Prebiotik
Prebiotik adalah kelas serat makanan yang terdapat di dalam sesetengah makanan berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang tertentu. Prebiotik bertindak sebagai baja kepada bakteria baik di dalam usus anda iaitu Probiotik.
Sumber Prebiotik (Contoh Makanan yang baik dan mengandungi Prebiotik)
- Pisang
- Bawang
- Bawang putih
- Kekacang
- Bijirin
- Akar chicory
- Asparagus
- Buah Beri
Probiotik
Probiotik adalah bakteria hidup yang baik untuk sistem pencernaan anda dan boleh membantu anda mengekstrak nutrien dari makanan anda. Penyelidikan mengenai probiotik menunjukkan bahawa bakteria ini dapat membantu menjaga sistem kekebalan tubuh yang kuat dan mengurangkan keradangan kronik. Keradangan kronik dikaitkan dengan penyakit seperti diabetes, barah, dan penyakit jantung.
Sumber Probiotik
- Yogurt
- Kimchi (Makanan tradisional Korea diperbuat daripada sayur masin yang difermentasi dicampur dengan perasa)
- Tempe
- Tapai
- Produk Susu Kultur
- Sauerkraut (hidangan Jerman yang diperbuat daripada sayur kobis yang difermentasi
Secara ringkasnya prebiotik dan probiotik sangat penting kepada tubuh badan kita kerana Probiotik merupakan bakteria baik yang bagus untuk kesihatan usus manakala prebiotik pula merupakan makanan kepada probiotik yang membantu pertumbuhan bakteria usus yang baik.
Prebiotik dan probiotik berfungsi bersama, prebiotik mendorong kelangsungan hidup bakteria sihat, yang akhirnya menjadikan probiotik (bakteria sihat) lebih berkesan pada kesihatan usus. Apabila usus kita sihat sistem imuniti badan kita juga menjadi lebih kuat.
Kebaikan dan manfaat Prebiotik
Meningkatkan kesihatan pencernaan
Melawan keradangan dan penyakit kronik
Meningkatkan imuniti
Membantu beri rasa kenyang
Membantu menurunkan berat badan
Supplemen / Produk Shaklee yang mengandungi Prebiotik, Baca Sini ==> Life Shake Elderberry Shaklee
Baca juga : Khasiat Buah Elderberri
Jika anda ingin mendapatkan produk ini dengan harga ahli yuran keahlian hanya lah Rm35.00. Belian seterusnya anda juga layak untuk mendapatkan nya dengan harga ahli. Baca Kelebihan Dan Cara Daftar Ahli Shaklee
Untuk Order atau pertanyaan lanjut boleh terus whatsapp saya Ajuya di www.wasap.my/60126102263
Baca juga
0 comments:
Post a Comment