11 June 2020

BILA BAYI DEMAM NAK TUMBUH GIGI

Demam seminggu dapat 2 batang gigi kat bawah, kat atas menyusul lagi 2 batang

Bayi demam nak tumbuh gigi? haa..Amyra ni la masa nak tumbuh gigi dia punya demam sampai seminggu, meragam tak sudah ingatkan demam sebab apa, dah la musim covid 19, musim PKP. Risau dibuat nya. Selama setahun ni memang dia tak pernah demam teruk macam tu. Sampai la Kakya perasan setiap kali dia menangis atau meragam dia akan gosok-gosok gusi dia, air liur pun meleleh sebab tak nak telan air liur. Seminggu jugak la tak makan. Rupa-rupanya nak tumbuh gigi.

Amyra ni kira kategori lambat jugak la tumbuh gigi, sebab umur dekat setahun baru tumbuh gigi. Bayi boleh tumbuh gigi seawal usia 5 bulan, anak Kakya yang paling lambat tumbuh gigi ialah anak yang ketiga, 1 tahun 3 bulan baru tumbuh. Mommy kalau nak tau bayi korang demam sebab nak tumbuh gigi boleh tengok tanda-tanda ni

  1. Air liur meleleh dengan banyak - apabila gusi telah dirangsang dengan gigi yang sedang tumbuh air liur bayi akan mulai banyak
  2. Kulit naik gatal-gatal kemerahan - disebabkan muka dan leher bayi sentiasa lembab sebab air liur banyak, gatal-gatal kemerahan mula muncul pada kulit si manja. Kadang-kadang ia muncul dalam bentuk kulit menggelupas
  3. Menggigit - Disebabkan rasa gusi yang tidak selesa atau gatal, mereka akan mula menggigit apa sahaja boleh dimasukkan de dalam mulut akan digigitnya termasuklah puting ibu.
  4. Pendarahan dibawah gusi atau hematoma - Pendarahan di bawah kulit pada gusi atau kematoma juga mungkin berlaku. Keadaan ini akan kelihatan seperti gusi kebiru-biruan dan bengkak.
  5. Demam - Isi salah satu tanda yang paling biasa terjadi. Demam biasa yang tidak terlalu panas kerana bayi tumbuh gigi. Tetapi sekiranga demam itu berlanjutan lebih dari 3 hari, dapatkan pemeriksann lanjut.
  6. Cirit-birit - cirit birit yang tidak serius boleh terjadi kerana menelan air liur yang terlalu banyak ketika bayi tumbuh gigi. Namun sekiranya cirit birit berlanjutan dengan terlalu banya dan lama, bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut

So mommy dah tau tanda-tanda bayi demam nak tumbuh gigi boleh la tengok kan bayi ye, antara di atas ni semua ada kat Amyra masa demam tu, hari ke 6 demam husband dah ajak pergi klinik lagi sekali, Kakya ada tunggu esok macam mana. Alhamdulillah hari ketujuh dah cergas balik walaupun gusi bengkak. Hehe. macam tu la ragam bila bayi demam nak tumbuh gigi, mak mak pun terkesan sekali sebab melayan kerenah budak demam. 

Sekian, Salam sayang 
Ajuya Rashid


2 comments:

  1. OOo.deman pun ia juga ye. Thanks for info ye

    ReplyDelete
  2. Anak saya juga sama.. nak tumbuh gigi akan batuk dan tak lalu makan..sedihnya

    ReplyDelete