Budak baru lepas nangis kena sunat di Klinik Siti Puncak Jalil |
Alhamdulillah..selesai juga sunat kan Amyra di Klinik Siti Puncak Jalil . Tangguh punya tangguh sampai Amyra dah umur 1 tahun. Ikut kan nak sunat bayi perempuan lepas 7 hari dah boleh sunat dah. sehingga lah umur 2 tahun. Survey punya survey Klinik terdekat dengan Bandar Kinrara jumpa la Klinik Siti ni Kat Puncak Jalil. Sebab laluan dengan rumah mak Kakya. So dari Bandar Kinrara 7 tak sampai 5 minit pun. Hehe...Tapi nak boleh ke bawa Amyra tu bukan main susah. hehe.
Kos Sunat bayi perempuan di Klinik Siti Puncak Jalil Rm50.00. Call je tanya ada doktor tak untuk sunat. Ataupun boleh terus walk in. Tapi masa Kakya datang katanya doktor haritu bukan pakar dalam sunat. So kena datang keesokan harinya. Untuk lebih selamat better call dulu lah.
Sedikit info yang Kakya jumpa mengenai Sunat Bayi Perempuan
Berkhitan, berkhatan / bersunat adalah proses yang melibatkan hanya pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj. Berkhitan atau sunat bayi perempuan akan memberi manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan. Antaranya kelebihannya adalah ia menjadikan anggota kemaluan wanita lebih bersih dan dapat memelihara seseorang daripada pelbagai penyakit.Bahagian yang dipotong itu sangatlah kecil berbeza dengan proses berkhatan bagi lelaki. Masa Kakya tengok tu macam doktor guna jarum peniti je. Darah pun sikit sangat. Bila tengok luka tu macam terkena cucuk jarum lah. Amyra nangis sekejap je. Lepas tu ok je ceria macam biasa.
Prosedurnya pun sekejap sangat. sebab mudah dan cepat tak sampai 5 minit pun. Sebelum bawa anak untuk berkhatan tu, elok la ibu bapa pastikan anak dalam keadaan sihat. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ibu bapa diberitahu oleh pihak klinik supaya memakai lampin baru sebelum memulakan
Masa yang sesuai untuk bersunat bayi perempuan - Kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai sunat bayi perempuan kebiasaannya bawa selepas berpantang.
Sunat Bayi Perempuan
Cara penjagaan pula sangat mudah. Seperti menjaga luka biasa. doktor juga menekankan kebersihan terutama penukaran lampin. Sunat anak perempuan ini biasanya mengambil masa yang amat cepat untuk pulih. Lazimnya selepas ditahan dengan kapas, darah sudah tidak mengalir lagi dan anda tidak perlu risau jika bayi nampak selesa dan aktif seperti biasa.
Alhamdulillah..Akhirnya selesai juga nak sunatkan anak perempuan bongsu Kakya ni. eceh. So korang yang berdekatan dengan Puncak Jalil boleh la ke Klinik Siti. Saje kongsi kot la ada yang tercari-cari macam Kakya tempoh hari.
Salam sayang
Ajuya Rashid