Asid lemak Omega-3 adalah lemak yang sihat atau baik yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh.
Omega-3 telah dikaji secara meluas manfaatnya terhadap tubuh badan:-
Kesihatan Jantung
Omega-3 dapat mengurangkan keradangan, keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan [enyakit jantung.
EPA & DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:
- Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah
- Meningkatkan pengaliran darah
- Mengekalkan degupan jantung sihat
Fungsi Otak
Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.
EPA dan DHA telah dikaji untuk:
- Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf
- Kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajran dan perhatian
- Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia / nyanyuk
Kesihatan Sendi
EPA & DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi
Omega 3 juga memainkan peranan penting dalam:
- Mengekalkan ketumpatan mineral tulang
- Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan
- Mengurangkan keradangan menyekat keradangan dan kemusnahan sendi yang kerap berlaku dalam artritis
- Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar
Kehamilan
Aisd lemak, omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu
Selepas bayi dilahirkan Omega - 3 menyokong:
- Perkembangan otak dan fungsi imun.
- Kesihatan ibu dan emosi stabil selepas bersalin
- Perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin
- DHA adalah komponen utama retina - penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi
- DHA adalah pentng untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak
- Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi
- Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat
Omega 2 juga didapati menyokong kesihatan kulit, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon.
Walaupun Omega 3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. oleh itu pengambilan supplemen Omega 3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.
1 kapsul Omega guard Shaklee mengandungi 333mg Omega 3. 1 hidangan(3kapsul) bersamaan lebih kurang 1,000mg. Untuk mendapatkan produk ini boleh terus berhubung dengan saya di 012-6102263.
Harga Pasaran : Rm136.25
Untuk order dan sebarang pertanyaan. Boleh la berhubung dengan Ajuya Rashid di saluran berikut ( klik )
Call / sms : 012-6102263
Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi AR untuk pendaftaran.
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.
Tq for info
ReplyDelete