03 March 2021

TESTIMONI ESP UNTUK HAMIL, MENYUSU DAN BERPANTANG


ESP Shaklee untuk hamil
Testimoni ESP Puasa penuh walaupun menyusu dan hamil pada waktu yang sama
Pengalaman hamil kali kedua dengan ESP, Masa bula puasa tahun lepas, pregnant 8 bulan  menyusukan si kakak yang umur 3 tahun.

Family tak percaya sebab nampak sihat dan bertenaga je, siap boleh puasa penuh walaupun dah sarat dan sibuk dengan kerjakerja bisnes pada waktu siang.

esp shaklee untuk berpantang
Bertenaga sepanjang kehamilan, selepas seminggu pantang, laju je berjalan 
Saya mula ambil ESP semasa memasuki trimester ketiga ketika hamil anak ketiga pada 2013, Memang rasa bertenaga sepanjang kehamilan dan kurang rasa nak mengunyah makanan. Bila berpantang memang rasa segar je. Baru seminggu berpantang orang dah tegur, laju je berjalan, macam dah habis hari je. Sampai sekarang masih amalkan ESP. Anak sulung pernah cakap, "Ibu, kenapa asik lagi putih dari kakak? Ibu minum Shaklee ek?" Saya pun baru perasan bila dia cakap macam tu. Sebab anak ketiga dan keempat memamg konsisten ESP. Alhamdulillah syukur walaupun mak dia tak cerah. 
esp shaklee banyakkan susu badan
Susu Jadi pekat dan bayi mudah kenyang
Alhamdulillah, saya syukur sangat2 berjya exclusive breastfeeding baby sampai sekurang 6 bulan umur baby saya. Alkisahnya saya ni jenis tak berapa rajin nak pam susu. Sebelum nak kerja, Stok susu saya dalam peti ais tak sampai 50 oz pun. Dan naik kerja saya cuma pam sekali masa waktu rehat. Weekend saya tak pam susu. Alhamdulillah sangat saya amik set menyusu dan ESP Shaklee, Susu jadi pekat dan baby mudah kenyang, baby pun tak meragam. Alhamdulillah syukur dapat full breastfeeding baby walaupun tak rajin pam.
esp shaklee untuk menyusu
Ibu bertenaga, anak kenyang menyusu, kulit cerah
Saya consume ESP untuk menyusu anak ke 2 Alhamdulillah, ESP bantu saya sihat, Susah nak demam, bertenaga, Susu untuk anak mencukupi dan mengenyangkan anak saya. Dia tidur pun lama. Yang paling best kulit saya pun makin cerah dan licin. Alhamdulillah nampak lah kulit saya ni sihat. Saya memang boleh miss ESP ni. Kalau ter miss sekali rasa tak sedap jer. Rasa tak lengkap hidup.
esp shaklee untuk ibu menyusu berpuasa
Extra tenaga dan badan tak lembik sewaktu berpuasa
Saya ambil ESP lambat sebenarnya, lepas pantang anak kedua, saya start dengan set pantang. Test tak ambil ESP. Sebab saya minum susu putih/soya. cuma minum susu coklat dutch lady je. Tapi bila promo ESP dan dah dekat nak bulan puasa saya decide ambil ESP. Mulamula ambil dengan milo, tak sesuai dengan tekak. saya beli PD ambil combo ESP, Mealshake dan performance drinks. Alhamdulillah sesuai dengan selera.

Sepanjang ramadhan 2013, saya ambil set puasa ni tasa bezanya bulan puasa tu. Biasanya bila menyusu, lepas asar saya memang tak banyak buat kerja. Duduk je tunggu buka puasa, jalan pun sikitsikit kena kalau baby nak mengempeng hmm lagi la kebelai kata orang melaka 
esp shaklee untuk berpantang
Susu badan meriah dan pekat, anak tak kerap bangun malam untuk menyusu
 
Saya mula consume ESP masa dalam pantang anak no 2. Ambil set pantang shaklee Masa tu consume pagi untuk breakfast susu badan memang meriah dan pekat.

