Showing posts with label Set Bersalin pembedahan shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Bersalin pembedahan shaklee. Show all posts

29 February 2020

CARA JAGA LUKA SELEPAS BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

cara jaga luka lepas bersalin
Beberapa hari lepas Kakya ada dapat seorang customer yang bertanyakan set bersalin secara pembedahan. Katanya dah lebih 2 minggu tapi luka pembedahan selepas bersalin tu lambat sembuh. Alahai kesian nya dengar.

Kakya juga berpengalaman bersalin secara c-section iaitu anak pertama pada 11 tahun yang lepas. Lama dah tu..Masa tu pun tak jumpa Shaklee lagi tau. Jadi sedikit sebanyak boleh la kongsi pengalaman jaga luka selepas bersalin secara pembedahan atau operate.

Bila kita melahirkan bayi melalui kaedah pembedahan (caeserean section) mengalami luka yang banyak diluar kulit bawah abdomen dan juga didalam badan iaitu rahim. Jadi proses penyembuhan adalah lebih lama dan perlukan perjagaan yang lebih terperinci. Sini Kakya kongsikan cara jaga luka selepas bersalin secara pembedahan.

  1. Selepas sahaja dah habis ubat bius, rasa bertenaga dan boleh bangun dari katil mulakan berjalan perlahan-lahan.
  2. Letakkan bantal kecil dibawah luka pembedahan apabila batuk, bersin, ketawa, atau semasa memangku bayi
  3. Makan makanan yang lembut dan tidak terlalu berat untuk mengelakkan angin 
  4. Minum air suam kerap dan banyak. (elakkan air sejuk atau terlalu panas)
  5. Gunakan bengkung khas yang direka untuk ibu selepas pembedahan.
  6. Jangan mengangkat benda berat selain bayi anda.
  7. Makan makanan seimbang dengan banyakkan buah-buahan segar, sayur dan bijirin bagi memastikan pembuangan air yang lawas.
  8. Banyakkan baring terlentang ( lay flat on your bed) dan letakkan bantal di bawah luka anda.
  9. Pembedahan c-section menyebabkan bayi anda tidak mendapat bakteria baik di laluan kelahiran ibu ( birth canal), jadi amat penting untuk ibu meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif
  10. Makan makanan yang kaya dengan vitamin c (buah oren) dan zinc (ikan haruan) untuk bantu mempercepatkan luka pembedahan.
  11. Sentiasa pastikan luka sentiasa kering. Lap guna tisu bersih selepas mandi atau berpeluh dalam keadaan baring. (Kakya guna tisu tebal tisu dapur orang panggil..elakkan dari melekat kat tempat luka)
  12. Kurangkan bergerak bahagian perut atau beri tekanan bahagian perut. 

Itu sahajalah setakat yang Kakya ingat. Hehe..apa-apa pun kena pastikan luka sentiasa kering atau jangan letak apa-apa ubat atau minyak di luka tersebut bagi mengelakkan lebih mudarat. Dengar cakap doktor. Hehe

Produk Shaklee yang membantu sembuhkan luka selepas bersalin secara pembedahan

Lepas bersalin seeloknya dapatkan supplemen untuk menpercepatkan pemulihan tenaga dan juga luka. Kalau nak cuba Set bersalin shaklee sini ada Kakya kongsikan kebaikan berpantang dengan set ini.


set bersalin pembedahan

Oh ye..Sekarang sedang berlangsung promosi Set postnatal ataupun set selepas bersalin ini. Sangat sesuai untuk bersalin secara normal atau pun pembedahan. 
  • Mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin sama ada secara normal atau ceaser
  • Meningkatkan susu ibu
  • Memberikan tenaga berpanjangan
  • Memulihkan libido (untuk fungsi keintiman)
  • Melindungi rambut dan kuku ibu
  • Membentuk kontur tubuh menawan
  • Meningkat imuniti ibu dan bayi
  • Mengurangkan kesan strechmark 
  • Membuang toksin dari badan 
  • Mencantik dan menganjalkan kulit
  • Menurunkan berat badan 
Sangat disyorkan untuk ambil set promosi ni tau. Jimat sangat sehingga 10% dari harga asal. Juga korang layak dapat keahlian percuma Shaklee dan penghantaran percuma hingga ke rumah anda. Roger Kakya untuk order ye 



Yang ikhlas, 

Ajuya Rashid
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
Continue Reading