28 February 2020

SEKITAR BUSINESS LEADER NATIONAL CONFERENCE SHAKLEE 2020


Hari Sabtu lepas Alhamdulillah Kakya berjaya menghadirkan diri ke Business Leader National Conference Shaklee 2020. Yang mana ia adalah salah satu event Shaklee yang menjemput semua leader shaklee yang effective (Distributor yang mengekalkan jualan Rm10,000 sebulan dan keatas).

Event ni bermula dari pukul 9.30 pagi hinnga 5.30 petang. So sini Kakya nak kongsi kan gambar-gambar sepanjang event berlangsung. Boleh la tengok kalau sudi. Sangat memberi inspirasi dan bersemangat. Dah balik pun masih terngiang-ngiang gitu.

Pendaftaran..sampai lambat tak payah beratur dah. Hehe.

Masa daftar dapat supplement Bcomplex, Omega Guard, Vitamin C dan Coq-Trol Plus. Lepass breakfast je terus ngap. Elakkan lemau-lemau kat dalam conference. Ihiks
Memandangkan sekarang musim virus Shaklee ambil inisiatif untuk hidangkan makanan secara individual pack. Jadi dapat la elak dari virus tersebar. Takde buffet pun tak apa lah. Kita bukan datang nak makan. Ini pun sudah mencukupi untuk alas perut. Dim sum tu sedappp..hehe.

Bermula dengan Video Mesej dari presiden Shaklee iaitu Mr. Roger Barnet. Lepas tu ucapan dari presiden shaklee malaysia. Banyak yang beliau bentangkan tentang plan dan usaha shaklee untuk bantu para pengedar nya meningkatkan jualan. Antaranya ialah :-

Label baru ESP kesayangan ramai. 
  1. Label baru produk Shaklee termasuk logo halal dibotol
  2. Yuran pendaftaran ahli Shaklee diturunkan kepada Rm35.00 woww
  3. New E-Starter Kit
  4. Mama Club Nutrition
  5. Free renewal 
  6. New retail store
  7. Promosi Produk Youth
  8. Pelancaran produk baru ResV 
Dan banyak lagi input-input menarik serta memberi motivasi untuk terus buat bisnes Shaklee ni. Ramai yang tak tau sebenarnya Shaklee adalah satu peluang bisnes untuk semua orang. 

Pelancaran produk baru ResV..Meriah sangat belon-belon ni ada kertas cabutan bertuah tau, lepas dipecahkan masing-masing akan dapat surprise gift. Yang paling bertuah dapat Vivix dan juga ResV..Huhu Kakya? Dapat pillbox je. hahaha. Suka la korang kan.


Harusla posing kat booth yang ada kan..Ini lah dia produk baru ResV tu. Inovasi dari Vivix dan lebih power 30% dari Vivix So korang jangan lupa order. hehe..Bulan depan Mac dah start jual dah. Siap ada promo pengenalan. Haa time ni lah nak cuba. Nanti Kakya buat entry untuk ResV ye.

Makan tengahari yang disediakan.. Nasi + sayur brokoli + Ikan + ayam kari + salad + kek coklat 
Gambar kenangan bersama Team Maestro. Upline kepada Upline Kakya. Kami bergerak 1 team..dan Kami semua adalah suri rumah yang memegang bonus 4 angka. Manakala Master Nadiah bonus 5 angka. 

Bersama upline Kakya juga kawan baik dari zaman Universiti. Beliau lah yang bertanggungjawab mengheret Kakya terjerumus dalam bisnes Shaklee yang best ni. Kalau tak cuba dulu mesti tak tau kan. Tapi Kakya ni tak sempat dia ajak pun. Kakya dah offer diri sendiri nak buat bisnes macam dia. Ahaks Sebab tu la Kakya kat sini sekarang. Alhamdulillah
Bersama President Master..pangkat onyang Kakya dalam Shaklee. Umur sama dengan Kakya 35 tahun tapi jutawan senyap. Kebetulan pulak sedondon tema kita ye. Hehe. Beliau ada seorang SLE Fighters. Asbab Shaklee beliau kekal sihat dan tetap bersemangat dalam bisnes hingga berjaya mencapai income 6 angka sebulan. Kalau tengok dia memang tak sangka beliau ada lah SLE fighter.
Shaklee tak sah kalau takde buah tangan. So ini lah dia penutup acara tempoh hari. Hehe. Goodies Bag yang comel tu beserta isi yang bernilai hampir Rm800.00. Produk Youth Skincare sahaja dah Rm600.00 Sukaaaa sangat. Thermos comel tu sempena pelancaran produk baru ResV. Jeles takkk? 

