07 July 2020

VIVIX SHAKLEE ~ KHASIAT DAN MANFAAT

Harga Vivix Shaklee

Vivix Shaklee 

Vivix Shaklee adalah Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Khasiat Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin berusia fungsi otak menjadi semakin lemah dan menuju ke amnesia atau nyanyuk. Tubuh badan juga akan terdedah kpd risiko pelbagai penyakit seperti gout, asma dan demam.Mengambil vivix boleh dijadikan sebagai perisai dan imuniti tubuh.

Vivix membantu mengembalikan keremajaan. Kandungan vivix dpt memberi keperluan vitamin tubuh dan membuatkan anda nampak 25 tahun lbh muda.

Manfaat Vivix Shaklee

Vivix merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi antaranya adalah :-
  • Menggalakkan rangsangan penuaan yang sihat
  • Bantu dalam menghalang kanser
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan komplikasi dalam pesakit diabetes
  • Menyokong kesihatan sendi
  • Mengurangkan insiden bagi penyakit Alzheimer
  • Bantu dalam pengurangan berat badan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Meningkatkan kesihatan mata
  • Menyokong kesihatan keseluruhan 
  • Membantu meningkatkan tenaga
  • Antioksidan yang baik untuk awet muda

Keistimewaan Vivix shaklee


Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Walaubagaimanapun, pengambilan Vivix adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak, wanita hamil dan yang sedang menyusukan bayi kerana ia mengubah DNA.

Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix, iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas wain merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim).


Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. 2500 kajian diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix. Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali ganda dari resveratrol semata-mata dalam memperlahankan penuaan sel.

Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi. Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa, alkohol dan pengawet.


Testimoni Vivix Shaklee



testimoni vivix kulit cantik

testimoni vivix luka pembedahan

Cara Pengambilan Vivix Shaklee

1 sudu setiap hari secara terus atau campurkan dengan minuman kegemaran. Sedap dihidangakn secara sejuk.


Harga Vivix Shaklee 

Harga Retail Vivix Shaklee Rm475.00

Harga Ahli Vivix Shaklee Rm380.00

Jauh beza kan bila mendaftar sebagai ahli shaklee. Dan buat pengetahuan anda belian melebihi Rm300.00 keatas boleh dapat percuma keahlian tau. nah Vivix dengan harga Rm380 dah layak dapat keahlian. apa tunggu lagi terus la daftar ahli shaklee secara percuma dengan belian Vivix Shaklee. Klik untuk daftar online ==> Daftar ahli shaklee secara online



Cara order, kat mana nak beli Vivix Shaklee?

Pengedar Vivix Shaklee

Nak beli Vivix Shaklee? ada 2 cara untuk beli Vivix Shaklee disini

  1. Whatsapp terus Kakya di 0126102263. Penghantaran sekitar Bandar Kinrara, Bukit Jalil dan Taman Puncak Jalil.  
  2. Melalui pos dan courier secara percuma. Terus daftar keahlian dan order sendiri di website Shaklee di link ini https://www.shaklee.com.my/products/live-healthier/10320?sid=920211 Sistem layan diri. dan jika memerlukan bantuan boleh hubungi saya bila-bila masa sahaja. 
Baca Juga : 


Terima kasih, 
Salam sayang 
Ajuya Rashid
Shaklee Business Leader
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Hp : 012-6102263
Continue Reading

11 June 2020

BILA BAYI DEMAM NAK TUMBUH GIGI

Demam seminggu dapat 2 batang gigi kat bawah, kat atas menyusul lagi 2 batang

Bayi demam nak tumbuh gigi? haa..Amyra ni la masa nak tumbuh gigi dia punya demam sampai seminggu, meragam tak sudah ingatkan demam sebab apa, dah la musim covid 19, musim PKP. Risau dibuat nya. Selama setahun ni memang dia tak pernah demam teruk macam tu. Sampai la Kakya perasan setiap kali dia menangis atau meragam dia akan gosok-gosok gusi dia, air liur pun meleleh sebab tak nak telan air liur. Seminggu jugak la tak makan. Rupa-rupanya nak tumbuh gigi.

Amyra ni kira kategori lambat jugak la tumbuh gigi, sebab umur dekat setahun baru tumbuh gigi. Bayi boleh tumbuh gigi seawal usia 5 bulan, anak Kakya yang paling lambat tumbuh gigi ialah anak yang ketiga, 1 tahun 3 bulan baru tumbuh. Mommy kalau nak tau bayi korang demam sebab nak tumbuh gigi boleh tengok tanda-tanda ni

