21 February 2020

TESTIMONI ESP SHAKLEE ELAK PERUT PEDIH

ESP SHAKLEE UNTUK ELAK PERUT PEDIH

Hai korang , harini Kakya nak share testimoni customer Kakya sorang ni beliau memang selalu repeat order ESP Shaklee dengan Kakya. Tiba-tiba hari tu dia repeat order tapi order 2 botol. Kakya pun saja la tanya kenapa sampai 2 botol harini ni. Oh nak bagi kat saudara yang dah berusia katanya sebagai buah tangan. Ye la kakya (tersama pulak nama..hehe) ni suka minum ESP sebab bila lapar tak sempat nak makan apa-apa shake je ESP Shaklee tu boleh la rasa selesa sikit perut. dah tak pedih sangat. tu ingat nak bagi orang tua kan tak ada selera makan harap jugak dia minum ni boleh buat perut mereka tak pedih. 

Perut pedih bila lapar ni selalu nya dikaitkan dengan gastrik. Tapi belum tahap gastrik lagi. Mild la kot..hehe main kot kot pulak. Ye la semua orang dapat rasa kan macam mana kalau lapar. Tapi tak sempat nak makan apa-apa. So solusi dia shake je la ESP. Sementara nak masak nasi tu boleh la alas perut sambil jaga kesihatan. Mana tahu kulit pun cantik, badan pun sihat dan kurus. Ahaks.


ESP Shaklee
Harga Rm161.00
Tadaaa ESP Shaklee berwajah baru. Post ni pulak Kakya rasmikan gambar baru ESP. Hehe..So Bagi korang yang nak cuba untuk mengatasi masalah perut pedih bila lapar atau untuk gastrik boleh la roger Kakya tau. ESP ni berfungsi untuk meneutralkan asid di dalam perut juga menggantikan sel-sel badan lama yang telah rosak akibat terhakis oleh asid tadi.



Yang benar
Ajuya Rashid
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara



Continue Reading

19 February 2020

KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA DENGAN BELIAN SET JOM SHAKLEE

daftar ahli shaklee

Shaklee ada buat promosi keahlian shaklee secara percuma dengan pembelian set jom shaklee dibawah ni tau. Jika korang semua ada berniat nak jadi ahli shaklee boleh la pertimbangkan tawaran ni. Belian set Jom Shaklee ni korang boleh jimat sehingga 10% dan juga jimat yuran pendaftaran ahli shaklee bernilau Rm65.00, pos pun percuma tau. 

Antara set yang ditawarkan ialah 

1. Set Hamil (Prenatal Set) Rm438.30 selepas diskaun 10%. Anda juga layak mendaftar secara percuma dan penghantaran percuma. Jimat sehingga Rm246 dari harga retail. 


Set ini mengandungi nutrisi lengkap untuk ibu hamil juga seisi keluarga
1. ESP
2. Vitamin C
3. Omega Guard
4. Vitalea Iron Formula
5. Bcomplex
6. Ostematrix 


2. Set Pantang atau set selepas bersalin ( Postnatal set ) Harga Rm479.70 selepas diskaun 10%. Anda juga layak mendaftar secara percuma dan penghantaran percuma. Jimat sehingga Rm261.00 dari harga retail. 


Set ini mengandungi nutrisi lengkap untuk ibu selepas bersalin juga untuk seisi keluarga
1. ESP
2. Vitamin C
3. Omega Guard
4. Vitalea Iron Formula
5. Bcomplex
6. Ostematrix 
7. Alfafa Complex

3. Set Kesihatan Harian (Daily Essential Set)Harga Rm736.20selepas diskaun. Anda juga layak mendaftar secara percuma dan penghantaran percuma. Jimat sehingga Rm401 dari harga retail. 



Set ini mengandungi nutrisi lengkap untuk ibu selepas bersalin juga untuk seisi keluarga
1. ESP
2. Vitamin C
3. Omega Guard
4. Vitalea Iron Formula
5. Bcomplex
6. Vivix

4. Vivix Twin Pack. Harga Rm684.00 selepas diskaun 10%. Anda juga layak mendaftar secara percuma dan penghantaran percuma. Jimat sehingga Rm379.00 dari harga retail. 


