02 March 2020

RESV SHAKLEE

Res V Shaklee

ResV adalah campuran proprietari semula jadi polifenol dan ekstrak botani dari Anggur Muscadine, Knotweed Jepun, Pati Anggur, Delima, Chebulic Myrobalan, Black Currant, Anggur Merah dan Lobak Ungu. Setiap kandungan di dalam ResV dipilih dan diekstrak dengan teliti. Proses pengekstrakan yang dipatenkan ini mengekalkan bioaktif polifenol. Campuran polifenol unik ini telah terbukti melalui pelbagai kajian klinikal memberikan kesan positif terhadap proses penuaan sel. Apa yang anda perolehi adalah manfaat polifenol di dalam setiap softgel.

Kajian santifik menunjukkan bahawa amalan diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan, bagi jangka masa panjang memberikan perlindungan terhadap risiko kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, osteoporosis dan penyakit neurodegeneratif.

MANFAAT RESV

  1. Kulit Sihat - Melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas. Meningkatkan penghasilan kolagen17 dan mengurangkan garis halus serta kedutan.
  2. Peredaran Darah Yang Sihat - Mengurangkan keradangan kronik, yang menjadi punca utama penyakit jantung serta menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol LDL (jahat) dan meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik).
  3. Tahap gula Darah Yang Sihat - Menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekaan insulin
  4. Menyokong Detoks Yang Berkesan  - Meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, dan mengurangkan kematian sel pada hati9 dan menyerupai kesan positif berpuasa atau diet rendah kalori, yang boleh membantu menurunkan berat badan
  5. Fungsi Otak Yang Sihat - Pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu11 meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental ringan. Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan daya tumpuan
  6. Meningkatkan Tenaga dan kekuatan Otot - Mempercepatkan penghasilan mitokondria, penjana utama tenaga badan anda. Ia juga meningkatkan jisim otot dan penghasilan semula otot dikalangan individu yang berusia, terutamanya apabila diamalkan bersama dengan senaman
  7. Perkembangan Sel Yang Sihat - Polifenol adalah salah satu daripada sebatian untuk mengurangkan risiko kanser kerana ia dipercayai menghalang pertumbuhan dan perkembangan pelbagai sel-sel kanser
  8. Memelihara dan menyokong Kesihatan Sendi - Mengelakkan penipisan dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi
Sel sihat apabila anda sihat, ia menghasilkan sel-sel yang lebih sihat, membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih baik. Walaubagaimanapun, penuaan dan gaya hidup tidak sihat menyebabkan sel-sel merosot, menjejaskan kesihatan. iaitu 
  1. Melemahkan pertahanan semulajadi sel 
  2. Merendahkan tenaga sel
  3. Merosakkan DNA
  4. Mengurangkan prestasi sel
  5. Melemahkan integriti dan jangka hayat sel
Polifenol - Nutrien penting untuk sel sihat 
  1. Melindungi dan memperbaiki DNA untuk mengelakkan telomere menjadi pendek.
  2. Meningkatkan tenaga sel dengan meningkatkan  penghasilan mitokondria iaitu Pengeluar tenaga badan.
  3. Meningkatkan daya tahn sel dengan mengurangkan keradangan, radikal bebas dan toksin dalam sel-sel.
  4. Meningkatkan fungsi sel dengan melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel tubuh yang boleh menyebabkan penuaan sel.
Bukti klinikal Polifenol Membantu telomere daripada memendek

Harga Res V Shaklee
RESV SHAKLEE
HARGA PASARAN RM510.00
HARGA AHLI RM408.00 (PERCUMA KEAHLIAN) 


Baca juga 


Yang benar,
Ajuya Rashid 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
012-6102263





Continue Reading

01 March 2020

3 CARA MUDAH NAK JADI AHLI SHAKLEE



cara nak jadi ahli shaklee
CARA JADI AHLI SHAKLEE
Korang bermula bulan Mac ni yuran untuk sesiapa yang nak daftar atau jadi ahli Shaklee cuma Rm35.00 sahaja tau. Murah ke murah? Gila tak murah berbanding dengan sebelum ni korang kena bayar Rm65.00 tau. Bukan korang la, Masa Kakya daftar..haha. Sini Kakya share 3 cara mudah dan murah nak jadi ahli shaklee.
Cara Jadi Ahli Shaklee 1



Cara Jadi Ahli Shaklee 2

  • Beli mana-mana produk dengan belian Rm400.00 anda layak untuk dapat keahlian percuma iaitu 100uv keatas. 