  1. Air liur meleleh dengan banyak - apabila gusi telah dirangsang dengan gigi yang sedang tumbuh air liur bayi akan mulai banyak
  2. Kulit naik gatal-gatal kemerahan - disebabkan muka dan leher bayi sentiasa lembab sebab air liur banyak, gatal-gatal kemerahan mula muncul pada kulit si manja. Kadang-kadang ia muncul dalam bentuk kulit menggelupas
  3. Menggigit - Disebabkan rasa gusi yang tidak selesa atau gatal, mereka akan mula menggigit apa sahaja boleh dimasukkan de dalam mulut akan digigitnya termasuklah puting ibu.
  4. Pendarahan dibawah gusi atau hematoma - Pendarahan di bawah kulit pada gusi atau kematoma juga mungkin berlaku. Keadaan ini akan kelihatan seperti gusi kebiru-biruan dan bengkak.
  5. Demam - Isi salah satu tanda yang paling biasa terjadi. Demam biasa yang tidak terlalu panas kerana bayi tumbuh gigi. Tetapi sekiranga demam itu berlanjutan lebih dari 3 hari, dapatkan pemeriksann lanjut.
  6. Cirit-birit - cirit birit yang tidak serius boleh terjadi kerana menelan air liur yang terlalu banyak ketika bayi tumbuh gigi. Namun sekiranya cirit birit berlanjutan dengan terlalu banya dan lama, bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut

So mommy dah tau tanda-tanda bayi demam nak tumbuh gigi boleh la tengok kan bayi ye, antara di atas ni semua ada kat Amyra masa demam tu, hari ke 6 demam husband dah ajak pergi klinik lagi sekali, Kakya ada tunggu esok macam mana. Alhamdulillah hari ketujuh dah cergas balik walaupun gusi bengkak. Hehe. macam tu la ragam bila bayi demam nak tumbuh gigi, mak mak pun terkesan sekali sebab melayan kerenah budak demam. 

Sekian, Salam sayang 
Ajuya Rashid


Continue Reading

10 June 2020

SUNAT BAYI PEREMPUAN DI KLINIK SITI PUNCAK JALIL

nak sunat bayi perempuan
Budak baru lepas nangis kena sunat di Klinik Siti Puncak Jalil

Alhamdulillah..selesai juga sunat kan Amyra di Klinik Siti Puncak Jalil . Tangguh punya tangguh sampai Amyra dah umur 1 tahun. Ikut kan nak sunat bayi perempuan lepas 7 hari dah boleh sunat dah. sehingga lah umur 2 tahun. Survey punya survey Klinik terdekat dengan Bandar Kinrara jumpa la Klinik Siti ni Kat Puncak Jalil. Sebab laluan dengan rumah mak Kakya. So dari Bandar Kinrara 7 tak sampai 5 minit pun. Hehe...Tapi nak boleh ke bawa Amyra tu bukan main susah. hehe.

Kos Sunat bayi perempuan di Klinik Siti Puncak Jalil Rm50.00. Call je tanya ada doktor tak untuk sunat. Ataupun boleh terus walk in. Tapi masa Kakya datang katanya doktor haritu bukan pakar dalam sunat. So kena datang keesokan harinya. Untuk lebih selamat better call dulu lah.

Sedikit info yang Kakya jumpa mengenai Sunat Bayi Perempuan 

Berkhitan, berkhatan / bersunat adalah proses yang melibatkan hanya pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj. Berkhitan atau sunat bayi perempuan akan memberi manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan. Antaranya kelebihannya adalah ia menjadikan anggota kemaluan wanita lebih bersih dan dapat memelihara seseorang daripada pelbagai penyakit.Bahagian yang dipotong itu sangatlah kecil berbeza dengan proses berkhatan bagi lelaki. Masa Kakya tengok tu macam doktor guna jarum peniti je. Darah pun sikit sangat. Bila tengok luka tu macam terkena cucuk jarum lah. Amyra nangis sekejap je. Lepas tu ok je ceria macam biasa. 

Prosedurnya pun sekejap sangat. sebab mudah dan cepat tak sampai 5 minit pun. Sebelum bawa anak untuk berkhatan tu, elok la ibu bapa pastikan anak dalam keadaan sihat. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ibu bapa diberitahu oleh pihak klinik supaya memakai lampin baru sebelum memulakan

Masa yang sesuai untuk bersunat bayi perempuan - Kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai sunat bayi perempuan kebiasaannya bawa selepas berpantang.
Sunat Bayi Perempuan

Cara penjagaan pula sangat mudah. Seperti menjaga luka biasa. doktor juga menekankan kebersihan terutama penukaran lampin. Sunat anak perempuan ini biasanya mengambil masa yang amat cepat untuk pulih. Lazimnya selepas ditahan dengan kapas, darah sudah tidak mengalir lagi dan anda tidak perlu risau jika bayi nampak selesa dan aktif seperti biasa.

Alhamdulillah..Akhirnya selesai juga nak sunatkan anak perempuan bongsu Kakya ni. eceh. So korang yang berdekatan dengan Puncak Jalil boleh la ke Klinik Siti. Saje kongsi kot la ada yang tercari-cari macam Kakya tempoh hari. 