Alhamdulillah..dapat juga Kakya hadir ke Business Leader Natinal Conference 2020. Seronok sekali sekala rasa dihargai sebagai barisan Leader yang memimpin anak-anak Shaklee ataupun Downline. Besar amanat Kakya untuk bantu mereka berjaya seperti kami dan Master-master lain. Bisnes yang paling dicintai. Shaklee adalah bisnes sendiri. Kita yang bertanggungjawab keatas setiap yang berlaku kepada bonus kita. Korang kalau rasa nak bersama-sama Kakya dalam bisnes Shaklee jangan segan-segan tau. Banyak cara nak buat duit dari rumah sekarang. Jangan terhad kan kebolehan diri. See you at the top. ;-)



Yang Ikhlas
Ajuya Rashid
Leader Shaklee
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
012-6102263
Continue Reading

26 February 2020

ESP SHAKLEE UNTUK KEHAMILAN DAN PENYUSUAN YANG LEBIH SIHAT

susu ibu mengandung
ESP SHAKLEE (Energizing Soy Protein mengandungi protein soya berkualiti berasaskan tumbuhan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat serta menyokong perjalanan penyusuan ibu dan kehamilan.

Pertumbuhan janin yang sihat
  • Memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu dan organ bayi kerana protein adalah seperti blok yang membina badan. adalah penting bagi bayi mendapatkan protein yang cukup terutama pada trimester kedua dan ketiga untuk menyokong pertumbuhan pesat bayi yang boleh menentukan kesihatan bayi.
  • Kaya dengan kalsium, mineral penting dalam pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.
Bekalan Susu Ibu Yang Mencukupi
  • Sebagai protein yang berkualiti untuk memenuhi keperluan protein ibu yang menyusu bayi untuk menggalakkan penghasilan susu ibu yang berterusan bagi pertumbuhan optimum bayi
  • Sebagai alternatif yang lebih sihat untuk ibu menyusu menguruskan berat badan kerana ia meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan lemak badan, memastikan komposisi badan anda lebih sihat
Kehamilan yang lebih sihat dan bertenaga
  • Mengandungi jumlah protein dan karbohidrat yang ideal untuk memenuhi keperluan pemakanan anda yang semakin meningkat. Ia juga membekalkan tenaga yang lebih lama untuk anda lebih aktif sepanjang kehamilan
Memberikan Tenaga yang berterusan dengan protein berkualiti tinggi berasaskan tumbuhan 
  • Membekalkan 14 gram protein Indeks Glisemik Rendah.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan dan kualiti protein yang tertinggi.
  • Membekalkan 9 asid amino perlu
  • Kaya dengan kalsium
  • Tanpa kolesterol
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol
Harga esp shaklee
ESP SHAKLEE
HARGA : Rm161.00
Jika anda atau mengenali mereka yang memerlukan ESP Shaklee ni untuk mendapatkan kehamilan dan penyusuan yang sihat boleh la hubungi Kakya ye. 

Wow beli 3 tong esp shaklee dapat percuma keahlian shaklee

Yang benar
Ajuya Rashid
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara


Continue Reading

21 February 2020

TESTIMONI ESP SHAKLEE ELAK PERUT PEDIH

ESP SHAKLEE UNTUK ELAK PERUT PEDIH

Hai korang , harini Kakya nak share testimoni customer Kakya sorang ni beliau memang selalu repeat order ESP Shaklee dengan Kakya. Tiba-tiba hari tu dia repeat order tapi order 2 botol. Kakya pun saja la tanya kenapa sampai 2 botol harini ni. Oh nak bagi kat saudara yang dah berusia katanya sebagai buah tangan. Ye la kakya (tersama pulak nama..hehe) ni suka minum ESP sebab bila lapar tak sempat nak makan apa-apa shake je ESP Shaklee tu boleh la rasa selesa sikit perut. dah tak pedih sangat. tu ingat nak bagi orang tua kan tak ada selera makan harap jugak dia minum ni boleh buat perut mereka tak pedih. 

