Showing posts with label AR Travelog. Show all posts
Showing posts with label AR Travelog. Show all posts

12 February 2020

2 HARI 1 MALAM DI RESORT WORLD KIJAL


Balik dari kampung masa cuti sekolah tempoh hari Kakya sekeluarga singgah berehat di Resort World Kijal (dulu dikenali Awana Kijal). Memang tak plan la kalau macam ni, swimming suit semua tak bawa, pakai je la yang mana ada. Itupun nasib baik ada baju lebih sebab Kakya sempat membasuh masa kat rumah kakak ipar. Hehe bajet balik rumah takde la banyak sangat baju kotor kan. 

Masa singgah lunch kat Kertih husband baru cakap kat anak-anak.."makan banyak-banyak nanti nak mandi kolam"..Whattt macam tu je awak punya hint nak menyinggah. Fuuh Kakya ni dalam kepala otak terus la susun baju bajan anak-anak 5 orang, baju sendiri..Nasib baik ada. Sabor je lah mak-mak ni. 

Sampai je di Resort World Kijal kami disambut oleh bellboy untuk hantar beg ke bilik sementara husband membuat urusan check in. Nasib baik jugak ada bilik yang available. Maka berlari-lari keseronokan lah anak-anakku. hehe



Masuk je ke bilik terus siap-siap solat jamak, tukar baju nak terjun kolam. Hehe...Bilik yang husband ambil ialah Deluxe room ada 2 katil singgle. Katil single ni agak lebar, ok la untuk kita orang sekeluarga. Pandai-pandai susun 7 beranak. Hehe



Dah siap tu apa lagi, terus la ke Kolam besar  Resort ni. Bagi Kakya suasana dia sangat cantik dan tenang. Ada bahagian mandi kanak-kanak dan slide yang jadi tarikan untuk kanak-kanak. Kedalaman nya sangat sesuai untuk anak-anak Kakya yang berumur 7 bulan hingga la 11 tahun. Suka la masing-masing. Nak ajak balik bilik pun susah dah. Mencabar la sikit sampai keluar suara naga dulu baru la nak bergerak. 


Lepas mandi kolam, kita orang ke pantai pula, jalan beberapa minit sahaja dari resort, sebab betul-betul belakang resort. Lama tak main pasir semua pun. Amyra dah kepenatan dah, sempat tidur, baju pun tak bertukar lagi. Nasib baik dah kering juga sikit. Boleh la tidur sekejap. Nak mandi air laut memang tak la Ombak besar, angin kuat tak digalakkan mandi. Anak-anak Kakya pun dah acah-acah nak ambil air kat pantai memang tak dapat, nak masuk dekat pun seriau. Main je la kat atas ni. Lagipun boleh minum-minum kat bistro ni. Tapi agak mahal lah. Husband Kakya order Mushroom sup, garlic bread, fun fries dengan air nescafe panas Rm50.00 'je'.


Dah puas main pasir kat pantai, on the way balik ke bilik sempat lagi menyinggah di dam ular besar dan chest besar. Tak tau la korang main macam mana. Tapi sekejap je la semua dah penat kelaparan. Laju la Kakya ajak dorang naik bersiap nak keluar makan.


Untuk makan malam kita orang pilih makan di Restoren Cahaya Mesra Seafood. Alhamdulillah sedap..Semua makan bertambah-tambah. Taktau la sebab penat campur lapar kot. Main air memang lapar kan. Hidangan penuh tak sempat nak snap. Haha. Order yang biasa2je, ikan bakar, ketam, sotong, tomyam, telur dadar. Harga puan isteri kurang arif sebab tak join pergi bayar. haha, lupa pulak nak tanya.


Sarapan kat Resort World Kijal ni biasa la kebanyakan hidangan makanan pantai timur lah. Antara nya Nasi dagang, ketupat goreng pun ada. Yang lain-lain tak sempat nak survey banyak sangat. Kakya makan omelette, nasi lemak dengan dim sum dan lain-lain. eh ada lagi lain-lain ye.



Lepas sarapan terus la terjun dengan baju tidur je. Maklum la percutian yang tak dirancang baju renang sorang pun tak bawa. Kadang-kadang Kakya bawa je buat spare tapi kali ni tak terlintas langsung pulak nak bawa. Nasib baik juga la takde guard yang bising. Kalau tak kempunan la anak-anak ceq. Hehe. 






Itu sahaja lah perkongsian Percutian kami sekeluarga 2 hari 1 malam di Resort World Kijal. Kakya juga ada buat perkongsian video penuh di youtube. Boleh la tengok. Baru cuba-cuba edit video. Taktau la apa jadi tu. Check it out ye.. 




With Love,
Ajuya Rashid
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
012-6102263



Continue Reading