidup yang lebih bersemangat

  • Semulajadi - Formula penemuan saintifik yang direka untuk menyokong kesihatan anda secara semulajadi
  • Kemajuan Saintifik - Pembangunan bertahun-tahun bersama saintis-saintis dan penyelidikan canggih secara global berjaya menghasilkan ResV.
  • Disokong oleh 6 paten - Shaklee menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan segala kebaikan polifenol dalam ResV supaya anda boleh menikmati kandungan nutrisi dan manfaatnya secara sepenuhnya.
  • Mengandungi Spektrum Polifenol yang luas untuk mengekalkan kesihatan yang baik dari alam semulajadi.
  • Buatan Amerika Syarikat
  • Diiktiraf HALAL

Ramuan ResV 

ResV mengandungi campuran proprietari, bahan ramuan botani semulajadi yang dipilih dengan teliti dan menawarkan spektrum polifenol yang luas untuk mengekalkan kesihatan yang baik, dari alam semulajadi kepada anda.




Anggur Muscadine

Mengandungi sifat antioksidan dan kepekatan tinggi asid elagik dan elagitanin, sejenis polifenol yang terkenal





Japanese Knotweed

Mengandungi polifenol utama yang dipanggil resveratrol, ditunjukkan mempunyai banyak manffat kesihatan yang positif.






Lobak Ungu

Mengandungi polifenol seperti antosianin dan lutein dengan antioksidan yang kuat untuk kesihatan yang baik




Chebulic Myrobalan (Buah Kaduka)

Juga dikenali sebagai "Raja Ayurveda", ia menawarkan manfaat terapeutik yang luar biasa dan mengandungi polifenil penting seperti asid galik dan asid elagik.




Buah Delima 

Penuh dengan nutrien penting termasuklah elagitanin, asid elagik dan flavonoid.




Anggur Hitam

Kaya dengan nutrien dan penuh dengan antioksidan, polifenol dan Vitamin C




Hampas Anggur dan Anggur Merah

Mengandungi paras polifenol yang tinggi seperti proantocyanidin dimana ia menawarkan kuasa antioksidan yang hebat.




Manfaat ResV Shaklee

  1. Kulit Sihat - Melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas. Meningkatkan penghasilan kolagen17 dan mengurangkan garis halus serta kedutan.
  2. Peredaran Darah Yang Sihat - Mengurangkan keradangan kronik, yang menjadi punca utama penyakit jantung serta menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol LDL (jahat) dan meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik).
  3. Tahap gula Darah Yang Sihat - Menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekaan insulin
  4. Menyokong Detoks Yang Berkesan  - Meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, dan mengurangkan kematian sel pada hati9 dan menyerupai kesan positif berpuasa atau diet rendah kalori, yang boleh membantu menurunkan berat badan
  5. Fungsi Otak Yang Sihat - Pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu11 meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental ringan. Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan daya tumpuan
  6. Meningkatkan Tenaga dan kekuatan Otot - Mempercepatkan penghasilan mitokondria, penjana utama tenaga badan anda. Ia juga meningkatkan jisim otot dan penghasilan semula otot dikalangan individu yang berusia, terutamanya apabila diamalkan bersama dengan senaman
  7. Perkembangan Sel Yang Sihat - Polifenol adalah salah satu daripada sebatian untuk mengurangkan risiko kanser kerana ia dipercayai menghalang pertumbuhan dan perkembangan pelbagai sel-sel kanser
  8. Memelihara dan menyokong Kesihatan Sendi - Mengelakkan penipisan dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi

Cara Pengambilan ResV Shaklee

cara makan resv shaklee
Ambil 2 biji sehari untuk manfaat Polifenol

Cara pengambilan ResV ialah 2 biji pada waktu malam sebelum tidur sebagai pemulihan ketika tidur bagi menyokong pemulihan badan. Waktu ridur adalah masa terbaik untuk badan anda berehat dan dipulihkan.

Harga ResV Shaklee

Harga Pasaran ResV Rm510.00
Harga Ahli ResV Rm408.00 (Percuma keahlian). Daftar ahli dan order online DISINI 

Promosi ResV Bulan Mac 2020 sahaja

resv murah
Beli 2 botol ResV Diskaun 5% (Rm 775.20 jimat Rm40+),

harga resv promosi
Beli 6 botol ResV percuma 1 botol (Rm2448.00 jimat Rm408.00)

Cara order ResV Shaklee 


Hubungi saya Ajuya Rashid 012-6102263 untuk sebarang pertanyaan dan order.


atau belian terus secara online KLIK --> Order ResV

Baca juga 
Kulit sihat dan kelihatan muda dengan Polifenol


Ingin dapatkan rangkaian produk shaklee dengan harga ahli anda boleh mendaftar dengan bayaran yuran hanya Rm35.00 dan terus nikmati potongan sehingga 20%. Klik sini untuk cara daftar ahli shaklee.








