Assalamualaikum...pagi tadi duk susun2 paper lama.terjumpa artikel pasal gangguan emosi ibu hamil ni...saya pun rasa sesuai untuk dikongsikan kat sini. sebab rata2 wanita hamil memang sensitif skit kan. Artikel tu kata kehamilan boleh menyebabkan anda ketawa dan menangis tanpa sebab. ia berlaku sebab perubahan hormon yang menggangu penghantaran mesej ke otak...(yang ni saya pernah gak....husband cancel gi Ikea..terus nangis...yang husband terkejut apesal...haha rupanya nak makan Meatball kat Ikea..lalalala)...tapi tak semua orang sama...ada yang muram dan ada yang ceria. ada jugak yang sampai mengalami tekanan perasaan.
Gangguan emosi ni berlaku pada minggu keenam hingga minggu ke 10. dan makin berkurangan masuk trimester kedua. Makin lama ia akan hilang juga. Tapi perasaan risau banyak dipengaruhi harapan tinggi bakal ibubapa terhadap anak. antara yang difikirkan ialah "Adakah aku membaca buku kehamilan yang terbaik? adakah produk bayi yang dibeli memberi jaminan terbaik..adakah aku mampu membentuk perkembangan mental dan sosial anak itu nanti?..memang semua benda nak pikir..jantina anak pun pk jugak.
Pastu bentuk badan berubah pun jadi tekanan jugak...ramai yang rasa tidak selesa dengan perubahan bentuk badan. dengan bebanan emosi yang bertambah bila ada pedih ulu hati, penat dan sering mahu buang air kecil...sebab tu la yang membuatkan emosi turun naik..kesian kan wanita hamil ni...tapi pahala berlipat ganda. Kajian menunjukkan masalah emosi ketika hamil yang tidak dirawat boleh menjejaskan fizikal bayi, menigkatkan peratusan kelahiran bayi pramatang dan risiko meroyan. Jadi artikel ni syorkan jumpa doktor atau kaunselor.
Kaedah menguruskan emosi tidak stabil ketika hamil
- Paling mudah ialah mengingatkan diri perubahan emosi ketika hamil adalah normal. so..belajar la menerima dengan tenang dapat membantu anda menguruskan emosi ketika memuncak.
- Santai dan tidak membebankan diri melakukan pelbagai tugasan sebelum melahirkan.
- Perasaan runsing pasti berkurangan jika hubungan pasangan lebih intim. so anda tidak berseorangan ketika mengandung.
- Jika suami tiada disisi, dekati keluarga dan rakan rapat. wujudkan sistem sokongan sebelum dan selepas melahirkan
- Habiskan masa dengan pasangan atau menghabiskan masa dengan teman baik, dapatkan urutan prenatal
- Luahkan kebimbangan kepada sesiapa yang anda percaya
- dan pastikan cukup tidur, makan yang teratur, senaman dan ceriakan hidup. Kenali apakah punca perasaan terbeban.
Dalam apa jua keadaan..sebagai seorang yang waras..kita jgan la membebakan diri memikirkan benda yang tidak perlu. memberatkan diri dengan bebanan tekanan. untuk masa ini adalah anda perlu relax dan tenang dalam setiap perkara. In Shaa Allah...semuanya akan selamat.
Untuk mendapatkan supplement untuk set kehamilan, pantang dan menyusukan boleh la hubungi saya ye. In Shaa Allah dapat membantu anda untuk menyambut orang baru.
Untuk info lanjut atau pesanan
Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan