Showing posts with label Penghargaan dari Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Penghargaan dari Shaklee. Show all posts

24 June 2015

SEKITAR MAJLIS SHAKLEE NATIONAL CONFERENCE 2015




Assalamualaikum...Alhamdulillah minggu lepas 5 - 7 June 2015 telah berlangsung nya Majlis penyampaian anugerah bagi leader2 Shaklee. AR adalah antara salah seorang penerima award dan penerima percutian 3hari 2malam di Palace Of The Golden Horses. Majlis ini biasanya dilangsungkan 1tahun sekali bagi meraikan leader Shaklee. National Conference 2015 di MIECC, MINES. 



Selesai urusan "check in" pagi 5hb tu terus lunch di situ juga.




Semasa pendaftaran masuk..AR dapat goodies bag yang mengandungi Shaklee Collagen Powder..hehe..yang tu je nak. Dannn sedikit duit blanja dari Shaklee untuk "Meal Allowance" Alhamdulillah.



Sepatutnya kawan2 pergi melawat di bandar Kuala Lumpur seperti aquaria, KLCC dan Muzium negara. Tapi kami memilih untuk beristirehat didalam bilik sambil menonton Boboiboy sahaja. hehe..maklumla anak ramai



Jam 6 petang kami di bawa ke Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur untuk "welcome Dinner" menaiki bas. siap ada tourist guide lagi. hehe


Sekitar Dinner bertemakan "Fun Fair" dan kami dihiburkan oleh pelawak Douglas Lim (betoi ja eja) yang AR perasan dia slalu muncul di Astro macam komedi super spontan kot.haha


Balik dari dinner di Grand Hyaat...Surprise gift dari Shaklee. 2 kotak Shaklee Collagen Powder..uwaaa..nak melompat rasa masa nampak kotak ni atas meja dalam bilik. Suka sangat2 sebab supplement kegemaran AR. dan ianya bernilai hampir Rm600.00 (retail price ye )


Keesokan harinya selepas sarapan di POGH kami ber"conference" di MIECC. Bergambar bersama leader2 di bawah AR. Alhamdulillah semuanya memiliki income 4 angka. Oh ye...Ke empat2 kami adalah SURI RUMAH. dann...salah seorang nya adalah kakak kandung AR sendiri. Nampak tak yang pegang "kunci kereta" tu. tahun ni giliran beliau pula untuk menerima award "car bonus achiever" seorang suri rumah juga. Terjebak la skali dengan adik dia kan. Sudah pasti AR akan bimbing dia berjaya bersama AR. Malah dia juga layak untuk pergi jauh jika rezeki beliau smpai dulu. 




Award untuk cycle 2014/2015. Alhamdulillah 



Habis je conference petang tu..transfer balik ke hotel untuk siap2 dinner plak.Malam kedua di National Conference pula penerima2 award di raikan dengan Dinner Bertemakan Majestic Night. Kumpulan di bawah Shaklee2u bersepakat untuk memilih warna Gold & Black.



Balik je dari MIECC hari pertama..ada plak kejutan Shawl Burberry katanya didalam bilik. hehe comel kan?? agak2 nya original tak? sebab President Shaklee oun owner burberry tau..ahaks.

Lepas breakfast hari kedua..terus ke MIECC untuk award ke2 pula. 



Untuk hari kedua AR menerima award untuk "Leadership Consistency 21%" Alhamdulillah ini adalah atas usaha AR dan juga anak didik AR sepanjang cycle lepas.


Bersama2 penerima award dari group besar Shaklee2u. (jutawan muslimah katanya)



aktiviti anak2 di POGH



Sepanjang penyampaian award berlangsung..anak2 dihiburkan di "day care" dengan pelbagai aktiviti. (nampak tak kakak tina dapat saguhati pertandingan mewarna..hehe)



Award tahun 2014..2 award juga.untuk tahun 2015 xde la plak moment baru balik conference..lupa amek..hehe. 


Dann inilah dia bakal Master Dec 2015 nanti. In Shaa Allah..semua2 pakat doakan AR ye. Berharap sangat dapat capai pangkat Master iaitu pangkat tertinggi didalam Shaklee. Ramai AR tengok suri rumah yang ke pentas dengan pangkat Master. Kenapa mereka boleh?? Sudah pasti AR pun boleh. semua nya manusia biasa tinggal nak dengan taknak je. Buat income dari rumah adalah cita2 AR sejak melahirkan anak pertama lagi. Alhamdulillah..walaupun belum terlambat tetapi sangat bersyukur dengan pertemuan ini. Shaklee is the best. Anda yang tentukan. Pilihan masing2. Jika anda salah seorang yang berhati kental seperti AR..meh kita sama2 usaha ke puncak jaya. In Shaa Allah AR tunjukkan jalan. Berikan AR Rm80.00 dan sekeping hati yang kental. hehe..





Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.




Untuk info lanjut atau pesanan
Pm di fb : Ajuya Rashid (SID 920211)

sms/ whatsapp : 012-6102263
Pengedar Shaklee Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

Continue Reading

30 September 2014

MOTIVATION & RECOGNITION RALLY SHAKLEE

Menerima Pengiktirafan Senior Coordinator Berupa Sijil

Assalamualaikum...Ahad yang lepas 28hb September 2014 AR dijemput untuk menghadiri Majlis Motivation & Recognition yang dianjurkan oleh Shaklee. Majlis ini jarang-jarang skali Shaklee anjurkan. Bersempena raya Shaklee juga mengambil peluang untuk mengadakan jamuan hari raya skali walaupun syawal dah lama berlalu..hehe
 
Ok..apa yang AR nak sampaikan bukan apa..AR bangga bila berada dalam Shaklee..jujur AR cakap dulu kerja dengan company besar...5tahun tau AR menyumbang tenaga. boleh dikatakan orang penting juga bila menjaga kewangan dan pentadbiran sesebuah company kan..Tapi sedikit penghargaan pun xde. Usah kan nak bagi award pekerja terbaik...Majlis perpisahan atau seketul cenderahati pun xde..betul ni..tak tipu langsung. Tapi xpe...Pengalaman yang berharga sepanjang bekerja disana lah AR anggap sebagai penghargaan yang tak terhingga. banyak mengajar AR untuk lebih bersyukur dengan kehidupan sekarang...Sebab tekanan disana juga AR berjumpa dengan Shaklee. Sebab Push factor untuk keluar dari bekerja dibawah telunjuk bangsa lain juga yang membuatkan AR berada di atas pentas ini. Alhamdulillah.


Boleh dikatakan 90% yang hadir adalah melayu...dan yang naik pentas adalah wanita. seronok dan bangga ramai orang-orang kita yang mampu keluar untuk berbisnes. walaupun secara sambilan atau sepenuh masa.


4 orang leader dibawah bimbingan AR... masing-masing sudah mencecah income 4 angka..kami kat depan berdua adalah suri rumah...dan 3 orang dibelakang pekerja kerajaan dan juga swasta. Masing-masing dengan matlamat yang sama. Ingin menambah pendapatan keluarga dan keluar dari masalah kewangan. Dan yang paling penting membantu insan-insan diluar sana untuk sama seperti kami.


Sebelum mengambil sijil sempat posing dengan President Shaklee International, Mr Bradford Richardson. Orangnya memang xlokek dengan senyuman. Beliau juga memuji Distributor2 Malaysia yang semakin berkembang. Malah memuji kami yang suri rumah boleh menjana income hingga mencecah 5 angka hanya dari rumah serta bawa anak2 kemana saja kami pergi. Suri rumah mana nak ada pengasuh kan...kami lah kuli, kami lah bos, kami lah pengasuh..nak xnak kena angkut juga.

Bertiga + 1

Peneman setia umi..hehe...kebetulan papa dorang ada program untuk hari Ahad lepas..tapi itu tidak pernah mematah kan semangat AR.. Suami sentiasa memberi sokongan dari jauh. Izin beliau untuk AR berada dalam Shaklee pun dah cukup berterima kasih. Alhamdulillah.
 
Walaupun kami hanya berkerja dari rumah, kami mempunyai keluarga Shaklee yang ramai..dan tidak bermakna kami xboleh bersosial atau berkawan dengan orang diluar sana. Walaupun hanya di alam maya. Sesekali dengan majlis yang macam ni lah yang menemukan kami. kalau x bila lagi kan. In Shaa Allah..dengan semangat yang dibawa dari majlis ini... AR xkan putus asa untuk merubah nasib bangsa dan agama.
 
 
Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan AR seperti PUTRA HEIGHTS, PUCHONG, SERI KEMBANGAN, BANDAR KINRARA, ALAM MEGAH dan SHAH ALAM boleh hubungi AR untuk aturkan pertemuan.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c84f741b048a0721739ac52c241ba5df
 
 
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.















Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid

Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan, Shah Alam  



Continue Reading