Permohonan Pengeluaran KWSP Melalui Online |
Korang nak bagitau ni macam tak percaya Kakya dah langsaikan hutang PTPTN. Hehe, sebenarnya memang tiap-tiap bulan kakya bayar je dari start kerja lepas keluar Universiti kan. Tapi bila dah tinggal sikit-sikit ni baru la rasa nak keluarkan KWSP untuk bayar baki pinjaman PTPTN. Lagipun tak banyak dah, so takde la guna semua duit dalam akaun 2 KWSP tu. Yang best nya mudah betul cara nak bayar PTPTN guna KWSP akaun 2 ni. Serius tak sangka juga semudah itu. Tinggal bawa IC je.
Sebenarnya memang dah lama terniat nak buat bayaran PTPTN melalui KWSP ni sebab duk fikir buat apa lama-lama duit dalam KWSP tu kalau tak guna. Nak jugak guna separuh. Hehe..Sekurang-kurangnya ada alasan untuk keluarkan duit tu kan. Boleh la kurangkan komitmen bulanan tu.
So sini Kakya share cara dan pengalaman Kakya buat bayaran baki pinjaman PTPTN guna KWSP akaun 2 di KWSP Puchong. Korang yang rasa nak buat bayaran PTPTN melalui KWSP tu boleh la ikut cara Kakya ni. Yang penting korang kena ada I-akaun KWSP dulu. Kalau takde lagi akaun I-akaun KWSP kena la cari kiosk atau ke cawangan KWSP untuk daftar I-akaun dengan menggunakan Kad Pengenalan, Sebelum tu korang cek la dulu statement KWSP korang ada baki berapa.Lepastu boleh la buat kira-kira nak bayar PTPTN banyak mana kan. Lagi senang korang pergi je KWSP then cakap nak buat pengeluaran untuk PTPTN. (macam Kakya buat..hehe)
Masuk je KWSP Puchong terus ke Kiosk, lepastu pergi ke komputer sebelah |
Cara Kakya, pergi je KWSP Puchong, lepas tu nak daftar la i-akaun kat kiosk, sekali dah daftar rupanya tak ingat bila. Hehe...So bila dah daftar kita dinasihatkan untuk terus je buat dekat komputer kat sebelah kiosk tu. Nanti ada pegawai KWSP yang akan bantu kita. Baik sangat dorang, korang tinggal isikan detail sendiri je. So tak payah fikir apa-apa nak klik kat mana ke apa betul ke salah ke kan.
Pegawai ni la yang tolong Kakya. Lepas klik untuk kita isi detail dia tinggal. Lepastu datang lagi sehingga selesai |
Kakya keluar dari KWSP dengan sehelai kertas "successfull submission". Lepas je permohonan pengeluaran ni dibuat tunggu SMS dari KWSP untuk pengesahan cap ibu jari |
2 hari selepas buat permohonan tu terus la Kakya dapat SMS dari KWSP untuk datang sahkan cap ibu jari. |
Ambil nombor untuk sahkan cap ibu jari. Hari terakhir baru sempat pergi KWSP |
Lepas dapat SMS tu terus la pergi ke KWSP semula untuk pengesahan cap ibu jari. Alhamdulillah tak menunggu lama, jumlah menunggu 2 orang masa ambil nombor. Masa di kaunter pegawai KWSP akan buat pengesahan mengenai jumlah pengeluaran dan beberapa soalan mudah. serahkan kad pengenalan, cap jari, dah siapppp. Pemprosesan dalam masa 2 minggu. Lepastu boleh la cek akaun PTPTN untuk semak baki. Adakah sudah selesai bayaran balik pinjaman PTPTN.
Itu sahaja pengalaman Kakya bayar PTPTN guna KWSP akaun 2. Makanya selesai la hutang ye wahai Encik PTPTN. Walaupun dah hampir 7 tahun menjadi suri rumah yang pernah bekerja tetap juga usaha untuk bayar hutang, Dan nasib baik ada KWSP boleh la tolong langsaikan baki hutang ni. Sekarang ni dah kurang la komitmen bulanan Kakya. Hehe...Bonus Shaklee tu bersih la untuk kita enjoy! Tiberrr.
"Hutang mesti dibayar walaupun tidak dituntut"
Baca juga : Cara daftar i akaun kwsp