28 February 2020

SEKITAR BUSINESS LEADER NATIONAL CONFERENCE SHAKLEE 2020


Hari Sabtu lepas Alhamdulillah Kakya berjaya menghadirkan diri ke Business Leader National Conference Shaklee 2020. Yang mana ia adalah salah satu event Shaklee yang menjemput semua leader shaklee yang effective (Distributor yang mengekalkan jualan Rm10,000 sebulan dan keatas).

Event ni bermula dari pukul 9.30 pagi hinnga 5.30 petang. So sini Kakya nak kongsi kan gambar-gambar sepanjang event berlangsung. Boleh la tengok kalau sudi. Sangat memberi inspirasi dan bersemangat. Dah balik pun masih terngiang-ngiang gitu.

Pendaftaran..sampai lambat tak payah beratur dah. Hehe.

Masa daftar dapat supplement Bcomplex, Omega Guard, Vitamin C dan Coq-Trol Plus. Lepass breakfast je terus ngap. Elakkan lemau-lemau kat dalam conference. Ihiks
Memandangkan sekarang musim virus Shaklee ambil inisiatif untuk hidangkan makanan secara individual pack. Jadi dapat la elak dari virus tersebar. Takde buffet pun tak apa lah. Kita bukan datang nak makan. Ini pun sudah mencukupi untuk alas perut. Dim sum tu sedappp..hehe.

Bermula dengan Video Mesej dari presiden Shaklee iaitu Mr. Roger Barnet. Lepas tu ucapan dari presiden shaklee malaysia. Banyak yang beliau bentangkan tentang plan dan usaha shaklee untuk bantu para pengedar nya meningkatkan jualan. Antaranya ialah :-

Label baru ESP kesayangan ramai. 
  1. Label baru produk Shaklee termasuk logo halal dibotol
  2. Yuran pendaftaran ahli Shaklee diturunkan kepada Rm35.00 woww
  3. New E-Starter Kit
  4. Mama Club Nutrition
  5. Free renewal 
  6. New retail store
  7. Promosi Produk Youth
  8. Pelancaran produk baru ResV 
Dan banyak lagi input-input menarik serta memberi motivasi untuk terus buat bisnes Shaklee ni. Ramai yang tak tau sebenarnya Shaklee adalah satu peluang bisnes untuk semua orang. 

Pelancaran produk baru ResV..Meriah sangat belon-belon ni ada kertas cabutan bertuah tau, lepas dipecahkan masing-masing akan dapat surprise gift. Yang paling bertuah dapat Vivix dan juga ResV..Huhu Kakya? Dapat pillbox je. hahaha. Suka la korang kan.


Harusla posing kat booth yang ada kan..Ini lah dia produk baru ResV tu. Inovasi dari Vivix dan lebih power 30% dari Vivix So korang jangan lupa order. hehe..Bulan depan Mac dah start jual dah. Siap ada promo pengenalan. Haa time ni lah nak cuba. Nanti Kakya buat entry untuk ResV ye.

Makan tengahari yang disediakan.. Nasi + sayur brokoli + Ikan + ayam kari + salad + kek coklat 
Gambar kenangan bersama Team Maestro. Upline kepada Upline Kakya. Kami bergerak 1 team..dan Kami semua adalah suri rumah yang memegang bonus 4 angka. Manakala Master Nadiah bonus 5 angka. 

Bersama upline Kakya juga kawan baik dari zaman Universiti. Beliau lah yang bertanggungjawab mengheret Kakya terjerumus dalam bisnes Shaklee yang best ni. Kalau tak cuba dulu mesti tak tau kan. Tapi Kakya ni tak sempat dia ajak pun. Kakya dah offer diri sendiri nak buat bisnes macam dia. Ahaks Sebab tu la Kakya kat sini sekarang. Alhamdulillah
Bersama President Master..pangkat onyang Kakya dalam Shaklee. Umur sama dengan Kakya 35 tahun tapi jutawan senyap. Kebetulan pulak sedondon tema kita ye. Hehe. Beliau ada seorang SLE Fighters. Asbab Shaklee beliau kekal sihat dan tetap bersemangat dalam bisnes hingga berjaya mencapai income 6 angka sebulan. Kalau tengok dia memang tak sangka beliau ada lah SLE fighter.
Shaklee tak sah kalau takde buah tangan. So ini lah dia penutup acara tempoh hari. Hehe. Goodies Bag yang comel tu beserta isi yang bernilai hampir Rm800.00. Produk Youth Skincare sahaja dah Rm600.00 Sukaaaa sangat. Thermos comel tu sempena pelancaran produk baru ResV. Jeles takkk? 

Alhamdulillah..dapat juga Kakya hadir ke Business Leader Natinal Conference 2020. Seronok sekali sekala rasa dihargai sebagai barisan Leader yang memimpin anak-anak Shaklee ataupun Downline. Besar amanat Kakya untuk bantu mereka berjaya seperti kami dan Master-master lain. Bisnes yang paling dicintai. Shaklee adalah bisnes sendiri. Kita yang bertanggungjawab keatas setiap yang berlaku kepada bonus kita. Korang kalau rasa nak bersama-sama Kakya dalam bisnes Shaklee jangan segan-segan tau. Banyak cara nak buat duit dari rumah sekarang. Jangan terhad kan kebolehan diri. See you at the top. ;-)



Yang Ikhlas
Ajuya Rashid
Leader Shaklee
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
012-6102263

1 comment:

  1. Alhamdulillah Kak Ya.

    Effektif leader Shaklee 👏👏💜

    Makanan yang Shaklee sediakan tu sedap² belaka woihh. Siap bagi supplemen lagi. Hehehe.

    Wahh, bulan 3 ada produk baru! Register ahli pun fee dia turun banyak!🤗

    Jeles betul tengok dapat gift Youth goodies semua tu. Jeles yang baik² untuk lebih semangat 💪💜

    ReplyDelete