Showing posts with label Traveloka. Show all posts
Showing posts with label Traveloka. Show all posts

26 January 2018

MENANGI PERCUTIAN PERCUMA DENGAN MENYERTAI TRAVELOKA CNY 2018 CONTEST



Hai uolls, AR nak share ni. Tau tak Traveloka sedang menganjurkan peraduan " Traveloka CNY 2018 Contest

Peraduan ni akan berlangsung dari 22 Januari hingga 28 Februari 2018. Banyak masa lagi uolls nak join tau. 

Peraduan ni adalah berbentuk game atau permainan animasi je "Amini Game" uolls hanya perlu login dan menyahut cabaran dalam games tersebut dengan mengutip mata tertinggi. dan 3 pemenang akan dipilih. 

Cuba lahhh..AR dah cuba. Tapi tak nak la cakap...bukan kaki game. hahahahaha berapa kali cuba asyik terhempas je kapal terbang AR. Tapi ok la score tertinggi 225 uolls. Dan lepas main game tu uolls jangan lupa share kat facebook ada hadiah untuk yang share di facebook juga. Maksimum hanya 5 kali. dan hadiah dia Rm1,000.00 untuk 2 pemenang. weeee...teruja sangat nak join lagi.

Sini AR share syarat kelayakan penuh peraduan Traveloka CNY 2018 Contest adalah seperti berikut :-

1.Kelayakan
  • "Traveloka CNY 2018 Contest" terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas (sehingga Januari 2018) yang kini tinggal di Malaysia, tetapi tidak termasuk kakitangan dan ahli keluarga terdekat Traveloka Sdn. Bhd. ("Penganjur"), sekutunya, anak syarikat, pengiklanan / agensi PR dan pembekal.
  • Penyertaan dari peserta yang berumur 18 tahun (sehingga Januari 2018) disifatkan telah mendapat persetujuan ibu bapa yang diperlukan.
  • Peserta mesti membaca dan memahami Terma & Syarat sebelum menyertai peraduan tersebut.


2. Tempoh peraduan
  • Tempoh Peraduan akan dijalankan dari 00:00 dari 22 Jan 2018 hingga 23:59 PM, 28 Feb 2018 ("Tempoh Peraduan"). Pihak Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan jika dianggap perlu tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu.

3.Arahan Permainan
  • Memulakan permainan.
  • Ketik anak panah untuk bermula.
  • Sentuh skrin sekali lagi untuk membolehkan kapal terbang anda terbang dan memulakan permainan.
  • Sentiasa berada di tengah-tengah skrin sehingga set pertama bangunan dan halangan muncul.




Sini AR tunjuk cara bermain (eceh macam dah terer sangat)..Lepas uolls klik link contest..uolls akan pilih login facebook. lepas je klik login uolls terus akan ke screen untuk mulakan game. Jangan lupa baca 'terms and condition" sebelum memulakan permainan. 

Cara bermain dengan klik anak panah untuk bermula. Sentuh skrin sekali lagi untuk memboleh kan kapal terbang anda terbang. dan mulakan permainan dengan hanya perlu pastikan kapal terbang anda tidak terhempas dan melalui beberapa halangan. 

Pemain dikehendaki mengumpul 'ang pow' untuk mendapatkan mata tambahan.Uolls Jangan terbang terlalu tinggi atau terlalu rendah tau peluang untuk kapal terbang uolls jatuh sangat tinggi kalau terbang terlalu atau terlalu rendah tu. Jadi berhati-hati lah dan sentiasa berada di tengah-tengah untuk melalui halangan-halangan yang akan muncul.Best..Selamat mencuba! 

Ini score yang tertinggi AR pernah dapat. ada sape berani nak challenge boleh la cuba. haha...Bagi AR better uolls main game ni dengan handphone je lagi senang nak kawal kapal terbang uolls tu kot berbanding bermain menggunakan pc atau laptop. 


Bila dah dapat result. Hanya share di facebook untuk peluang menang voucher dari Traveloka. dan pastikan juga anda mendaftar untuk menyertai peraduan ni.

4. Peringkat Kelayakan
  • Peserta dikehendaki mempunyai yang berikut untuk menyertai Traveloka CNY 2018 Contest
  • Peserta mestilah mempunyai akaun Facebook yang sah kepada orang ramai untuk menyerahkan penyertaan permainan mereka.
  • Peserta hendaklah menjadi pengikut  Facebook Page Traveloka Malaysia.
  • Peserta dikehendaki menyertai Cabaran Traveloka CNY 2018 di laman web yang disediakan oleh Penganjur.
  • Peserta perlu mengisi butiran mereka di halaman pendaftaran yang disediakan oleh Penganjur.
  • Peserta boleh berkongsi maksimum 5 kali sehari.
  • Peserta dikehendaki mencapai skor tertinggi; hanya tiga pemenang utama yang akan dipilih untuk tiga (3) Hadiah Utama
  • Peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah dengan berkongsi Cabaran  Traveloka CNY 2018 Contest di Facebook. Pemenang akan dipilih secara rawak.
  • Kegagalan mematuhi perkara di atas akan mengakibatkan kehilangan kelayakan peserta dan tidak layak untuk memenangi hadiah.

5. Hadiah untuk peraduan ni adalah seperti berikut
  • Pemenang Hadiah Utama akan memenangi perjalanan ke 6 hari 5 malam di Seoul (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 (dua) orang.
  • Tempat kedua akan memenangi perjalanan ke 5 hari 4 malam di Phuket (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 (dua) orang.
  • Tempat Ketiga akan memenangi perjalanan ke 4 hari 3 malam di Langkawi (Penerbangan dan penginapan sahaja) untuk 2 (dua) orang.

Dan jangan lupa ada hadiah untuk mereka yang berkongsi   Traveloka CNY 2018 Contest di Facebook iaitu dua (2) baucar Traveloka RM1000. Terdapat hanya dua (2) pemenang di mana setiap pemenang memenangi baucer Travel (1) RM 1000 Traveloka.


Untuk info lanjut uolls boleh layari terus ke laman web rasmi Traveloka . So jom kita cuba challenge ni. mana tau rezeki CNY. ahakss. AR pun nak join nih. kot la dapat ke Korea percuma tiket penerbangan dan penginapan. Untuk dua orang tu. 


Continue Reading