Perut pedih bila lapar ni selalu nya dikaitkan dengan gastrik. Tapi belum tahap gastrik lagi. Mild la kot..hehe main kot kot pulak. Ye la semua orang dapat rasa kan macam mana kalau lapar. Tapi tak sempat nak makan apa-apa. So solusi dia shake je la ESP. Sementara nak masak nasi tu boleh la alas perut sambil jaga kesihatan. Mana tahu kulit pun cantik, badan pun sihat dan kurus. Ahaks.


ESP Shaklee
Harga Rm161.00
Tadaaa ESP Shaklee berwajah baru. Post ni pulak Kakya rasmikan gambar baru ESP. Hehe..So Bagi korang yang nak cuba untuk mengatasi masalah perut pedih bila lapar atau untuk gastrik boleh la roger Kakya tau. ESP ni berfungsi untuk meneutralkan asid di dalam perut juga menggantikan sel-sel badan lama yang telah rosak akibat terhakis oleh asid tadi.



Yang benar
Ajuya Rashid
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara



Continue Reading

19 February 2020

KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA DENGAN BELIAN SET JOM SHAKLEE

daftar ahli shaklee

Shaklee ada buat promosi keahlian shaklee secara percuma dengan pembelian set jom shaklee dibawah ni tau. Jika korang semua ada berniat nak jadi ahli shaklee boleh la pertimbangkan tawaran ni. Belian set Jom Shaklee ni korang boleh jimat sehingga 10% dan juga jimat yuran pendaftaran ahli shaklee bernilau Rm65.00, pos pun percuma tau. 

Antara set yang ditawarkan ialah 

1. Set Hamil (Prenatal Set) Rm438.30 selepas diskaun 10%. Anda juga layak mendaftar secara percuma dan penghantaran percuma. Jimat sehingga Rm246 dari harga retail. 


Set ini mengandungi nutrisi lengkap untuk ibu hamil juga seisi keluarga
1. ESP
2. Vitamin C
3. Omega Guard
4. Vitalea Iron Formula
5. Bcomplex
6. Ostematrix 


2. Set Pantang atau set selepas bersalin ( Postnatal set ) Harga Rm479.70 selepas diskaun 10%. Anda juga layak mendaftar secara percuma dan penghantaran percuma. Jimat sehingga Rm261.00 dari harga retail. 


Set ini mengandungi nutrisi lengkap untuk ibu selepas bersalin juga untuk seisi keluarga
1. ESP
2. Vitamin C
3. Omega Guard
4. Vitalea Iron Formula
5. Bcomplex
6. Ostematrix 
7. Alfafa Complex

3. Set Kesihatan Harian (Daily Essential Set)Harga Rm736.20selepas diskaun. Anda juga layak mendaftar secara percuma dan penghantaran percuma. Jimat sehingga Rm401 dari harga retail. 



Set ini mengandungi nutrisi lengkap untuk ibu selepas bersalin juga untuk seisi keluarga
1. ESP
2. Vitamin C
3. Omega Guard
4. Vitalea Iron Formula
5. Bcomplex
6. Vivix

4. Vivix Twin Pack. Harga Rm684.00 selepas diskaun 10%. Anda juga layak mendaftar secara percuma dan penghantaran percuma. Jimat sehingga Rm379.00 dari harga retail. 


5. Set Skincare Youth Starter Set. Harga Rm612.00 selepas diskaun 10%. Anda juga layak mendaftar secara percuma dan penghantaran percuma. Jimat sehingga Rm313.00 dari harga retail. 


Set ini mengandungi 
1.Youth Cleanser
2.Youth Toner
3.Youth Moisturiser
4.Youth Night Cream

So korang yang berminat tu jangan segan silu contact Kakya tau. Promosi ni bakal berakhir hujung bulan February. Jimat sangat. Istimewa untuk ahli baru Shaklee. Kalau memang sedang mencari produk shaklee atau nak jadi ahli shaklee tu masa ni la peluang yang terbaik. Dapat jimat banyak tu kan. Tekan je button Whatsapp tu ok


Continue Reading

12 February 2020

2 HARI 1 MALAM DI RESORT WORLD KIJAL


Balik dari kampung masa cuti sekolah tempoh hari Kakya sekeluarga singgah berehat di Resort World Kijal (dulu dikenali Awana Kijal). Memang tak plan la kalau macam ni, swimming suit semua tak bawa, pakai je la yang mana ada. Itupun nasib baik ada baju lebih sebab Kakya sempat membasuh masa kat rumah kakak ipar. Hehe bajet balik rumah takde la banyak sangat baju kotor kan. 

