04 August 2021

HARGA, KEBAIKAN DAN KEISTIMEWAAN OSTEMATRIX SHAKLEE

Ostematrix Shaklee


Ostematrix membantu untuk menyokong kesihatan tulang. Tulang yang kuat untuk tubuh yang kuat. Bina dan pastikan tulang anda kuat dengan nutrien pembina-tulang untuk memastikan ia kekal sihat sepanjang masa.

Tulang merupakan sistem sokongan tubuh anda, kerana itulah amat penting untuk anda memastikan ia kekal kuat dan sihat. Tubuh anda membina tulang baharu dengan pantas, tetapi apabila umur anda meningkat, kehilangan tulang adalah lebih banyak berbanding tulang yang dibina. Hakikat inilah menjadikannya penting untuk anda membekalkan tulang anda dengan nutrien pembina tulang yang berkualiti seperti Ostematrix.

Anda memerlukan lebih daripada kalsium untuk tulang yang kuat dan sihat.

Kalsium sahaja tidak mencukupi untuk memastikan tulang kita sihat. Gabungan unik mineral-mineral penting diperlukan untuk menyokong penghasilan tulang yang lebih kuat untuk membantu mengekalkan kesihatan dan berasa lebih muda ketika kita berumur.

1. Kalsium adalah mineral yang paling banyak terdapat di dalam tulang kita.
  • Bahan utama untuk menghasilkan tulang yang kuat dan sihat. 
  • Mengekalkan ketumpatan tulang sepanjang hidup. 
  • Disarankan untuk mengambil 1000mg kalsium sehari dan jumlahnya meningkat bagi wanita menopaus.
2. Vitamin D yang rendah di dalam tubuh boleh menyebabkan kekurangan kepadatan tulang dan kualitinya, serta meningkatkan penuaan tulang. Vitamin D membantu: 
  • Merangsang penyerapan kalsium pada saluran pencernaan.
  • Mengekalkan paras kalsium dan fosfat untuk proses penghasilan tulang yang normal.
3. Magnesium adalah kunci kepada gabungan dan penggunaan kalsium di dalam badan. Ia menyokong:
  • Proses pengaktifan vitamin D supaya ia boleh meningkatkan penyerapan kalsium.
  • Disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 300mg sehari untuk perkembangan tulang yang sihat
4. Boron ditemui di dalam tulang dan tisu-tisu lain di seluruh badan.
  • Ia mengelakkan tulang rapuh dengan menyokong proses metabolik tulang yang normal. 
  • Menyokong penggunan nutrien yang terlibat di dalam penghasilan tulang yang kuat secara effektif.
5. Mangan, Kuprum dan Zink Kekurangan salah satu daripada mineral ini dikenalpasti akan menghalang pertumbuhan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis di kemudian hari. Mineral ini penting untuk: 
  • Mengaktifkan enzim yang terlibat di dalam proses penghasilan tulang.
  • Melindungi tulang anda daripada kerosakan oksidatif.

Manfaat Ostematrix Shaklee

  • Menenangkan otot
  • Membantu mengimbangi stress
  • Membantu mengurangkan asid perut yang berlebihan
  • Membantu kesihatan sendi
  • Membantu masalah lenguh dan sakit badan
  • Menguatkan tulang dan gigi
  • Mengurangkan risiko osteoporosis
  • Mengatasi masalah kekejangan otot
  • Membantu tidur yang lebih lena 
  • Mengurangkan simpton PMS
  • Membantu masalah sembelit

Keistimewaan Ostematrix Shaklee

Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.
 ,
Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix® menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah diukur dalam tempoh 12-jam. Kalsium perlu diserap terlebih dahulu supaya badan boleh menggunakannya untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

Saranan penggunaan Ostematrix Shaklee

Untuk dewasa sahaja : 3 kaplet sekali sehari selepas makan

Harga Ostematrix Shaklee 

Harga Runcit : Rm61.00
Harga Ahli : Rm49.00 ( Daftar ahli Rm35.00 anda layak nikmati harga ahli seumur hidup), ( Belian Rm380.00 keatas percuma keahlian)


Ingin dapatkan rangkaian produk shaklee dengan harga ahli anda boleh mendaftar dengan bayaran yuran hanya Rm35.00 atau secara percuma dan terus nikmati potongan sehingga 20%. Klik sini untuk cara daftar ahli shaklee.







Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263


Continue Reading

28 July 2021

KEPENTINGAN PREBIOTIK DAN PROBIOTIK KEPADA TUBUH BADAN

Prebiotik


Prebiotik adalah kelas serat makanan yang terdapat di dalam sesetengah makanan berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang tertentu. Prebiotik bertindak sebagai baja kepada bakteria baik di dalam usus anda iaitu Probiotik.