Salam
Ajuya Rashid
Shaklee Business Leader
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263

Continue Reading

06 March 2020

PENGALAMAN PASANG IMPLAN DI LPPKN, PUTRAJAYA


pasang implan

Semalam Kakya ke LPPKN, Putrajaya yang terletak di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Tujuan sebenar ialah Kakya nak pasang Implan iaitu alat pencegah kehamilan. Anak dah 5 mungkin dah tiba masa untuk pakai alat ni. Hehe..Sebelum ni memang Kakya tak pakai apa-apa alat pencegah. Alhamdulillah dapat la 5 ketul tu. 

Sebenarnya dah lama survey nak pilih kaedah perancang keluarga yang mana satu, sebab banyak sangat kan. Survey punya survey decide nak guna Implan. Mungkin sebab yang paling berkesan iaitu 99% boleh cegah. dan juga paling senang nak jaga. Tak payah jaga pun actually. 

So, sini Kakya kongsikan pengalaman pasang Implan di Lppkn, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga di Putrajaya. Sehari sebelum Kakya call nak buat appointment untuk pasang implan ni. Sekali staff tu cakap 'esok' doktor ada. Boleh datang esok? Kebetulan pulak Kakya tengah period hari ketiga masa tu. Memang sangat sesuai lah. Kalau tidak kena tunggu next period. 

Alamak..tak terlalu awal ke, tak sempat nak bersedia mental dan fizikal. Eceh..Padahal dah lama dah survey ek. Tapi ok je..Nekad juga pergi pasang, sebab setiap bulan Kakya tak senang duduk tunggu period. Haha, tengah menyusu baby 10bulan, period pun tak menentu. Jadi  rasa tak selamat nak kira tarikh subur pun tak pandai. Buat nya terr...Kakya tak rasa boleh mengandung lagi buat masa sekarang. 



So dapat appointment boleh datang dari pukul 8.30 pagi - 11.30 pagi. Tepat jam 11.30 pagi Kakya sampai di LPPKN, Pusat Keluarga Putrajaya ni di Tingkat 4 , Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Presint 4. Kalau nak waze sila waze Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kalau waze LPPKN, nanti tak jumpa. Sempat la juga Kakya sesat 5 minit pusing-pusing cari LPPKN tak jumpa. Rupanya dalam bangunan. 


Tau tak proses nya sekejap je, orang pun tak ada, masa yang diambil hanya lah setengah jam. Dari register, bayaran dan proses pemasangan Implan. Doktor dan staff pun semua baik-baik dan mesra. Tanya la nak tanya apa pun. Yang tak ditanya pun dorang cakap. Hehe..Tak rasa segan langsung sebab mereka sangat mesra. Masa call nak buat appointment sangat mesra. 

Punya la tak sakit siap boleh selfie lagi. Minta izin dengan doktor nak ambil gambar. Jangan masukkan gambar dia kata nya 
Sebelum masukkan alat implan tu doktor akan cucuk ubat bius dulu, lepas tu baru la masukkan implan ni. Sebab tu la tak sakit. Yang sakit cucuk tu biasa la kan. Dah 5 orang anak kot selalu dah kena cucuk ambil darah bagai. So sama je proses nya. Kalau takut sangat sebab takut kena cucuk kena fikir sakit beranak lagi sakit. Haha. 

Kos Pasang Implan Di LPPKN

Harga kos pasang implan di Lppkn ni hanya lah Rm515.00 termasuk cas (Pendaftaran Rm5, Perundingan Rm10.00, Implan Rm500)Kakya dah survey kat klinik swasta yang lain ada 2 harga yang dapat Rm800.00 dan juga Rm1100.00. Cemana tah terjumpa pasal pasang implan di LPPKN ni. Itu yang Kakya call dorang tu. 

Itu sahaja lah serba sedikit pengalaman peribadi Kakya pasang implan di LPPKN, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga di Putrajaya ni. Bila dah letak kat sini sekurang-kurang nya 3 tahun akan datang Kakya dah ada record dan reminder untuk buang. hehe..Semoga benda alah ni duduk elok-elok kat lengan yang sado ni dan berbakti sebaiknya selama 3 tahun ni. 


Update : Pengalaman Haid Berpanjangan Setelah 8 bulan pakai Implan 


Continue Reading