5. Set Skincare Youth Starter Set. Harga Rm612.00 selepas diskaun 10%. Anda juga layak mendaftar secara percuma dan penghantaran percuma. Jimat sehingga Rm313.00 dari harga retail. 


Set ini mengandungi 
1.Youth Cleanser
2.Youth Toner
3.Youth Moisturiser
4.Youth Night Cream

So korang yang berminat tu jangan segan silu contact Kakya tau. Promosi ni bakal berakhir hujung bulan February. Jimat sangat. Istimewa untuk ahli baru Shaklee. Kalau memang sedang mencari produk shaklee atau nak jadi ahli shaklee tu masa ni la peluang yang terbaik. Dapat jimat banyak tu kan. Tekan je button Whatsapp tu ok


Continue Reading

12 February 2020

2 HARI 1 MALAM DI RESORT WORLD KIJAL


Balik dari kampung masa cuti sekolah tempoh hari Kakya sekeluarga singgah berehat di Resort World Kijal (dulu dikenali Awana Kijal). Memang tak plan la kalau macam ni, swimming suit semua tak bawa, pakai je la yang mana ada. Itupun nasib baik ada baju lebih sebab Kakya sempat membasuh masa kat rumah kakak ipar. Hehe bajet balik rumah takde la banyak sangat baju kotor kan. 

Masa singgah lunch kat Kertih husband baru cakap kat anak-anak.."makan banyak-banyak nanti nak mandi kolam"..Whattt macam tu je awak punya hint nak menyinggah. Fuuh Kakya ni dalam kepala otak terus la susun baju bajan anak-anak 5 orang, baju sendiri..Nasib baik ada. Sabor je lah mak-mak ni. 

Sampai je di Resort World Kijal kami disambut oleh bellboy untuk hantar beg ke bilik sementara husband membuat urusan check in. Nasib baik jugak ada bilik yang available. Maka berlari-lari keseronokan lah anak-anakku. hehe



Masuk je ke bilik terus siap-siap solat jamak, tukar baju nak terjun kolam. Hehe...Bilik yang husband ambil ialah Deluxe room ada 2 katil singgle. Katil single ni agak lebar, ok la untuk kita orang sekeluarga. Pandai-pandai susun 7 beranak. Hehe



Dah siap tu apa lagi, terus la ke Kolam besar  Resort ni. Bagi Kakya suasana dia sangat cantik dan tenang. Ada bahagian mandi kanak-kanak dan slide yang jadi tarikan untuk kanak-kanak. Kedalaman nya sangat sesuai untuk anak-anak Kakya yang berumur 7 bulan hingga la 11 tahun. Suka la masing-masing. Nak ajak balik bilik pun susah dah. Mencabar la sikit sampai keluar suara naga dulu baru la nak bergerak. 


Lepas mandi kolam, kita orang ke pantai pula, jalan beberapa minit sahaja dari resort, sebab betul-betul belakang resort. Lama tak main pasir semua pun. Amyra dah kepenatan dah, sempat tidur, baju pun tak bertukar lagi. Nasib baik dah kering juga sikit. Boleh la tidur sekejap. Nak mandi air laut memang tak la Ombak besar, angin kuat tak digalakkan mandi. Anak-anak Kakya pun dah acah-acah nak ambil air kat pantai memang tak dapat, nak masuk dekat pun seriau. Main je la kat atas ni. Lagipun boleh minum-minum kat bistro ni. Tapi agak mahal lah. Husband Kakya order Mushroom sup, garlic bread, fun fries dengan air nescafe panas Rm50.00 'je'.


Dah puas main pasir kat pantai, on the way balik ke bilik sempat lagi menyinggah di dam ular besar dan chest besar. Tak tau la korang main macam mana. Tapi sekejap je la semua dah penat kelaparan. Laju la Kakya ajak dorang naik bersiap nak keluar makan.


