Showing posts with label apa itu prebiotik. Show all posts
Showing posts with label apa itu prebiotik. Show all posts

28 July 2021

KEPENTINGAN PREBIOTIK DAN PROBIOTIK KEPADA TUBUH BADAN

Prebiotik


Prebiotik adalah kelas serat makanan yang terdapat di dalam sesetengah makanan berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin yang tertentu. Prebiotik bertindak sebagai baja kepada bakteria baik di dalam usus anda iaitu Probiotik.

Sumber Prebiotik (Contoh Makanan yang baik dan mengandungi Prebiotik)

  • Pisang
  • Bawang
  • Bawang putih
  • Kekacang 
  • Bijirin
  • Akar chicory
  • Asparagus 
  • Buah Beri

Probiotik


Probiotik adalah bakteria hidup yang baik untuk sistem pencernaan anda dan boleh membantu anda mengekstrak nutrien dari makanan anda. Penyelidikan mengenai probiotik menunjukkan bahawa bakteria ini dapat membantu menjaga sistem kekebalan tubuh yang kuat dan mengurangkan keradangan kronik. Keradangan kronik dikaitkan dengan penyakit seperti diabetes, barah, dan penyakit jantung.

Sumber Probiotik 

  • Yogurt
  • Kimchi (Makanan tradisional Korea diperbuat daripada sayur masin yang difermentasi dicampur dengan perasa)
  • Tempe
  • Tapai
  • Produk Susu Kultur
  • Sauerkraut (hidangan Jerman yang diperbuat daripada sayur kobis yang difermentasi

Secara ringkasnya prebiotik dan probiotik sangat penting kepada tubuh badan kita kerana Probiotik merupakan bakteria baik yang bagus untuk kesihatan usus manakala prebiotik pula merupakan makanan kepada probiotik yang membantu pertumbuhan bakteria usus yang baik. 

Prebiotik dan probiotik berfungsi bersama, prebiotik mendorong kelangsungan hidup bakteria sihat, yang akhirnya menjadikan probiotik (bakteria sihat) lebih berkesan pada kesihatan usus. Apabila usus kita sihat sistem imuniti badan kita juga menjadi lebih kuat.

Kebaikan dan manfaat Prebiotik

Meningkatkan kesihatan pencernaan
Melawan keradangan dan penyakit kronik
Meningkatkan imuniti
Membantu beri rasa kenyang
Membantu menurunkan berat badan

Prebiotik Shaklee
Probiotik dan Prebiotik Sumber Public Health Malaysia



Supplemen / Produk Shaklee yang mengandungi Prebiotik, Baca Sini ==> Life Shake Elderberry Shaklee 



Jika anda ingin mendapatkan produk ini dengan harga ahli yuran keahlian hanya lah Rm35.00. Belian seterusnya anda juga layak untuk mendapatkan nya dengan harga ahli. Baca Kelebihan Dan Cara Daftar Ahli Shaklee 


Untuk Order atau pertanyaan lanjut boleh terus whatsapp saya Ajuya di www.wasap.my/60126102263

Baca juga 


Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263

Continue Reading