Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

06 March 2020

PENGALAMAN PASANG IMPLAN DI LPPKN, PUTRAJAYA


pasang implan

Semalam Kakya ke LPPKN, Putrajaya yang terletak di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Tujuan sebenar ialah Kakya nak pasang Implan iaitu alat pencegah kehamilan. Anak dah 5 mungkin dah tiba masa untuk pakai alat ni. Hehe..Sebelum ni memang Kakya tak pakai apa-apa alat pencegah. Alhamdulillah dapat la 5 ketul tu. 

Sebenarnya dah lama survey nak pilih kaedah perancang keluarga yang mana satu, sebab banyak sangat kan. Survey punya survey decide nak guna Implan. Mungkin sebab yang paling berkesan iaitu 99% boleh cegah. dan juga paling senang nak jaga. Tak payah jaga pun actually. 

So, sini Kakya kongsikan pengalaman pasang Implan di Lppkn, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga di Putrajaya. Sehari sebelum Kakya call nak buat appointment untuk pasang implan ni. Sekali staff tu cakap 'esok' doktor ada. Boleh datang esok? Kebetulan pulak Kakya tengah period hari ketiga masa tu. Memang sangat sesuai lah. Kalau tidak kena tunggu next period. 

Alamak..tak terlalu awal ke, tak sempat nak bersedia mental dan fizikal. Eceh..Padahal dah lama dah survey ek. Tapi ok je..Nekad juga pergi pasang, sebab setiap bulan Kakya tak senang duduk tunggu period. Haha, tengah menyusu baby 10bulan, period pun tak menentu. Jadi  rasa tak selamat nak kira tarikh subur pun tak pandai. Buat nya terr...Kakya tak rasa boleh mengandung lagi buat masa sekarang. 



So dapat appointment boleh datang dari pukul 8.30 pagi - 11.30 pagi. Tepat jam 11.30 pagi Kakya sampai di LPPKN, Pusat Keluarga Putrajaya ni di Tingkat 4 , Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, Presint 4. Kalau nak waze sila waze Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kalau waze LPPKN, nanti tak jumpa. Sempat la juga Kakya sesat 5 minit pusing-pusing cari LPPKN tak jumpa. Rupanya dalam bangunan. 


Tau tak proses nya sekejap je, orang pun tak ada, masa yang diambil hanya lah setengah jam. Dari register, bayaran dan proses pemasangan Implan. Doktor dan staff pun semua baik-baik dan mesra. Tanya la nak tanya apa pun. Yang tak ditanya pun dorang cakap. Hehe..Tak rasa segan langsung sebab mereka sangat mesra. Masa call nak buat appointment sangat mesra. 

Punya la tak sakit siap boleh selfie lagi. Minta izin dengan doktor nak ambil gambar. Jangan masukkan gambar dia kata nya 
Sebelum masukkan alat implan tu doktor akan cucuk ubat bius dulu, lepas tu baru la masukkan implan ni. Sebab tu la tak sakit. Yang sakit cucuk tu biasa la kan. Dah 5 orang anak kot selalu dah kena cucuk ambil darah bagai. So sama je proses nya. Kalau takut sangat sebab takut kena cucuk kena fikir sakit beranak lagi sakit. Haha. 

Kos Pasang Implan Di LPPKN

Harga kos pasang implan di Lppkn ni hanya lah Rm515.00 termasuk cas (Pendaftaran Rm5, Perundingan Rm10.00, Implan Rm500)Kakya dah survey kat klinik swasta yang lain ada 2 harga yang dapat Rm800.00 dan juga Rm1100.00. Cemana tah terjumpa pasal pasang implan di LPPKN ni. Itu yang Kakya call dorang tu. 

Itu sahaja lah serba sedikit pengalaman peribadi Kakya pasang implan di LPPKN, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga di Putrajaya ni. Bila dah letak kat sini sekurang-kurang nya 3 tahun akan datang Kakya dah ada record dan reminder untuk buang. hehe..Semoga benda alah ni duduk elok-elok kat lengan yang sado ni dan berbakti sebaiknya selama 3 tahun ni. 


Update : Pengalaman Haid Berpanjangan Setelah 8 bulan pakai Implan 


Continue Reading

08 January 2020

CARA BAYAR PTPTN GUNA KWSP AKAUN 2


langsai ptptn guna kwsp
Permohonan Pengeluaran KWSP Melalui Online

Korang nak bagitau ni macam tak percaya Kakya dah langsaikan hutang PTPTN. Hehe, sebenarnya memang tiap-tiap bulan kakya bayar je dari start kerja lepas keluar Universiti kan. Tapi bila dah tinggal sikit-sikit ni baru la rasa nak keluarkan KWSP untuk bayar baki pinjaman PTPTN. Lagipun tak banyak dah, so takde la guna semua duit dalam akaun 2 KWSP tu. Yang best nya mudah betul cara nak bayar PTPTN guna KWSP akaun 2 ni. Serius tak sangka juga semudah itu. Tinggal bawa IC je. 

