Mungkin masih ramai yang belum ada i akaun KWSP. Memandangkan sekarang ramai yang akan menggunakan i akaun untuk memohon i sinar, Sini Kakya share cara daftar i akaun KWSP di Kiosk KWSP. Sangat mudah. Tinggal bawa IC dan sediakan cap ibu jari masing-masing. Hehe.
Cara daftar i akaun KWSP |
Langkah daftar i akaun KWSP di Kiosk
Langkah 1
- Hadir ke mana-mana cawangan atau kiosk KWSP berhampiran anda.
Langkah 2
- Masukkan Kad Pengenakan di kiosk
- Masukkan nombor telefon terkini
- Cap Jari
Langkah 3
Sumber : facebook |
Kertas pengesahan pendaftaran akan keluar dari mesin kiosk seperti diatas. Selepas pendaftaran dibuat korang akan dapat sms dari KWSP yang mengandungi nama dan password sementara anda untuk digunakan untuk daftar i akaun. Sila aktifkan dalam tempoh 30hari.
Langkah 4
- Install i akaun mobile
- Pilih Sign UP dan ikut arahan yang diberikan dengan menggunakan ID dan password (rujuk sms)
- Jangan lupa tukar password sementara yang diberi ya.
Dashboard Boleh tengok keseluruhan simpanan di hari tua. Hehe |
Traksaksi Tahun 2019 |
Tahun 2019 boleh nampak Kakya ada buat pengeluaran pendidikan untuk settle PTPTN. Dan juga boleh nampak Dividen tahunan.
Transaksi Tahun 2020 |
Tahun 2020, Pengeluaran I Lestari. Boleh nampak dah berapa jumlah kita terima dari pengeluaran tersebut.
Best kan? so tak payah dah lepas ni ke KWSP. Cuma sekali sahaja pergi ke KWSP untuk daftar i akaun ni kat kiosk. Jadi ambil satu masa untuk ke kiosk ok. Untuk kemudahan kita di masa hadapan juga. Haa siapa yang nak buat pengeluaran i sinar tapi belum ada i akaun tu boleh la buat sekarang.
Kalau nak tanya mengenai cara daftar i akaun KWSP ni, boleh je tekan icon whatsapp ok. In shaa Allah saya cuba bantu.
hehe.. kite buat haritu masa nak bayar ptptn :)
ReplyDelete