Cara Jadi Ahli Shaklee 3

  • Beli mana-mana Set Jom Shaklee di bawah terus dapat keahlian percuma shaklee dan nikmati harga produk shaklee jimat sehingga 10%. 
  • Set 1 - Set Prenatal (set hamil) - Rm438.30
  • Set 2 - Set Postnatal (Set lepas bersalin / set meyusu) - Rm479.70
  • Set 3 - Set Daily Essential (Set kesihatan harian) - Rm736.20
  • Set 4 - Set Youth Skincare - Rm612.00

Jadi ahli shaklee dengan set jom shaklee

Ok itu sahaja cara nak jadi ahli shaklee, mudah dan murahkan tu. yang memang berniat atau berminat untuk jadi ahli shaklee tu ambil peluang ni untuk daftar ye. Jadi ahli shaklee ni tak semesti nya nak berniaga, jadi ahli untuk makan sendiri pun boleh nak buat bisnes macam Kakya lagi la dialu-alukan. ihikk..No problem punya Kakya boleh beri tunjuk ajar. Ala sambil-sambil online, sambil-sambil update blog tu apa salah nya selit sikit produk Shaklee. 

Kalau tak faham dan perlukan maklumat lanjut boleh hubungi Kakya menerusi whatsapp ye..klik je kat icon whatsapp tu. Kakya bantu korang untuk daftar jadi ahli shaklee dan daptkan produk shaklee dengan mudah.

Klik untuk Cara Daftar Ahli Shaklee Secara Online

Yang benar,
Ajuya Rashid 
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
012-6102263




Continue Reading

29 February 2020

CARA JAGA LUKA SELEPAS BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

cara jaga luka lepas bersalin
Beberapa hari lepas Kakya ada dapat seorang customer yang bertanyakan set bersalin secara pembedahan. Katanya dah lebih 2 minggu tapi luka pembedahan selepas bersalin tu lambat sembuh. Alahai kesian nya dengar.

Kakya juga berpengalaman bersalin secara c-section iaitu anak pertama pada 11 tahun yang lepas. Lama dah tu..Masa tu pun tak jumpa Shaklee lagi tau. Jadi sedikit sebanyak boleh la kongsi pengalaman jaga luka selepas bersalin secara pembedahan atau operate.

Bila kita melahirkan bayi melalui kaedah pembedahan (caeserean section) mengalami luka yang banyak diluar kulit bawah abdomen dan juga didalam badan iaitu rahim. Jadi proses penyembuhan adalah lebih lama dan perlukan perjagaan yang lebih terperinci. Sini Kakya kongsikan cara jaga luka selepas bersalin secara pembedahan.

  1. Selepas sahaja dah habis ubat bius, rasa bertenaga dan boleh bangun dari katil mulakan berjalan perlahan-lahan.
  2. Letakkan bantal kecil dibawah luka pembedahan apabila batuk, bersin, ketawa, atau semasa memangku bayi
  3. Makan makanan yang lembut dan tidak terlalu berat untuk mengelakkan angin 
  4. Minum air suam kerap dan banyak. (elakkan air sejuk atau terlalu panas)
  5. Gunakan bengkung khas yang direka untuk ibu selepas pembedahan.
  6. Jangan mengangkat benda berat selain bayi anda.
  7. Makan makanan seimbang dengan banyakkan buah-buahan segar, sayur dan bijirin bagi memastikan pembuangan air yang lawas.
  8. Banyakkan baring terlentang ( lay flat on your bed) dan letakkan bantal di bawah luka anda.
  9. Pembedahan c-section menyebabkan bayi anda tidak mendapat bakteria baik di laluan kelahiran ibu ( birth canal), jadi amat penting untuk ibu meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif
  10. Makan makanan yang kaya dengan vitamin c (buah oren) dan zinc (ikan haruan) untuk bantu mempercepatkan luka pembedahan.
  11. Sentiasa pastikan luka sentiasa kering. Lap guna tisu bersih selepas mandi atau berpeluh dalam keadaan baring. (Kakya guna tisu tebal tisu dapur orang panggil..elakkan dari melekat kat tempat luka)
  12. Kurangkan bergerak bahagian perut atau beri tekanan bahagian perut. 