Tapi bila malam anak kerap bangun nak menyusu. So saya ambil sebelum tidur. Memang bagus sebab sejak tu anak dah tak kerap bangun malam lagi untuk menyusu. Sekali je menyusu masa nak tidur. 

Extra berat badan turun jugak sambil dapat kulit cantik.
esp untuk susu badan kurang
ESP Shaklee bantu saya berjaya menyusukan anak selama 2 tahun 

Sejak saya amalkan ESP, saya dapat menyusukan anak saya sampai umur dia 2 tahun.
 
esp shaklee pekatkan susu badan
Susu meriah dan pekat dengan Shaklee 
Semasa berpantang saya ambil ESP dan Alfafa. Susu meriah dan pekat, memang puas hati.

Terbukti ESP Shaklee sangat membantu ibu-ibu yang sedang hamil, sedang menyusukan badan anak kecil dan juga sedang berpantang. Kebanyakan yang ambil ESP Shaklee adalah untuk lebih bertenaga, Mengatasi masalah susu badan kurang. 

Baca juga ==>



Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263
Continue Reading

01 March 2021

PROMOSI SHAKLEE MAC 2021

 

Promosi shaklee bulan mac

Alahai teruja betul tengok Promosi Shaklee untuk bulan Mac ni. Beli ESP Shaklee 4 botol korang boleh dapat keahlian Shaklee secara percuma juga 1 Shaker Shaklee Exclusive tau. Berpinar-pinar mata tengok nya, Cantik sangat. 

Jadi bagi mereka yang berminat nak dapat kan ESP Shaklee ni dan nak daftar ahli Shaklee secara percuma boleh la beli set ni kan. Jimat sangat tau dari harga untuk 4 botol Rm644.00 kini dengan pendaftaran keahlian Shaklee harga hanya lah Rm516.00 untuk 4 botol ESP + Keahlian Shaklee (bernilai Rm35.00) + Percuma penghantaran (bernilai Rm10.00) + Shaker exclusive dari Shaklee. Yeahh...banyak jimat tu. 

Dengan set promosi ni boleh la kongsi atau jual kat kawan-kawan atau keluarga terdekat. Hehe...dah nak dekat puasa ni kan.. Sini Kakya share antara kebaikan ESP Shaklee :-

  • Memberi tenaga berterusan 
  • Membantu dalam penurunan berat badan yang berlebihan 
  • Memberi kan rasa kenyang yang lebih lama
  • Menguatkan otot rahim dan mengelakkan keguguran 
  • Membantu mengatasi Gastrik 
  • Meningkat penghasilan susu untuk ibu menyusu 
  • Menyokong pertumbuhan bayi di dalam rahim 
  • Menghaluskan dan mencerahkan kulit 
  • Mencantikkan rambut dan kuku 
  • Membantu mempercepatkan penyembuhan luka 

7 Sebab korang perlu pilih ESP Shaklee ni.
  • ESP dihasilkan pada tahun 1961. Masih terjual hingga kini. Maksudnya mempunyai repuyasi baik dan tidak berbahaya.
  • ESP paling mudah diserap dalam badan kerana mendapat skor tertinggi PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) iaitu 1.0
  • Glisemik Indeks(GI) yang rendah iaitu 39 sahaja (gula dalam darah tidak meningkat mendadak beri kesan kenyang dan bertenaga lebih lama 
  • ESP tinggi dengan kalsium,  Vitamin B. Tidak mengandungi trans-fatty acid dan kolesterol.
  • ESP diperbuat dari soya Non-GMO (tidak diubah genetiknya) yang mana selamat - tidak seperti kebanyakan doya dipasaran (GMO) yang berbahaya pada kesihatan.
  • ESP melalui proses IPP (Identity Preservation Program) iaitu kacang soya ini dijaga rapi sejak ia ditanam sehingga terhasilnya ESP - tiada baja kimia atau racun perosak digunakan, dibasuh tidak menggunakan alkohol tetapi air sahaja untuk mengekalkan Genistein dan Isoflavones!
  • 1 Canister ESP terhasil dari 30kg kacang soya. 1 hidangan (3 sudu besar = Rm5 sahaja. 
Wow sangatkan...Mana nak dapat khasiat kacang soya yang tinggi kualiti, bebas kandungan gula dan dan dijamin selamat. Dapatkan sekarang..Promosi Beli ESP 4 percuma keahlian dan shaker Shaklee ini berlangsung sepanjang bulan Mac 2021