Sumber Prebiotik (Contoh Makanan yang baik dan mengandungi Prebiotik)

  • Pisang
  • Bawang
  • Bawang putih
  • Kekacang 
  • Bijirin
  • Akar chicory
  • Asparagus 
  • Buah Beri

Probiotik


Probiotik adalah bakteria hidup yang baik untuk sistem pencernaan anda dan boleh membantu anda mengekstrak nutrien dari makanan anda. Penyelidikan mengenai probiotik menunjukkan bahawa bakteria ini dapat membantu menjaga sistem kekebalan tubuh yang kuat dan mengurangkan keradangan kronik. Keradangan kronik dikaitkan dengan penyakit seperti diabetes, barah, dan penyakit jantung.

Sumber Probiotik 

  • Yogurt
  • Kimchi (Makanan tradisional Korea diperbuat daripada sayur masin yang difermentasi dicampur dengan perasa)
  • Tempe
  • Tapai
  • Produk Susu Kultur
  • Sauerkraut (hidangan Jerman yang diperbuat daripada sayur kobis yang difermentasi

Secara ringkasnya prebiotik dan probiotik sangat penting kepada tubuh badan kita kerana Probiotik merupakan bakteria baik yang bagus untuk kesihatan usus manakala prebiotik pula merupakan makanan kepada probiotik yang membantu pertumbuhan bakteria usus yang baik. 

Prebiotik dan probiotik berfungsi bersama, prebiotik mendorong kelangsungan hidup bakteria sihat, yang akhirnya menjadikan probiotik (bakteria sihat) lebih berkesan pada kesihatan usus. Apabila usus kita sihat sistem imuniti badan kita juga menjadi lebih kuat.

Kebaikan dan manfaat Prebiotik

Meningkatkan kesihatan pencernaan
Melawan keradangan dan penyakit kronik
Meningkatkan imuniti
Membantu beri rasa kenyang
Membantu menurunkan berat badan

Prebiotik Shaklee
Probiotik dan Prebiotik Sumber Public Health Malaysia



Supplemen / Produk Shaklee yang mengandungi Prebiotik, Baca Sini ==> Life Shake Elderberry Shaklee 



Jika anda ingin mendapatkan produk ini dengan harga ahli yuran keahlian hanya lah Rm35.00. Belian seterusnya anda juga layak untuk mendapatkan nya dengan harga ahli. Baca Kelebihan Dan Cara Daftar Ahli Shaklee 


Untuk Order atau pertanyaan lanjut boleh terus whatsapp saya Ajuya di www.wasap.my/60126102263

Baca juga 


Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263

Continue Reading

12 July 2021

BISNES SHAKLEE DARI RUMAH SALES CECAH RM 14,000 SEBULAN

 

Bisnes Shaklee dari rumah

Alhamdulillah, pencapaian bulan Jun lepas, Kakya telah berjaya meraih jumlah jualan kumpulan Rm14,000. Buat bisnes Shaklee dari rumah sahaja. Jualan ini adalah dari jualan Kakya sendiri dan juga ahli-ahli dibawah Kakya. 

Sebenarnya bukan mudah, di musim PKP ni kita kena la cari alternative untuk menambah pendapatan. Musim ni pula susah nak bergerak kan. Kebanyakan kena melalui Online lah. Sebab tu Kakya bersyukur sangat di pertemukan dengan bisnes Shaklee ni. Walaupun dalam keadaan pandemic. Produk Shaklee tetap laku keras. 

Orang kata kalau nak buat bisnes, buat bisnes produk yang tinggi repeat order, produk yang evergreen ( orang ambil atau makan sepanjang hayat) . Produk Shaklee ni pandemic ni makin ramai orang cari. Ye lah orang tengah jaga kesihatan nak tingkatkan sistem imun sekeluarga. Produk nya pun sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Jadi mudah lah untuk membuat jualan. Yang penting kita tahu teknik dan jadi lah orang aktif menjual. Baru la orang percaya kita sebagai penjual.

Eh nak cerita apa sebenar nya ni. Haha...Takpe la nak bagitau je. Kalau korang sedang cari bisnes online yang boleh dibuat dari rumah di musim PKP ni. Boleh la pertimbangkan bisnes Shaklee ni ye. Kakya sudi bantu. In Shaa Allah. 


Bisnes dari rumah
Recognition Dari Founder Maestro

Jika anda berminat dan berniat untuk menjalankan bisnes Shaklee ni boleh la terus berhubung dengan Kakya di Whatsapp untuk maklumat lanjut. Kakya akan ajar cara nya, dan kami mempunyai support group yang kuat. Baca kelebihan menjadi Ahli Shaklee disini

Ingin dapatkan rangkaian produk shaklee dengan harga ahli anda boleh mendaftar dengan bayaran yuran hanya Rm35.00 atau secara percuma dan terus nikmati potongan sehingga 20%. Klik sini untuk cara daftar ahli shaklee.







Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263



Continue Reading

BIRTHDAY YAYA KE 10 TAHUN TEMA KEK BLACKPINK

Tanggal 24 haribulan Jun haritu birthday anak Kakya yang ke 10 tahun. Nama panggilan nya kat rumah Yaya. Dah lama duk teringin nak kek blackpink ni ha. So dah cakap kat dia PKP ni macam mana nak buat birthday. Tak boleh nak jemput orang datang. Biasa nya kalau birthday Kakya akan buat kecil-kecilan jemput saudara terdekat je. Itu pun mak dan adik beradik Kakya lah. Lagi pun dorang dekat je. Senang nak datang kan. Malang nya PKP ni buat kita-kita je la umi. Kata yaya. Hehe..Berharap jugak la tu nak Kek Blackpink tu.

