06 March 2020

PENGALAMAN PASANG IMPLAN DI LPPKN, PUTRAJAYA


pasang implan

Semalam Kakya ke LPPKN, Putrajaya yang terletak di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Tujuan sebenar ialah Kakya nak pasang Implan iaitu alat pencegah kehamilan. Anak dah 5 mungkin dah tiba masa untuk pakai alat ni. Hehe..Sebelum ni memang Kakya tak pakai apa-apa alat pencegah. Alhamdulillah dapat la 5 ketul tu. 

Sebenarnya dah lama survey nak pilih kaedah perancang keluarga yang mana satu, sebab banyak sangat kan. Survey punya survey decide nak guna Implan. Mungkin sebab yang paling berkesan iaitu 99% boleh cegah. dan juga paling senang nak jaga. Tak payah jaga pun actually. 

So, sini Kakya kongsikan pengalaman pasang Implan di Lppkn, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga di Putrajaya. Sehari sebelum Kakya call nak buat appointment untuk pasang implan ni. Sekali staff tu cakap 'esok' doktor ada. Boleh datang esok? Kebetulan pulak Kakya tengah period hari ketiga masa tu. Memang sangat sesuai lah. Kalau tidak kena tunggu next period. 

Alamak..tak terlalu awal ke, tak sempat nak bersedia mental dan fizikal. Eceh..Padahal dah lama dah survey ek. Tapi ok je..Nekad juga pergi pasang, sebab setiap bulan Kakya tak senang duduk tunggu period. Haha, tengah menyusu baby 10bulan, period pun tak menentu. Jadi  rasa tak selamat nak kira tarikh subur pun tak pandai. Buat nya terr...Kakya tak rasa boleh mengandung lagi buat masa sekarang. 



So dapat appointment boleh datang dari pukul 8.30 pagi - 11.30 pagi. Tepat jam 11.30 pagi Kakya sampai di LPPKN, Pusat Keluarga Putrajaya ni di Tingkat 4 , Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Presint 4. Kalau nak waze sila waze Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kalau waze LPPKN, nanti tak jumpa. Sempat la juga Kakya sesat 5 minit pusing-pusing cari LPPKN tak jumpa. Rupanya dalam bangunan. 


Tau tak proses nya sekejap je, orang pun tak ada, masa yang diambil hanya lah setengah jam. Dari register, bayaran dan proses pemasangan Implan. Doktor dan staff pun semua baik-baik dan mesra. Tanya la nak tanya apa pun. Yang tak ditanya pun dorang cakap. Hehe..Tak rasa segan langsung sebab mereka sangat mesra. Masa call nak buat appointment sangat mesra. 

Punya la tak sakit siap boleh selfie lagi. Minta izin dengan doktor nak ambil gambar. Jangan masukkan gambar dia kata nya 
Sebelum masukkan alat implan tu doktor akan cucuk ubat bius dulu, lepas tu baru la masukkan implan ni. Sebab tu la tak sakit. Yang sakit cucuk tu biasa la kan. Dah 5 orang anak kot selalu dah kena cucuk ambil darah bagai. So sama je proses nya. Kalau takut sangat sebab takut kena cucuk kena fikir sakit beranak lagi sakit. Haha. 

Kos Pasang Implan Di LPPKN

Harga kos pasang implan di Lppkn ni hanya lah Rm515.00 termasuk cas (Pendaftaran Rm5, Perundingan Rm10.00, Implan Rm500)Kakya dah survey kat klinik swasta yang lain ada 2 harga yang dapat Rm800.00 dan juga Rm1100.00. Cemana tah terjumpa pasal pasang implan di LPPKN ni. Itu yang Kakya call dorang tu. 

Itu sahaja lah serba sedikit pengalaman peribadi Kakya pasang implan di LPPKN, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga di Putrajaya ni. Bila dah letak kat sini sekurang-kurang nya 3 tahun akan datang Kakya dah ada record dan reminder untuk buang. hehe..Semoga benda alah ni duduk elok-elok kat lengan yang sado ni dan berbakti sebaiknya selama 3 tahun ni. 


Update : Pengalaman Haid Berpanjangan Setelah 8 bulan pakai Implan 


9 comments:

  1. Hehe. Tiap bulan tunggu period mai tu memang berdebar.

    Betul betul betul.

    Sakit cucuk tak sakit mana, lagi sakit beranak tu 😂

    Moga implan tu serasi dengan kak ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga selamat la 3 tahun akan dtg ni. Cukup 5 ni dulu. Hehe

      Delete
    2. Beza betul harga implan, dulu sy pakai kat lppkn juga thn 2008, free jer nak buka jer bayar 100.
      Masa tu lppkn bwh ketajaan lglah, bila dah swasta tu yg keba bayar

      Delete
    3. wahh seronok tu kalau free je. hehe. rasa nya ada free klu pergi kerajaan jika ada sebab tertentu yg perlu pakai implan

      Delete
  2. Masa nak ambil implanon, dia ada tanya banyak tak?
    Sebab saya nak ambil sebab haid tak menentu dan heavy flow.
    Memang di private mintak mahal sangat, ada dekat RM1800

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak banyak tanya masa sy nak pasang. consultation sgt bagus. call je lppkn untuk dapatkan nasihat. dorg memg akan bantu kita

      Delete
  3. Assalammualikum, nak tanya proses utk ambik implano di LPPKN, kena call dulu ke or ada apa2 kena register online dulu.tq sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..sy terus call sis. terus buat appointment untuk dtg pasang.

      Delete