Sebenarnya memang dah lama terniat nak buat bayaran PTPTN melalui KWSP ni sebab duk fikir buat apa lama-lama duit dalam KWSP tu kalau tak guna. Nak jugak guna separuh. Hehe..Sekurang-kurangnya ada alasan untuk keluarkan duit tu kan. Boleh la kurangkan komitmen bulanan tu. 

So sini Kakya share cara dan pengalaman Kakya buat bayaran baki pinjaman PTPTN guna KWSP akaun 2 di KWSP Puchong.  Korang yang rasa nak buat bayaran PTPTN melalui KWSP tu boleh la ikut cara Kakya ni. Yang penting korang kena ada I-akaun KWSP dulu. Kalau takde lagi akaun I-akaun KWSP kena la cari kiosk atau ke cawangan KWSP untuk daftar I-akaun dengan menggunakan Kad Pengenalan, Sebelum tu korang cek la dulu statement KWSP korang ada baki berapa.Lepastu boleh la buat kira-kira nak bayar PTPTN banyak mana kan. Lagi senang korang pergi je KWSP then cakap nak buat pengeluaran untuk PTPTN. (macam Kakya buat..hehe)

Masuk je KWSP Puchong terus ke Kiosk, lepastu pergi ke komputer sebelah
Cara Kakya, pergi je KWSP Puchong, lepas tu nak daftar la i-akaun kat kiosk, sekali dah daftar rupanya tak ingat bila. Hehe...So bila dah daftar kita dinasihatkan untuk terus je buat dekat komputer kat sebelah kiosk tu. Nanti ada pegawai KWSP yang akan bantu kita. Baik sangat dorang, korang tinggal isikan detail sendiri je. So tak payah fikir apa-apa nak klik kat mana ke apa betul ke salah ke kan. 

Pegawai ni la yang tolong Kakya. Lepas klik untuk kita isi detail dia tinggal. Lepastu datang lagi sehingga selesai 

Kakya keluar dari KWSP dengan sehelai kertas "successfull submission". Lepas je permohonan pengeluaran ni dibuat tunggu SMS dari KWSP untuk pengesahan cap ibu jari 

2 hari selepas buat permohonan tu terus la Kakya dapat SMS dari KWSP untuk datang sahkan cap ibu jari. 

Ambil nombor untuk sahkan cap ibu jari. Hari terakhir baru sempat pergi KWSP
Lepas dapat SMS tu terus la pergi ke KWSP semula untuk pengesahan cap ibu jari. Alhamdulillah tak menunggu lama, jumlah menunggu 2 orang masa ambil nombor. Masa di kaunter pegawai KWSP akan buat pengesahan mengenai jumlah pengeluaran dan beberapa soalan mudah. serahkan kad pengenalan, cap jari, dah siapppp. Pemprosesan dalam masa 2 minggu. Lepastu boleh la cek akaun PTPTN untuk semak baki. Adakah sudah selesai bayaran balik pinjaman PTPTN.

Itu sahaja pengalaman Kakya bayar PTPTN guna KWSP akaun 2. Makanya selesai la hutang ye wahai Encik PTPTN. Walaupun dah hampir 7 tahun menjadi suri rumah yang pernah bekerja tetap juga usaha untuk bayar hutang, Dan nasib baik ada KWSP boleh la tolong langsaikan baki hutang ni. Sekarang ni dah kurang la komitmen bulanan Kakya. Hehe...Bonus Shaklee tu bersih la untuk kita enjoy! Tiberrr. 

Cara pengeluaran di website rasmi kwsp https://www.ptptn.gov.my/kwsp-side
"Hutang mesti dibayar walaupun tidak dituntut" 

Continue Reading

26 October 2019

SHELL OUT SEMPENA BIRTHDAY MA TERSAYANG

Happy Birthday Ma, Surprise!!
Tanggal 9 Oktober lepas, genapla umur Ma Kakya 60 tahun. Beliau dilahirkan pada tahun 1959. Alhamdulillah dengan umur beliau ini sihat walafiat dengan kehadiran 10 cahaya mata. Rezeki Ma juga anak-anak ramai yang tinggal dekat. Jadi sempena hari lahir Ma tempoh hari kami adik beradik sepakat untuk masak Shell Out kat rumah Kakya. Boleh buat meja panjang kat laman. hehe. 

