13 January 2015

16 TIPS & PANTANG LARANG SEMASA BERPANTANG BERSALIN


Assalamualaikum semua..AR tengah kumpul kan tips dan pantang larang semasa berpantang bersalin ni..maklum la waktu dah dekat..mesti la duk study2 kan..walaupun dah anak ketiga..bukannya hari2 boleh igt..kalau ada yang nak tambah jangan2 segan2 komen ya.
 
Ada sebab dan logik tertentu mengapa orang tua2 zaman dahulu menyuruh ibu2 berpantang semasa bersalin. Pengalaman mendewasakan mereka. Pengalaman yang sebenarnya ada keterangan saintifik di sebaliknya. Mari kita lihat beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:
  1. Dilarang tidur tidak berbantal - Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah
  2. Memakai Sarung Kaki (Stokin) - Cara ini untuk menjaga agar tapak kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
  3. Jangan Duduk Mencangkung - Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu tergelungsur atau terturun (uterus prolapse). Antara punca terjadinya tombong dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu dlm pantang tumpah darah.
  4. Mandi Duduk Di Bangku Ketika mandi  - hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga dan meneran otot rahim kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
  5. Rapatkan Kaki Bila Tidur - Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk memastikan tulang punggung merapat semula dan bahagian intim yang kena jahit tidak terkoyak semula.Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.
  6. Jangan Terlalu Aktif. - Ibu yang baru melahirkan hendaklah tidak terlalu aktif melampau dan bertenang di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Ibu memerlukan rehat untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
  7. Jangan Makan Ubi-Ubian. - Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
  8. Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik.  - Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari pagi yg mengandungi vitamin D yg tinggi.
  9. Jangan Tidur Waktu Senja - Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
  10. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca - Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
  11. Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja - Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya serta masih kotor dgn darah nifas.
  12. Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk - Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terhantuk. Jika terhantuk, kesakitan boleh merangsang saraf lalu menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
  13. Bertungku - Amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.
  14. Cara Mandi - Daun jambu, daun pandan, daun serai wangi, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang. Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Daun sirih bersifat antiseptik. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.
  15. Berbedak/berparam - Dapat menjaga kesihatan ibu ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.
  16. Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan - Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.Buah anggur dan kurma berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit urat dan lemah badan.Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.
 
Kini anda boleh miliki set berpantang Shaklee di SINI

http://www.ajuyarashid.com/2014/08/set-pantang-bersalin-shaklee-premium.html


Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=84fbd798e127f7f700c17213662213ce
 
 
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
 
 
 
 
Untuk info lanjut atau pesanan
m di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)

sms/ whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.
 

 

Continue Reading

12 January 2015

PENTING NYA AMALAN BERTUNGKU SELEPAS BERSALIN

shaklee puchong
 
 
Amalan bertungku adalah asas kepada amalan berpantang secara tradisional yang dilaksanakan oleh masyarakat Melayu. Namun kini, semakin ramai yang mencuba amalan ini ekoran daripada kebaikannya yang diakui kepada ibu selepas bersalin.
 
Bertungku dilakukan sebelum ibu berbengkung. Amalan bertungku dilakukan sama ada menggunakan seketul batu sungai atau alat tungku yang memang banyak di pasaran. Tidak kira sama ada anda menggunakan tungku biasa atau tungku berherba, kelebihannya tetap sama kepada wanita yang mengamalkan.
 
Salah satu kebaikan bertungku adalah mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh berpantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim wanita tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini boleh mengugat kesihatan.
 
Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu adalah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Amalan bertungku juga dipercayai dapat memecahkan lemak dalam badan yang berkumpul sepanjang mengandung, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak kerana bersalin, mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.
 
Ketika berurut, tukang urut yang mahir juga akan menaikkan rahim ibu selepas bersalin ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan mendapat penyakit lain di usia tua.
 
Biasanya  amalan tungku dibuat dengan cara tungku tersebut dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas, pandan dan lain-lain daun, kemudian dilapiskan dengan kain. Alat tungku ditekap pada kawasan perut dan paha selama sejam. Tetapi jika terlalu sibuk, sekurang-kurangnya peruntukkan setengah jam untuk bertungku. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean, perlu elakkan kawasan perut dan amalan bertungku hanya boleh dilakukan selepas tiga ke empat minggu selepas bersaliln.
 
Oleh itu ibu selepas bersalin, jangan abaikan amalan tradisional ini kerana ia mempunyai manfaat berpanjangan kepada kesihatan anda.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)

sms/ whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.
Continue Reading

08 January 2015

7 PETUA PERUT KEMPIS SELEPAS BERSALIN

 


Petua perut kempis selepas bersalin mesti lah AR duk cari2 kan..tgh godek2 FB ada orang share info ni..apa lagi terus copy masuk blog..senang nak refer. In Shaa Allah awal bulan 2 nanti tiba lah due nya..Tak sabar walaupun sudah anak ketiga. Doa kan AR selamat melahirkan ya semua.
 
Ok..tipu la kata xrisau dengan bentuk badan lepas bersalin..especially tang perut kan..So target perut kempis bak anak dara sudah pasti ada dalam kepala ni hehe..Cara2 nya AR kongsi kat bawah disamping mengamalkan produk Shaklee..mesti la xtinggal kan.