Masa singgah lunch kat Kertih husband baru cakap kat anak-anak.."makan banyak-banyak nanti nak mandi kolam"..Whattt macam tu je awak punya hint nak menyinggah. Fuuh Kakya ni dalam kepala otak terus la susun baju bajan anak-anak 5 orang, baju sendiri..Nasib baik ada. Sabor je lah mak-mak ni. 

Sampai je di Resort World Kijal kami disambut oleh bellboy untuk hantar beg ke bilik sementara husband membuat urusan check in. Nasib baik jugak ada bilik yang available. Maka berlari-lari keseronokan lah anak-anakku. hehe



Masuk je ke bilik terus siap-siap solat jamak, tukar baju nak terjun kolam. Hehe...Bilik yang husband ambil ialah Deluxe room ada 2 katil singgle. Katil single ni agak lebar, ok la untuk kita orang sekeluarga. Pandai-pandai susun 7 beranak. Hehe



Dah siap tu apa lagi, terus la ke Kolam besar  Resort ni. Bagi Kakya suasana dia sangat cantik dan tenang. Ada bahagian mandi kanak-kanak dan slide yang jadi tarikan untuk kanak-kanak. Kedalaman nya sangat sesuai untuk anak-anak Kakya yang berumur 7 bulan hingga la 11 tahun. Suka la masing-masing. Nak ajak balik bilik pun susah dah. Mencabar la sikit sampai keluar suara naga dulu baru la nak bergerak. 


Lepas mandi kolam, kita orang ke pantai pula, jalan beberapa minit sahaja dari resort, sebab betul-betul belakang resort. Lama tak main pasir semua pun. Amyra dah kepenatan dah, sempat tidur, baju pun tak bertukar lagi. Nasib baik dah kering juga sikit. Boleh la tidur sekejap. Nak mandi air laut memang tak la Ombak besar, angin kuat tak digalakkan mandi. Anak-anak Kakya pun dah acah-acah nak ambil air kat pantai memang tak dapat, nak masuk dekat pun seriau. Main je la kat atas ni. Lagipun boleh minum-minum kat bistro ni. Tapi agak mahal lah. Husband Kakya order Mushroom sup, garlic bread, fun fries dengan air nescafe panas Rm50.00 'je'.


Dah puas main pasir kat pantai, on the way balik ke bilik sempat lagi menyinggah di dam ular besar dan chest besar. Tak tau la korang main macam mana. Tapi sekejap je la semua dah penat kelaparan. Laju la Kakya ajak dorang naik bersiap nak keluar makan.


Untuk makan malam kita orang pilih makan di Restoren Cahaya Mesra Seafood. Alhamdulillah sedap..Semua makan bertambah-tambah. Taktau la sebab penat campur lapar kot. Main air memang lapar kan. Hidangan penuh tak sempat nak snap. Haha. Order yang biasa2je, ikan bakar, ketam, sotong, tomyam, telur dadar. Harga puan isteri kurang arif sebab tak join pergi bayar. haha, lupa pulak nak tanya.


Sarapan kat Resort World Kijal ni biasa la kebanyakan hidangan makanan pantai timur lah. Antara nya Nasi dagang, ketupat goreng pun ada. Yang lain-lain tak sempat nak survey banyak sangat. Kakya makan omelette, nasi lemak dengan dim sum dan lain-lain. eh ada lagi lain-lain ye.



Lepas sarapan terus la terjun dengan baju tidur je. Maklum la percutian yang tak dirancang baju renang sorang pun tak bawa. Kadang-kadang Kakya bawa je buat spare tapi kali ni tak terlintas langsung pulak nak bawa. Nasib baik juga la takde guard yang bising. Kalau tak kempunan la anak-anak ceq. Hehe. 






Itu sahaja lah perkongsian Percutian kami sekeluarga 2 hari 1 malam di Resort World Kijal. Kakya juga ada buat perkongsian video penuh di youtube. Boleh la tengok. Baru cuba-cuba edit video. Taktau la apa jadi tu. Check it out ye.. 




With Love,
Ajuya Rashid
Pengedar Shaklee Bandar Kinrara
012-6102263



Continue Reading