Salam sayang
Ajuya Rashid


Continue Reading

09 June 2020

Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom



Hai korang, jom join segmen ni..Klik gambar kat atas untuk join tau. Jumpa disana

Sempena PKPP yang diumumkan sebentar tadi,
Mama Yan nak buat segment Bloglist PKPP. 
Segmen bermula pada saat ini dan tutup pada 30 Jun 2020.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Buat 1 entry bertajuk 'Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom'. 

2. Letakkan gambar 'screenshot' blog aziankhalil.com ni dalam entry anda dan backlink ke entry ini.

3. Follow blog aziankhalil.com ni


5. Letakkan link penyertaan anda dalam ruangan komen di bawah.

Hadiah: 

5 peserta pertama komen link penyertaan akan masuk ke bloglist PKPP secara automatik sehingga 31 Ogos 2020.

5 peserta segmen lagi akan dipilih secara rawak untuk berada dalam blog list pada 1 Julai 2020

1 peserta akan dipilih secara rawak untuk  memenangi 1 botol ' Mary Kay Eye Make Up Remover' yang bernilai RM64.


Continue Reading

29 May 2020

RESEPI ESP SHAKLEE DAN KURMA UNTUK MILK BOOSTER


Hai korang, harini Kakya nak share resepi susu kurma versi ESP Shaklee. Kakya tiap kali ramadhan memang amalkan ESP Shaklee dengan kurma. Tapi Ramadhan tahun ni Kakya ditemani oleh Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura.
Ibu menyusu macam Kakya ni memang perlukan susu kurma ni untuk membantu lebih bertenaga sepanjang berpuasa dan menyusu. Kalau tak puasa pun Kakya akan minum susu kurma ni dulu sebagai sarapan. Dah kenyang tak perlu makan benda lain dah. hehe. Since Kurma Ajwa ni banyak lagi maklum la ada 1KG haritu. So Kakya sambung untuk puasa ganti dan puasa sunat pulak. Kena la ganti awal-awal sementara dah terbiasa dengan puasa ramadhan tempoh hari kan 

Resepi susu kurma versi Shaklee 

Bahan-bahan 
  • 2 sudu besar ESP
  • 1 Sudu besar Performance Drinks
  • 3 biji kurma
  • Jika suka boleh tambah 1 cawan susu segar. Kakya jarang tambah susu segar sebab ESP dah cukup khasiat susu 
Cara-cara 
  • Rendam kurma yang dah dibuang biji dan potong kecil kedalam segelas air 10 - 15 minit
  • campur kan kesemua bahan ke dalam blender 
  • Blend sehingga cukup rasa..hehe.

Siap untuk diminum!


Kebaikan ESP 
  • Soya Non GMO yang tidak diubah secara genetik 
  • Bekal tenaga segera agar tidak mudah letih 
  • Sebagai Milk booster
  • Memberikan rasa kenyang yang lebih lama
  • Rendah kalori 
  • Bantu ibu-ibu untuk kekal langsing
  • Bantu baiki sel kulit (bonus kulit cantik)
  • Dapat cukupkan keperluan protein seharian ibu 

Kebaikan Kurma 
  • Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
  • Kaya dengan serat dan potassium
  • Penguat memori
  • Baik untuk wanita mengandung/bersalin
  • Penawar Racun
  • Merawat penyakit
  • Mengubati gangguan usus dan sembelit
Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah Madinah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya.”

Kebaikan susu kurma 
  • Mengenyangkan, beri tenaga dan sangat sedap 
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak dan ibu mengandung untuk kekal sihat dan bertenaga 
  • Sebagai milk booster untuk ibu menyusu yang kurang susu badan.
  • Memberikan kesegaran dan tenaga kepada tubuh badan.

KENAPA PERLU DAPATKAN KURMA AJWA ASLI MADINAH (RIHURA)?
  • Kurma Ajwa Asli Madinah original dari tanah Madinah AlMunawwarah
  • Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa
  • Gred 1 (lebih tinggi dari gred A) dan Gred Premium VIP
  • Buah segar dan terbaru (handpickup dari ladang pada awal tahun 2020)
  • Kurma tidak diperam lama-lama.
  • Kualiti premium, dijamin dan terbaik
  • Saiz standard, sesuai utk kanak2, golongan tua dan muda
  • Packaging yang menarik
  • Sesuai dijadikan gift set/hadiah
  • Harga berbaloi sesuai utk tempahan bagi sedekah/doorgift dan sbgnya
  • Trusted dan dipercayai
Jika korang berminat untuk dapatkan kurma ajwa dari Rihura ni boleh terus facebook dorang tau, macam-macam size ada. 

Detail lanjut dan testimoni boleh lihat di IG (https://www.instagram.com/rihuraherbs/) dan juga Fb Pages (https://www.facebook.com/rihuraherbs/)

Nak jadi ahli shaklee klik SINI

Continue Reading