Untuk makan malam kita orang pilih makan di Restoren Cahaya Mesra Seafood. Alhamdulillah sedap..Semua makan bertambah-tambah. Taktau la sebab penat campur lapar kot. Main air memang lapar kan. Hidangan penuh tak sempat nak snap. Haha. Order yang biasa2je, ikan bakar, ketam, sotong, tomyam, telur dadar. Harga puan isteri kurang arif sebab tak join pergi bayar. haha, lupa pulak nak tanya.


Sarapan kat Resort World Kijal ni biasa la kebanyakan hidangan makanan pantai timur lah. Antara nya Nasi dagang, ketupat goreng pun ada. Yang lain-lain tak sempat nak survey banyak sangat. Kakya makan omelette, nasi lemak dengan dim sum dan lain-lain. eh ada lagi lain-lain ye.



Lepas sarapan terus la terjun dengan baju tidur je. Maklum la percutian yang tak dirancang baju renang sorang pun tak bawa. Kadang-kadang Kakya bawa je buat spare tapi kali ni tak terlintas langsung pulak nak bawa. Nasib baik juga la takde guard yang bising. Kalau tak kempunan la anak-anak ceq. Hehe. 






Itu sahaja lah perkongsian Percutian kami sekeluarga 2 hari 1 malam di Resort World Kijal. Kakya juga ada buat perkongsian video penuh di youtube. Boleh la tengok. Baru cuba-cuba edit video. Taktau la apa jadi tu. Check it out ye.. 




With Love,
Ajuya Rashid
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
012-6102263



Continue Reading

08 January 2020

CARA BAYAR PTPTN GUNA KWSP AKAUN 2


langsai ptptn guna kwsp
Permohonan Pengeluaran KWSP Melalui Online

Korang nak bagitau ni macam tak percaya Kakya dah langsaikan hutang PTPTN. Hehe, sebenarnya memang tiap-tiap bulan kakya bayar je dari start kerja lepas keluar Universiti kan. Tapi bila dah tinggal sikit-sikit ni baru la rasa nak keluarkan KWSP untuk bayar baki pinjaman PTPTN. Lagipun tak banyak dah, so takde la guna semua duit dalam akaun 2 KWSP tu. Yang best nya mudah betul cara nak bayar PTPTN guna KWSP akaun 2 ni. Serius tak sangka juga semudah itu. Tinggal bawa IC je. 

Sebenarnya memang dah lama terniat nak buat bayaran PTPTN melalui KWSP ni sebab duk fikir buat apa lama-lama duit dalam KWSP tu kalau tak guna. Nak jugak guna separuh. Hehe..Sekurang-kurangnya ada alasan untuk keluarkan duit tu kan. Boleh la kurangkan komitmen bulanan tu. 

So sini Kakya share cara dan pengalaman Kakya buat bayaran baki pinjaman PTPTN guna KWSP akaun 2 di KWSP Puchong.  Korang yang rasa nak buat bayaran PTPTN melalui KWSP tu boleh la ikut cara Kakya ni. Yang penting korang kena ada I-akaun KWSP dulu. Kalau takde lagi akaun I-akaun KWSP kena la cari kiosk atau ke cawangan KWSP untuk daftar I-akaun dengan menggunakan Kad Pengenalan, Sebelum tu korang cek la dulu statement KWSP korang ada baki berapa.Lepastu boleh la buat kira-kira nak bayar PTPTN banyak mana kan. Lagi senang korang pergi je KWSP then cakap nak buat pengeluaran untuk PTPTN. (macam Kakya buat..hehe)

Masuk je KWSP Puchong terus ke Kiosk, lepastu pergi ke komputer sebelah
Cara Kakya, pergi je KWSP Puchong, lepas tu nak daftar la i-akaun kat kiosk, sekali dah daftar rupanya tak ingat bila. Hehe...So bila dah daftar kita dinasihatkan untuk terus je buat dekat komputer kat sebelah kiosk tu. Nanti ada pegawai KWSP yang akan bantu kita. Baik sangat dorang, korang tinggal isikan detail sendiri je. So tak payah fikir apa-apa nak klik kat mana ke apa betul ke salah ke kan. 