Surprise tau...Kebetulan hari kejadian Ma masak nasi dagang, kat group whatsapp Ma dah jemput kami datang. Tapi tak ramai la yang datang sebab sibuk nak masak ni. Banyak benda nak kena buat. Selalu nya Ma yang masak kalau ada keramaian. Kami tinggal tolong sikit-sikit. Ini dah semua benda kena buat sendiri mendapat la kan. Masing-masing tak biasa masak banyak-banyak macam ni. Kena ada ketua yang berpengalaman macam ma baru la cepat. Hihi alasan kan. 

Macam mana boleh tercetus nak masak Shell out sempena sambutan hari lahir ma ni? 2 3 menjak ni orang tu keluar gi makan shell out. Tokmek Kakya pun datang dari kampung sepupu Kakya bawa gi makan shell out. Yang lain-lain duk cerita tempat masing-masing pergi makan sedap. Pakat la nak ajak pergi makan kat sana Jadi nya Kakya tercetus la idea untuk buat menu Shell Out ni. Buat sendiri lagi murah kan bila ramai-ramai macam ni. 

Bahan Mentah Untuk Shellout
Bermula la Kakda (kakak no 2) pergi beli bahan-bahan sebab dia paling dekat dengan pasar borong selangor. Alhamdulillah segar-segar semua nya..Kakya kat rumah standby je tunggu bahan mentah sampai. Sampai je terus masing-masing sinsing baju untuk masak. Menu shellout yang kami setuju ialah ketam, kerang masak cili. Kakya ditugaskan buat masakkan buttermilk. Udang, ayam dan kupang buttermilk. Manakala lala masak kicap. So tak banyak sangat kerja kan tinggal buat sos dia je then masukkan la semua bahan mentah. 

Kaklong tengan buat apa pun tak tau la tu. rosak gambar I tau. hehe

Siapp
Siap semua masakan kita letak je dulu atas meja sambil menunggu ketibaan birthday girl. Menu Shell out ialah Kupang buttermilk, Sotong goreng tepung, Udang Buttermilk, Ketam masak cili. Tidak kelihatan ayam goreng terpung, ayam buttermilk dan lala masak kicap. Puas hati makan banyak. 

Apahal parking kat dalam ni..nak prank ke terus menyorok. hehe

Dapat tangkap untuk tiup lilin

Nyanyian selamat untuk Tokmek yang melahirkan ibu kami..hehe

Ketibaan Ma dan Tokmek (Mak yang melahirkan ma kami..hehe). Kebetulan Tokmek ada kat rumah ma, usung la dia sekali. Ma dan Tokmek kena kelentong minta ikut teman adik nak ambil barang kat rumah Kakya. Tak payah turun kereta pun kata nya. So masing-masing tak bersiap la main sarung je mana sempat. Sampai je rumah Kakya kami dah buka kan pintu pagar biar VIP parking kat dalam. Kereta tetamu lain semua dah parking jauh tak bagi Ma perasan. Ahakss...teruk punya surprise. Lepas je kereta ma masuk kat dalam kami keluar dari sebelah rumah dengan kek.  

Birthday girl dibawa ke meja makan dan meja kek untuk majlis bergambar. hehe
Kelihatan nenek tengah dukung cucu yang disebut-sebut tak balik minggu ni. rupanya duk tunggu nak jumpa kat sini. Baru lepas tengok video sikecil tu lagi la rindu. 
Bacaan doa oleh 'ustaz Z' adik Kakya

Hidangan oleh abang ipar Kakya

Jom makan. Tukang masak tengok je dulu 

Orang duk sibuk dia gi posing pulak
Budak-budak letak je, boleh makan bersila untuk mak-mak yang ada anak kecil

Tokmek..Semoga panjang umur. Terima kasih melahirkan mak kami.

Birthday Girl..Semoga panjang umur untuk Ma. Maaf la atas surprise ni. hehe
Main chapklicap..ha korang tau tak.

Taktau la apa topik bapak-bapak..


Lepas makan, kemas, kita lepak-lepak. Sengaja buat petang dalam pukul 6.30 dijangka ketibaan VIP. So boleh la balik awal. Kesian pada yang nak balik jauh nanti. Ampang je paling jauh pun dari Bandar Kinrara. Ihik..ye la boleh lepak lama sikit kan. Yang lelaki dah jumpa tikar kat situ automatik pulak buat tempat solat jemaah kat situ ye

Nak balik dah, sempat la ambil gambar dengan gegulz semua. 

Terima kasih semua watak utama yang sporting

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Lagi istimewa dengan kehadiran Tokmek sebab beliau juga la kami ada di dunia ini. Nak resepi Shell out? Nanti Kakya share di lain entry ye. Daaaaaa




Continue Reading