Itu sahajalah setakat yang Kakya ingat. Hehe..apa-apa pun kena pastikan luka sentiasa kering atau jangan letak apa-apa ubat atau minyak di luka tersebut bagi mengelakkan lebih mudarat. Dengar cakap doktor. Hehe

Produk Shaklee yang membantu sembuhkan luka selepas bersalin secara pembedahan

Lepas bersalin seeloknya dapatkan supplemen untuk menpercepatkan pemulihan tenaga dan juga luka. Kalau nak cuba Set bersalin shaklee sini ada Kakya kongsikan kebaikan berpantang dengan set ini.


set bersalin pembedahan

Oh ye..Sekarang sedang berlangsung promosi Set postnatal ataupun set selepas bersalin ini. Sangat sesuai untuk bersalin secara normal atau pun pembedahan. 
  • Mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin sama ada secara normal atau ceaser
  • Meningkatkan susu ibu
  • Memberikan tenaga berpanjangan
  • Memulihkan libido (untuk fungsi keintiman)
  • Melindungi rambut dan kuku ibu
  • Membentuk kontur tubuh menawan
  • Meningkat imuniti ibu dan bayi
  • Mengurangkan kesan strechmark 
  • Membuang toksin dari badan 
  • Mencantik dan menganjalkan kulit
  • Menurunkan berat badan 
Sangat disyorkan untuk ambil set promosi ni tau. Jimat sangat sehingga 10% dari harga asal. Juga korang layak dapat keahlian percuma Shaklee dan penghantaran percuma hingga ke rumah anda. Roger Kakya untuk order ye 



Yang ikhlas, 

Ajuya Rashid
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Continue Reading

28 February 2020

SEKITAR BUSINESS LEADER NATIONAL CONFERENCE SHAKLEE 2020


Hari Sabtu lepas Alhamdulillah Kakya berjaya menghadirkan diri ke Business Leader National Conference Shaklee 2020. Yang mana ia adalah salah satu event Shaklee yang menjemput semua leader shaklee yang effective (Distributor yang mengekalkan jualan Rm10,000 sebulan dan keatas).

Event ni bermula dari pukul 9.30 pagi hinnga 5.30 petang. So sini Kakya nak kongsi kan gambar-gambar sepanjang event berlangsung. Boleh la tengok kalau sudi. Sangat memberi inspirasi dan bersemangat. Dah balik pun masih terngiang-ngiang gitu.

Pendaftaran..sampai lambat tak payah beratur dah. Hehe.

Masa daftar dapat supplement Bcomplex, Omega Guard, Vitamin C dan Coq-Trol Plus. Lepass breakfast je terus ngap. Elakkan lemau-lemau kat dalam conference. Ihiks
Memandangkan sekarang musim virus Shaklee ambil inisiatif untuk hidangkan makanan secara individual pack. Jadi dapat la elak dari virus tersebar. Takde buffet pun tak apa lah. Kita bukan datang nak makan. Ini pun sudah mencukupi untuk alas perut. Dim sum tu sedappp..hehe.

Bermula dengan Video Mesej dari presiden Shaklee iaitu Mr. Roger Barnet. Lepas tu ucapan dari presiden shaklee malaysia. Banyak yang beliau bentangkan tentang plan dan usaha shaklee untuk bantu para pengedar nya meningkatkan jualan. Antaranya ialah :-

Label baru ESP kesayangan ramai. 
  1. Label baru produk Shaklee termasuk logo halal dibotol
  2. Yuran pendaftaran ahli Shaklee diturunkan kepada Rm35.00 woww
  3. New E-Starter Kit
  4. Mama Club Nutrition
  5. Free renewal 
  6. New retail store
  7. Promosi Produk Youth
  8. Pelancaran produk baru ResV 
Dan banyak lagi input-input menarik serta memberi motivasi untuk terus buat bisnes Shaklee ni. Ramai yang tak tau sebenarnya Shaklee adalah satu peluang bisnes untuk semua orang. 

Pelancaran produk baru ResV..Meriah sangat belon-belon ni ada kertas cabutan bertuah tau, lepas dipecahkan masing-masing akan dapat surprise gift. Yang paling bertuah dapat Vivix dan juga ResV..Huhu Kakya? Dapat pillbox je. hahaha. Suka la korang kan.


Harusla posing kat booth yang ada kan..Ini lah dia produk baru ResV tu. Inovasi dari Vivix dan lebih power 30% dari Vivix So korang jangan lupa order. hehe..Bulan depan Mac dah start jual dah. Siap ada promo pengenalan. Haa time ni lah nak cuba. Nanti Kakya buat entry untuk ResV ye.

Makan tengahari yang disediakan.. Nasi + sayur brokoli + Ikan + ayam kari + salad + kek coklat 
Gambar kenangan bersama Team Maestro. Upline kepada Upline Kakya. Kami bergerak 1 team..dan Kami semua adalah suri rumah yang memegang bonus 4 angka. Manakala Master Nadiah bonus 5 angka. 

