Rombongan haji dari Little Caliph Putra heights kelas Yaya diiringi oleh Teacher Rai. hehe
Hari isnin lepas bersamaan 24 Julai telah berlangsung Little Hajj oleh Little Caliph sempena musim haji tahun ini
AR difahamkan hampir 6000 little hajj seluruh Malaysia dari Tadika Little Caliph yang menyertai program simulasi ni.
Masa register sebelum puasa haritu AR taktau pun program ni sebesar ni ingatkan buat kat masjid macam tahun2 lepas masa Tina dulu. Rupanya dengan bas bagai ke Shah Alam haa. Risau jugak kan ramai2 tu. Tapi Alhamdulillah seronok pulak yaya balik bercerita. tak ingat dah penat mengerjakan haji.
Seawal 7.00 pagi AR dah hantar kan yaya ke sekolah sebab akan bergerak ke shah alam dengan bas sekolah. settle 1 masalah parent kan. Nak hantar sana pagi2 tu kan. Pihak sekolah juga ada maklum kan ibubapa tak dibenarkan hantar ke sana atau turut serta di sana bagi mengelakkan kesesakan. Kalau boleh nak elakkan orang ramai juga. Kadang2 lebih muda para guru untuk handle anak2 tanpa ibubapa kan. ye lah bila ada ibu bapa tu lain plak peel nya kan.
2 hari sebelum hari kejadian teacher dah bekalkan peralatan untuk menunaikan haji. yang terdiri daripada telekung, passport, buku doa, plastik tahalul dan beg haji. hehe
sampai je kat sana kena la chop passport dulu. hehe
Tawaf perdana oleh anak-anak dari zone tengah
Melontar Jamrah
Bermalam di mina ;)
Tersenarai di dalam Malaysia Book Of Record
Press Conference
Alolo comelnye diorang. Tahniah little caliph
ReplyDelete