ESP Shaklee



Baca lanjut mengenai ESP Shaklee ==> 



Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263



Continue Reading

21 December 2020

PENGALAMAN HAID BERPANJANGAN SETELAH 8 BULAN PAKAI IMPLAN

Gambar Implan Sumber Google
Diam tak diam dah masuk bulan ke 8 Kakya pakai Implan. Pada mula nya Alhamdulilah haid teratur. Masuk je bulan ke 8 bermula la pengalaman haid berpanjangan setelah 8 bulan pakai implan. Bulan 3 Kakya ada kongsi Pengalaman Pasang Implan Di LPKKN, Putrajaya. Tak sangka juga sebenarnya sebab awal-awal pakai tempoh hari haid setiap bulan datang dan genap je 7 hari dah boleh mandi hadas besar. Tapi kali ni dah lebih 15hari. 

Dalam 2 minggu pertama Kakya perasan darah hitam pekat sahaja. Masuk je hari ke 16 dan keatas darah merah macam baru-baru datang haid normal tu. Perasaan tu tak boleh nak bayangkan. Macam-macam ada, tak selesa dah satu hal dah lama sangat pakai pad. Takut juga kalau ada masalah lain. 

Tapi Kakya dah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan juga kesan sampingan dari pemakaian implan ni. Sebab sebelum pasang doktor dah brift dan inform tentang kesan sampingan pakai perancang keluarga termasuk lah implanon. 

Memang rasa tak selesa setiap masa nak kena pakai pad / tuala wanita. Mula la Google sana sini macam mana nak buat. Doktor ada pesan kalau haid berpanjangan datang ambil ubat berhenti kan haid. Tapi itu la kalau boleh taknak makan ubat.. Haha.. Sebab ada terbaca bahaya juga kalau makan ubat tu. Adehh.. So Kakya masih bertahan sehingga hari ke 19. Masih berharap darah berhenti dengan sendiri nya. Alhamdulillah hari ke 19 dah tak de darah. Syukur sangat. Harap lepas ni tak de lagi la kejadian macam ni. Hehe nak mudah-mudah aje. 

Update setelah setahun pemasangan Implan ==> Pengalaman Pakai Implan Dan Kesan Sampingan 

Sebenarnya kat Shaklee ada 1 produk untuk stabil kan hormon iaitu GLA Complex, Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur, Tapi memandangkan Shaklee kehabisan stok GLA Complex. Kakya cuba minum Vivix pada hari ke 15. tu yang hari ke 16 keluar darah merah tu. Vivix juga salah satu produk yang dapat mengatasi masalah haid berpanjangan. Sama ada akibat hormon tak stabil atau akibat pemakaian alat perancang keluarga seperti implan. 

Testimoni Vivix Shaklee period kembali normal

Vivix mengandungi resveratrol yang membantu menstabilkan hormon wanita. Jadi saya sangat sarankan mereka yang mencari ikhtiar untuk menstabilkan haid yang tidak teratur atau berpanjangan boleh la cuba Vivix Shaklee ni. 

Maklumat lanjut mengenai Vivix Shaklee - KLIK SINI 

Harga Vivix Shaklee Rm380.00 (percuma keahlian dan penghantaran) 

Untuk order boleh terus tekan icon whatsapp di blog ini. 


Ingin dapatkan rangkaian produk shaklee dengan harga ahli anda boleh mendaftar dengan bayaran yuran hanya Rm35.00 atau secara percuma dan terus nikmati potongan sehingga 20%. Klik sini untuk cara daftar ahli shaklee.