Bersama upline Kakya juga kawan baik dari zaman Universiti. Beliau lah yang bertanggungjawab mengheret Kakya terjerumus dalam bisnes Shaklee yang best ni. Kalau tak cuba dulu mesti tak tau kan. Tapi Kakya ni tak sempat dia ajak pun. Kakya dah offer diri sendiri nak buat bisnes macam dia. Ahaks Sebab tu la Kakya kat sini sekarang. Alhamdulillah
Bersama President Master..pangkat onyang Kakya dalam Shaklee. Umur sama dengan Kakya 35 tahun tapi jutawan senyap. Kebetulan pulak sedondon tema kita ye. Hehe. Beliau ada seorang SLE Fighters. Asbab Shaklee beliau kekal sihat dan tetap bersemangat dalam bisnes hingga berjaya mencapai income 6 angka sebulan. Kalau tengok dia memang tak sangka beliau ada lah SLE fighter.
Shaklee tak sah kalau takde buah tangan. So ini lah dia penutup acara tempoh hari. Hehe. Goodies Bag yang comel tu beserta isi yang bernilai hampir Rm800.00. Produk Youth Skincare sahaja dah Rm600.00 Sukaaaa sangat. Thermos comel tu sempena pelancaran produk baru ResV. Jeles takkk? 

Alhamdulillah..dapat juga Kakya hadir ke Business Leader Natinal Conference 2020. Seronok sekali sekala rasa dihargai sebagai barisan Leader yang memimpin anak-anak Shaklee ataupun Downline. Besar amanat Kakya untuk bantu mereka berjaya seperti kami dan Master-master lain. Bisnes yang paling dicintai. Shaklee adalah bisnes sendiri. Kita yang bertanggungjawab keatas setiap yang berlaku kepada bonus kita. Korang kalau rasa nak bersama-sama Kakya dalam bisnes Shaklee jangan segan-segan tau. Banyak cara nak buat duit dari rumah sekarang. Jangan terhad kan kebolehan diri. See you at the top. ;-)



Yang Ikhlas
Ajuya Rashid
Leader Shaklee
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
012-6102263
Continue Reading

26 February 2020

ESP SHAKLEE UNTUK KEHAMILAN DAN PENYUSUAN YANG LEBIH SIHAT

susu ibu mengandung
ESP SHAKLEE (Energizing Soy Protein mengandungi protein soya berkualiti berasaskan tumbuhan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat serta menyokong perjalanan penyusuan ibu dan kehamilan.

Pertumbuhan janin yang sihat
  • Memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu dan organ bayi kerana protein adalah seperti blok yang membina badan. adalah penting bagi bayi mendapatkan protein yang cukup terutama pada trimester kedua dan ketiga untuk menyokong pertumbuhan pesat bayi yang boleh menentukan kesihatan bayi.
  • Kaya dengan kalsium, mineral penting dalam pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.
Bekalan Susu Ibu Yang Mencukupi
  • Sebagai protein yang berkualiti untuk memenuhi keperluan protein ibu yang menyusu bayi untuk menggalakkan penghasilan susu ibu yang berterusan bagi pertumbuhan optimum bayi
  • Sebagai alternatif yang lebih sihat untuk ibu menyusu menguruskan berat badan kerana ia meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan lemak badan, memastikan komposisi badan anda lebih sihat
Kehamilan yang lebih sihat dan bertenaga
  • Mengandungi jumlah protein dan karbohidrat yang ideal untuk memenuhi keperluan pemakanan anda yang semakin meningkat. Ia juga membekalkan tenaga yang lebih lama untuk anda lebih aktif sepanjang kehamilan
Memberikan Tenaga yang berterusan dengan protein berkualiti tinggi berasaskan tumbuhan 
  • Membekalkan 14 gram protein Indeks Glisemik Rendah.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan dan kualiti protein yang tertinggi.
  • Membekalkan 9 asid amino perlu
  • Kaya dengan kalsium
  • Tanpa kolesterol
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol
Harga esp shaklee
ESP SHAKLEE
HARGA : Rm161.00
Jika anda atau mengenali mereka yang memerlukan ESP Shaklee ni untuk mendapatkan kehamilan dan penyusuan yang sihat boleh la hubungi Kakya ye. 

Wow beli 3 tong esp shaklee dapat percuma keahlian shaklee

Yang benar
Ajuya Rashid
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara


Continue Reading