Pegawai ni la yang tolong Kakya. Lepas klik untuk kita isi detail dia tinggal. Lepastu datang lagi sehingga selesai 

Kakya keluar dari KWSP dengan sehelai kertas "successfull submission". Lepas je permohonan pengeluaran ni dibuat tunggu SMS dari KWSP untuk pengesahan cap ibu jari 

2 hari selepas buat permohonan tu terus la Kakya dapat SMS dari KWSP untuk datang sahkan cap ibu jari. 

Ambil nombor untuk sahkan cap ibu jari. Hari terakhir baru sempat pergi KWSP
Lepas dapat SMS tu terus la pergi ke KWSP semula untuk pengesahan cap ibu jari. Alhamdulillah tak menunggu lama, jumlah menunggu 2 orang masa ambil nombor. Masa di kaunter pegawai KWSP akan buat pengesahan mengenai jumlah pengeluaran dan beberapa soalan mudah. serahkan kad pengenalan, cap jari, dah siapppp. Pemprosesan dalam masa 2 minggu. Lepastu boleh la cek akaun PTPTN untuk semak baki. Adakah sudah selesai bayaran balik pinjaman PTPTN.

Itu sahaja pengalaman Kakya bayar PTPTN guna KWSP akaun 2. Makanya selesai la hutang ye wahai Encik PTPTN. Walaupun dah hampir 7 tahun menjadi suri rumah yang pernah bekerja tetap juga usaha untuk bayar hutang, Dan nasib baik ada KWSP boleh la tolong langsaikan baki hutang ni. Sekarang ni dah kurang la komitmen bulanan Kakya. Hehe...Bonus Shaklee tu bersih la untuk kita enjoy! Tiberrr. 

Cara pengeluaran di website rasmi kwsp https://www.ptptn.gov.my/kwsp-side
"Hutang mesti dibayar walaupun tidak dituntut" 

Continue Reading

12 November 2019

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU HARIS!!




Selamat hari lahir Haris my only son...paling hensem dihati Umi dan Papa. Hari lahir Haris yang ketiga tahun. Simple celebration je, Papa kata takde bajet. Haha..Kebetulan baru balik dari kampung pagi tu. Umi nya pun malas nak fikir nak buat apa. Dengan keadaan mental dan fizikal yang masih penat travel, beg balik kampung pun duk tepi dinding lagi. Takde mood nak buat majlis keramaian. Last-last kita orang dinner beli kek dan KFC je. Hehe muncung tak leh blah, gigih nak tiup lilin. Keesokannya baru la pergi cari hadiah untuk Haris. 


Muka happy ke apa taktau dapat surprise..hehe (diapit oleh 4 dara)

Tapi budak-budak kan, macam mana pun tetap meriah dan happy. Asalkan ada juga la sesuatu untuk Birthday Boy. 


Comel tak kek Haris? hehe..dah last minit malam tu nak makan baru nak gi cari kan tak ada rezeki nak beli kek kegemaran anak-anak. Kek coklat Indulgence Secret Resepi tak ada yang whole. Untuk kek coklat yang anak-anak makan tinggal la coklat au lait ni. Itupun dah tinggal separuh dah. Umi pun dengan kreatif nya ambil je la 6 slice. hehe. Jadi la kek petak yang comel untuk makan sekeluarga. Dah kecik comel tu memang sekali hadap je la jawab dia. Semua nya suka kek coklat. Yang best nya harga pun jadi murah lah dari bajet. hehe. 

Apa-apa pun Umi nak ucapkan selamat hari lahir untuk satu-satu nya anak lelaki Umi yang ke 3 tahun, Semoga membesar menjadi anak yang Soleh. Semoga Allah melimpahkan Rahmat kepadamu. Semoga dicukupkan usia untuk beribadah dan tercapai apa yang dicintakan dan dicitakan. Amin, Doa Umi sentiasa mengiringi disetiap langkahmu. 


Continue Reading