Amalan bertungku adalah asas kepada amalan berpantang secara tradisional yang dilaksanakan oleh masyarakat Melayu. Namun kini, semakin ramai yang mencuba amalan ini ekoran daripada kebaikannya yang diakui kepada ibu selepas bersalin.
Bertungku dilakukan sebelum ibu berbengkung. Amalan bertungku dilakukan sama ada menggunakan seketul batu sungai atau alat tungku yang memang banyak di pasaran. Tidak kira sama ada anda menggunakan tungku biasa atau tungku berherba, kelebihannya tetap sama kepada wanita yang mengamalkan.
Salah satu kebaikan bertungku adalah mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh berpantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim wanita tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini boleh mengugat kesihatan.
Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu adalah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Amalan bertungku juga dipercayai dapat memecahkan lemak dalam badan yang berkumpul sepanjang mengandung, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak kerana bersalin, mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.
Ketika berurut, tukang urut yang mahir juga akan menaikkan rahim ibu selepas bersalin ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan mendapat penyakit lain di usia tua.
Biasanya amalan tungku dibuat dengan cara tungku tersebut dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas, pandan dan lain-lain daun, kemudian dilapiskan dengan kain. Alat tungku ditekap pada kawasan perut dan paha selama sejam. Tetapi jika terlalu sibuk, sekurang-kurangnya peruntukkan setengah jam untuk bertungku. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean, perlu elakkan kawasan perut dan amalan bertungku hanya boleh dilakukan selepas tiga ke empat minggu selepas bersaliln.
Oleh itu ibu selepas bersalin, jangan abaikan amalan tradisional ini kerana ia mempunyai manfaat berpanjangan kepada kesihatan anda.
Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.
pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.