  1. Menyusukan bayi sepenuhnya - Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu. Selain khasiatnya yang kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.
  1. Berbengkung dalam pantang - Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya leceh dan merimaskan. Tetapi kesukaran tersebutlah membuatkan anda boleh dapatkan kembali perut yang kempis. Oleh itu jangan culas berbengkung sepanjang berpantang. Tetapi pakai bengkung dengan cara yang betul kerana jika tidak boleh memudaratkan.
  1. Bertungku dan bertangas - Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim.  Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.
  1. Jaga makan - Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal. Walaupun sebagai ibu menyusu, anda tidak digalakkan berdiet berlebihan tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati. Pastikan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak, sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.
  1. Jangan lupa bersenam - Aktiviti senaman tidak dinafikan turut membantu menyelesaikan masalah perut buncit. Lakukan senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut. Pastikan anda mengamalkan senaman yang khusus untuk membentuk perut daripada jurulatih yang diiktiraf. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.
  1. Hati-hati dengan postur badan - Jangan pandang remeh dengan cara pergerakan anda setiap hari. Kebanyakan ibu selepas bersalin kurang prihatin terhadap postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang. Postur yang salah turut menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.
  1. Jom detoks - Kaedah detoksifikasi menggunakan bahan-bahan semula jadi turut membantu mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama bahagian perut.
 
Kat bawah adalah target set yang AR nak amalkan nanti..hehe..tak termasuk set pantang ye..tengok banyak je testimoni..apa lagi..laju la buat stok untuk diri sendiri.
 
 

Salah satu testimoni




Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c84f741b048a0721739ac52c241ba5df


Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)

sms/ whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.
 
 
 
Continue Reading

07 January 2015

PROMOSI BULAN JANUARI 2015



 
Assalamualaikum..baru sempat update promosi bulan Januari ni..Alhamdulillah..mesti ramai yang suka especially pada pengguna tegar Vivix dan Alfafa.
 
Promosi Januari terdiri daripada:-
  • Vivix Beli 6 percuma 1, percuma keahlian Shaklee, Percuma penghantaran dan layak menerima bonus pada pertengahan bulan Februari
  • Vivix Beli 2 layak mendapat diskaun 5%, percuma keahlian Shaklee, Percuma penghantaran dan layak menerima bonus pada pertengahan bulan Februari
 
  • Alfafa (S & L) Beli 6 Free 1, Beli 2 layak diskaun 5%
 
  • Vitalea Chewable For Children Buy 3 Free 1..produk yang dikeluarkan semula dengan formula baru khas untuk simanja sebagai multivitamin harian.
 
Best tak? sape rasa xnak lepaskan peluang keemasan ini order sebelum 31 Januari 2015 ya. apa2 soalan jangan segan2 contact AR..In Shaa Allah akan membantu sebaik mungkin.
 
 
Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c84f741b048a0721739ac52c241ba5df
 
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.









Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)

sms/ whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

 
 
 

Continue Reading

17 December 2014

8 RAHSIA TURUN 23KG DENGAN SHAKLEE




Assalamualaikum uolls, lama x share testimoni sebenarnya..harini AR nak share testimoni salah seorang sahabat AR dalam Shaklee. dan dibawah ada dikongsikan 8 Rahsia beliau Berjaya turun 23kg dengan Shaklee..Lambat ke cepat bergantung pada disiplin masing-masing ye..Jom baca sharing beliau.
 
"Saya pernah gemuk 72kg... da tu jadi 49kg. Pinggang 34inci jadi 27inci~~Apa yang saya nak simpulkan..
  1. Saya manusia biasa.. suka makan, jadi saya ade 1 ari cheating day utk makan makanan yang saya suka dengan banyaknya..
  2. tapi!! saya pastikan 6ari yang lain saya makan dengan pengambilan kalori yang betul.
  3. Saya tak rajin bersenam, jadi lebih baik saya wat aktiviti fizikal lain spt berjalan kaki dan menaiki tangga instead naik lif. pagi2 pon bangun tdo saya terus wat sit up 30x. xde ari2 pon.. 3 kali je seminggu
  4. saya tak rajin minum air~~ jadi saya akan bawak botol air g keje dan g soping..saiko diri sendri utk minum air 3 botol sehari (botol tu 1liter)
  5. saya nak diet tapi saya taknak lapar.. jadi saya memang makan on time dan selalunya saya memang ikut menu yang saya tampal di bilik..
  6. saya memang kurgkan kalori pada mknn bergula dan minuman bergula.. no air minuman dlm tin.. sambal manis mmg xmkn.
  7. saya suka mcd dan kfc.. yess!! hehe.. sy xmakan kulit.. sy buang.. tp klu tringin sgt, y garing tu sy makan gak segigit comeyyy.
  8. kadang2 saya tringin makan keny rogers... siap de 3 sides dish tu. total kalori 600kalori. so kalu ari tu saya da lebey kalori, saya gi la joging. tapi mmg kentang goreng sy xmakan...
Kentang goreng = 600kalori = sepinggan nasi goreng = 2 pinggan nasi biasa = 40/50minit joging tanpa henti.. (kalo rajin berjoging sila~~makan kentang goreng banyak2 pon boleyyy)
 
sedikit perkongsian dr saya..." - Za
 
Dan supplement Shaklee yang Za amalkan adalah :-
 
 
 
Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=36880d4600935fcb2e721c7e7b03cc4f
 
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)

sms/ whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.
 
 
 
Continue Reading