16 September 2015

CHAR KOAY TEOW SG. DUA TELUR AYAM DIBASUH, TAMAN PUNCAK JALIL


Assalamualaikum uolls..semalam punya citer AR bawa mak dan adik2 makan di Char Koay Teow Sg,Dua. Katanya Telur Ayam Dibasuh. Dekat je dengan rumah mak dekat Taman Puncak Jalil. Kalau orang Puncak Jalil kalau tau Mymydin haa senang la nak cari belakang Mymydin tu je. Husband balik lambat kerja AR pun alang2 dah ada kat rumah mak siang tu uruskan pengeposan stok Shaklee terus la dinner dulu sebelum balik rumah. Balik rumah tak payah nak fikir makan dah kan. hehe. amik untung maaaa


Ini baru tak sampai separuh tau family AR. adik beradik 10 orang haa kira sendiri la kalau termasuk ipar duai. sebab separuh la AR berani bawa. hahaha. 


Teh Tarik @ Teh ais dia memang buat AR teringat2 tu yang ada peluang je mesti nak pergi. tapi malam tadi AR order teh tarik dan orderkan untuk Tina Teh ais...Boleh la rasa 2 3 sedut. sedut pun panjang tu. hehe..Konon diet ambil yang kecil je. dorang semua order pinggan besar. padahal tak banyak beza pun. Tapi dorang ni dah order yang besar pun siap nak tambah lagi. suruh order lagi xnak pulak. 



Cili Jeruk dia...memang puas hati. besar2 bila makan dengan koay teow tu mak aih terasa je bila gigit. gulp boleh tak telan air liur masa type ni. hehe.



Senang je menu dia kan...jual Char koay teow je pun. Beza yang kecil dan besar Rm1.00 kalau special tambah telur mata Rm0.50 je. murah kan. kalau tempat lain mana dah nak cas telur sebiji 50 sen.



AR tak pasti kenapa nama dia Char Koay Teow Sg Dua. mungkin tokey dia asal sg dua kot. atau sg dua memang terkenal dengan char koay teow kot. hehe boleh lak main kot kot. nak tanya maluuu. Tapi dorang ada gantung keratan akhbar pasal dorang. Tak sempat nak baca sempat snap je. Masa kitrg dtg memang xramai orang lagi sebab lepas je azan maghrib semua terus solat dan datang ke sini. so mungkin sebab tu kot. Masa nak balik baru la dah sedikit penuh. 

Wajib pergi cuba bagi peminat char koay teow ok..memang terangkat. hehe.pekena dengan teh tarik @ teh ais. 





Continue Reading

SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE 52



Assalamualaikum everybody...hehe..harini everybody la plak. Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke 52. Alhamdulillah Semoga Negara kita terus aman makmur dan bersatu padu.


Semoga kita juga dari dalam diri sendiri sentiasa bersemangat dan membebaskan diri dari belenggu kemusnahan. apa la aku cakap ni. hehe. Tak pandai nak formal2 sebenar nya. Tapi itu lah hakikat nya. Bersatu teguh bercerai kita roboh. 



Continue Reading

UNTUNG NYA JADI AHLI SHAKLEE

kelebihan jadi ahli shaklee

Dua hari lepas..ada sorang kakak ni pernah mendaftar jadi ahli shaklee dengan AR. Masa tu ada promo Omega Guard Beli 6 Free 1 dan dapat free keahlian Shaklee. Rupanya dia contact sebab dia ada dapat mesej yang mengatakan beliau akan dapat free 2 tong ESP kalau buat belian certain amount dalam mesej tu. Dannn kebetulan jugak dia nak beli set pantang memang rezeki dia la kan. Tak pasal-pasal dapat free ESP 2 tong ha.Sebab tu la untung nya jadi ahli shaklee ni. Tak semestinya jadi ahli nak buat bisnes je. Nak makan sendiri pun boleh. 

Ada sesetengah customer AR ni dia taknak jadi ahli walaupun belian dia dapat free keahlian. Alang2 dah beli banyak dan free ahli tak rugi pun daftar. mana tahu sebelum dua tahun ni ada repeat order. Dapat harga ahli dapat pulak menikmati offer yang Shaklee bakal beri kejutan kan. Dan bulan ni pulak ada offer daftar ahli dengan sebarang pembelian dapat free Vitalea Iron Formula yang bernilai Rm90.00. tak ke macam daftar ahli free tu sebab yuran ahli pun dan cecah Rm80.00 termasuk pos. Jangan risau AR akan bantu anda untuk dapatkan produk. Macam kakak tadi dia dah berjaya grab 2 tong ESP secara percuma. uwaaaaaa hakak lak yang jeles hokey. 

Oh ye...Kadang-kadang ada juga tanya..Jadi ahli seumur hidup ke? Yess seumur hidup jika dalam masa 2 tahun uolls ada buat belian. Sekiranya dari tarikh uolls daftar tak buat belian 2 tahun automatik akan tamat. Gitu la ceritanya. 




untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik ORDER NOW ...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.



Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

Continue Reading

15 September 2015

JEREBU ~ BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA


jerebu dan shaklee
Sumber : facebook


JEREBU mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen di dalam sel melalui sistem pernafasan. Ambil tahu Bacaan Indeks Pencemaran Udara kita. Kalau tengok kat luar rumah AR pun gerun je. Taman depan rumah yang ambil jarak tak sampai 10 langkah pun dah kabur. Allah..anak2 siap nangis2 nak pergi main taman petang2. 

Merujuk kepada gambar di atas AR tak pasti setakat bila..tetapi uolls boleh cek kat sini untuk bacaan terkini .==>>  http://apims.doe.gov.my/apims/hourly3.php

Jangan lupa minum air masak banyak untuk elakkan dehidrasi dan Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun. Vitamin C membantu menyerap asid yang disedut di dalam oksigen sebelum sempat bertukar menjadi gas merbahaya. 

Bukan nak ambil kesempatan dalam kesempitan ni tau. Tapi hakikat nya AR kena kongsi apa yang AR ada untuk membantu. Jangan lupa pakai mask setiap kali keluar. AR kuar rumah tak pakai mask nak jemur baju pun dah rasa pening. fuuuhh..Take care ya uolls. Terutama anak2 kecil. kurangkan aktiviti di luar rumah juga.


untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik ORDER NOW ...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.



Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.



Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms / whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.






Continue Reading

13 September 2015

RIBUT PASIR DI MEKAH ~ DOA KAN KESELAMATAN JEMAAH HAJI 1436H


ALLAHUAKBAR..sebak sedih semua ada dengan kejadian yang mengejutkan seluruh dunia bila kren tumbang di Masjidilharam akibat ribut pasir di Mekah. 

Semoga mangsa yang terkorban di tempatkan di kalangan mereka yang beriman dan mendapat Syahid. Tak kurang juga semoga keselamatan jemaah Haji terpelihara. 



Continue Reading