Salam 
Ajuya Rashid 
Shaklee Business Leader 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp/whatsapp : 012-6102263


Continue Reading

04 December 2020

CARA DAFTAR I AKAUN KWSP

Mungkin masih ramai yang belum ada i akaun KWSP. Memandangkan sekarang ramai yang akan menggunakan i akaun untuk memohon i sinar, Sini Kakya share cara daftar i akaun KWSP di Kiosk KWSP. Sangat mudah. Tinggal bawa IC dan sediakan cap ibu jari masing-masing. Hehe.

Cara Daftar i akaun kwsp
Cara daftar i akaun KWSP 
I akaun ni penting untuk korang mengemaskini profil peribadi, semak kelayakan pengeluaran, semak baki simpanan, semak penyata KWSP dan juga semak rekod caruman. Dan sekarang bakal digunakan untuk i Sinar. Serta untuk urusan di masa hadapan kelak. Tempoh hari Kakya guna i akaun untuk bayar PTPTN. Entry nya kat sini ==> Cara bayar PTPTN guna kwsp akaun 2



Langkah daftar i akaun KWSP di Kiosk

Langkah 1
- Hadir ke mana-mana cawangan atau kiosk KWSP berhampiran anda.

Langkah 2
- Masukkan Kad Pengenakan di kiosk
- Masukkan nombor telefon terkini
- Cap Jari
Langkah 3
Sumber : facebook

Kertas pengesahan pendaftaran akan keluar dari mesin kiosk seperti diatas. Selepas pendaftaran dibuat korang akan dapat sms dari KWSP yang mengandungi nama dan password sementara anda untuk digunakan untuk daftar i akaun. Sila aktifkan dalam tempoh 30hari.

Langkah 4

- Install i akaun mobile

- Pilih Sign UP dan ikut arahan yang diberikan dengan menggunakan ID dan password (rujuk sms)
- Jangan lupa tukar password sementara yang diberi ya.



Dashboard Boleh tengok keseluruhan simpanan di hari tua. Hehe
Dah selesai isi semua, taraaa dah siap dan dah boleh tengok maklumat akaun KWSP kita. Boleh tengok jumlah akaun 1 dan akaun 2 juga. Klik "View Transaction History" kalau nak tengok penyata mengikut tahun.

Traksaksi Tahun 2019
Tahun 2019 boleh nampak Kakya ada buat pengeluaran pendidikan untuk settle PTPTN. Dan juga boleh nampak Dividen tahunan.


Transaksi Tahun 2020

Tahun 2020, Pengeluaran I Lestari. Boleh nampak dah berapa jumlah kita terima dari pengeluaran tersebut.

Best kan? so tak payah dah lepas ni ke KWSP. Cuma sekali sahaja pergi ke KWSP untuk daftar i akaun ni kat kiosk. Jadi ambil satu masa untuk ke kiosk ok. Untuk kemudahan kita di masa hadapan juga. Haa siapa yang nak buat pengeluaran i sinar tapi belum ada i akaun tu boleh la buat sekarang.

Kalau nak tanya mengenai cara daftar i akaun KWSP ni, boleh je tekan icon whatsapp ok. In shaa Allah saya cuba bantu.


Continue Reading

03 December 2020

i-SINAR DIBUKA KEPADA SEMUA AHLI KWSP YANG TERJEJAS PENDAPATAN AKIBAT COVID-19 TERMASUK SURI RUMAH

Kecoh semalam lepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada semua ahli KWSP sehingga 8 juta ahli yang layak. Yang menjadi perhatian Kakya ialah Suri rumah la. Hehe maklum la Kakya kan ber status suri rumah. Ini yang jadi dilema ni nak keluarkan ke tak nak. Ikutkan tak de keperluan pun buat masa sekarang. Tapi masa akan datang kita tak tahu. Bak kata satu pendapat belum tentu kita dapat merasa masa umur 55 tahun nanti kan. Hmmm terus kena fikir lagi sekali. Adehh.

I Sinar

So korang mana yang rasa ada niat nak buat permohonan I Sinar ni, Permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:


Kategori 1
Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:
  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini:
Tiada dokumen sokongan diperlukan;
Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kategori 2
Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Jumlah kelayakan i-Sinar

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.


Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
2 Disember 2020


Baca juga : 


Sumber : KWSP 
Continue Reading