Showing posts with label Bayi Jaundice. Show all posts
Showing posts with label Bayi Jaundice. Show all posts

09 July 2021

TIPS MENJAGA BAYI DEMAM KUNING @ JAUNDICE | AJUYA RASHID

bayi kuning
Amyra kena kuning @ jaundice ketika berumur 8hari

Demam kuning atau dikenali sebagai jaundice adalah perkara normal bagi setiap bayi yang baru lahir. Baby Amyra juga tak terlepas dari terkena demam kuning ni. Seingat Kakya anak-anak yang lain tak lama macam Amyra. Paling kuat pun umur seminggu tu memang ada tapi tak tinggi dan sekejap je dah turun. Jadi Kakya tak banyak la amalkan tips yang bukan-bukan macam sesetengah orang buat tu kan. Tinggal menyusukan anak-anak dengan susu badan Kakya banyak-banyak je. Kalau tidur je lebih 2 jam mak selalu ingatkan suruh kejut menyusukan baby kalau baby tido. Lepas je beberapa hari terus hilang macam tu je kuning tu.

Tapi Amyra lama pulak hingga hari ke 14 baru la nampak ada perubahan. Itupun lepas pergi check tengok-tengok bacaan dah turun.

Bayi kuning
Bacaan Bilirubin dari 259 turun 174

Masa ni Amyra umur 7hari kuning tinggi bacaan cecah 259. Risau hati maktang masa tu. Muka dan mata pun nampak sangat kekuningan. Masa tu belum on Vivix. Ambil set pantang shaklee yang biasa.

Balik je dari check up terus on vivix, bagi susu badan sepenuh nya. Akak Confinement Lady (CL) bagi petua macam-macam. Makan sengkuang cina lah, bagi baby air sengkuang cina, susu kambing apa lagi tak ingat.

Vivix Shaklee lepas bersalin
Testimoni Ambil Vivix Selepas Bersalin

Tapi kakya degil. Tetap je bagi susu ibu, kakya yakin dengan susu sendiri. Bagi baby nyusu banyak-banyak In Shaa Allah. Lagipun susu badan banyak cukup malah lebih2 untuk baby. Boleh buat stok ebm lagi. Malam-malam CL guna stok ebm untuk pastikan baby minum 2 jam sekali.

Hari ke 10 pergi check lagi kat Andorra..Turun banyakkkk 174 dari 259. Alhamdulilah..Doktor nak bacaan bawah 150 pada hari ke 14. Alhamdulilah Amyra bebas dari kuning. Lega hati seorang ibu kan. Kalau gi hospital lain mau tiap-tiap hari kena ambil darah check kuning. Lagi la kesian kat baby, kat diri sendiri jugak yang sedang berpantang.

Lama dah simpan citer ni. Tapi nak share jugak buat ibu-ibu yang cari ikhtiar untuk bayi kuning. Jangan sesekali bagi baby makan atau minum selain susu ibu atau susu formula ye. Sebaik2 nya susu ibu lah. Ikut nasihat doktor. Jangan cuba-cuba nak guna petua yang bukan-bukan. Paling penting ikhtiar untuk banyakkan susu badan dan jaga kesihatan ibu-ibu untuk beri susu yang terbaik untuk anak kita. 

Baca juga 




Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm35.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.




Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di  Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Puchong, Seri Kembangan dan Taman Puncak Jalil


Continue Reading