Kek Blackpink

Umi punya la survey bakers kat area rumah di Bandar Kinrara ni. Ada 2 bakers, tapi dua-dua pun tak buat kek Blackpink. eh pelik jugak kita. Haha.. Takpe la terus teringat kat sahabat Kakya yang buka kedai Biskut dan Kek di Desa Mentari, Taman Medan. Terus la contact dia Puan Neo Lofa nama facebook nya . Tak pe la jauh sikit pun kita upah runner pergi ambil. Alhamdulillah mudah urusan dengan beliau. Siap juga akhirnya Kek Tema Blackpink untuk Yaya. Korang yang cari biskut ke, kek murah2 boleh la hubungi beliau ye. 


Kek Blackpink
Muka kena surprise, kata nya pedih mata. Hehe, mesti sebak la tu.


Kisahnya umi lupa nak bagi tau papa bahawasanya umi dah order kek. Haha..Papa pun tak tanya nak beli kek apa. Haha.

Bungkusan Kek yang sampai, Sangat kemas, Kek pun naik motor dengan runner Alhamdulillah selamat sampai. Hehe

Bergambar dengan cousin Yaya datang petang nya nak surprise kan Yaya. Bagi hadiah baju BTS (Kpop lagi)

Kek Mamasab ni umi la yang suka...Muahaha.

Petang nya makan Pizza Hut, Malam nya umi goreng bihun goreng je. Hehe..Jadi lah birthday musim PKP kan.Simple2 je.

Semoga Yaya panjang umur dan di murah kan rezeki. Jadi anak Solehah untuk umi dan Papa. 


Continue Reading

09 July 2021

TIPS MENJAGA BAYI DEMAM KUNING @ JAUNDICE | AJUYA RASHID

bayi kuning
Amyra kena kuning @ jaundice ketika berumur 8hari

Demam kuning atau dikenali sebagai jaundice adalah perkara normal bagi setiap bayi yang baru lahir. Baby Amyra juga tak terlepas dari terkena demam kuning ni. Seingat Kakya anak-anak yang lain tak lama macam Amyra. Paling kuat pun umur seminggu tu memang ada tapi tak tinggi dan sekejap je dah turun. Jadi Kakya tak banyak la amalkan tips yang bukan-bukan macam sesetengah orang buat tu kan. Tinggal menyusukan anak-anak dengan susu badan Kakya banyak-banyak je. Kalau tidur je lebih 2 jam mak selalu ingatkan suruh kejut menyusukan baby kalau baby tido. Lepas je beberapa hari terus hilang macam tu je kuning tu.

Tapi Amyra lama pulak hingga hari ke 14 baru la nampak ada perubahan. Itupun lepas pergi check tengok-tengok bacaan dah turun.

Bayi kuning
Bacaan Bilirubin dari 259 turun 174

Masa ni Amyra umur 7hari kuning tinggi bacaan cecah 259. Risau hati maktang masa tu. Muka dan mata pun nampak sangat kekuningan. Masa tu belum on Vivix. Ambil set pantang shaklee yang biasa.

Balik je dari check up terus on vivix, bagi susu badan sepenuh nya. Akak Confinement Lady (CL) bagi petua macam-macam. Makan sengkuang cina lah, bagi baby air sengkuang cina, susu kambing apa lagi tak ingat.

Vivix Shaklee lepas bersalin
Testimoni Ambil Vivix Selepas Bersalin

Tapi kakya degil. Tetap je bagi susu ibu, kakya yakin dengan susu sendiri. Bagi baby nyusu banyak-banyak In Shaa Allah. Lagipun susu badan banyak cukup malah lebih2 untuk baby. Boleh buat stok ebm lagi. Malam-malam CL guna stok ebm untuk pastikan baby minum 2 jam sekali.

Hari ke 10 pergi check lagi kat Andorra..Turun banyakkkk 174 dari 259. Alhamdulilah..Doktor nak bacaan bawah 150 pada hari ke 14. Alhamdulilah Amyra bebas dari kuning. Lega hati seorang ibu kan. Kalau gi hospital lain mau tiap-tiap hari kena ambil darah check kuning. Lagi la kesian kat baby, kat diri sendiri jugak yang sedang berpantang.

Lama dah simpan citer ni. Tapi nak share jugak buat ibu-ibu yang cari ikhtiar untuk bayi kuning. Jangan sesekali bagi baby makan atau minum selain susu ibu atau susu formula ye. Sebaik2 nya susu ibu lah. Ikut nasihat doktor. Jangan cuba-cuba nak guna petua yang bukan-bukan. Paling penting ikhtiar untuk banyakkan susu badan dan jaga kesihatan ibu-ibu untuk beri susu yang terbaik untuk anak kita. 

Baca juga 




Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm35.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.




Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di  Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Puchong, Seri Kembangan dan Taman Puncak Jalil


Continue Reading