10 June 2020

SUNAT BAYI PEREMPUAN DI KLINIK SITI PUNCAK JALIL

nak sunat bayi perempuan
Budak baru lepas nangis kena sunat di Klinik Siti Puncak Jalil

Alhamdulillah..selesai juga sunat kan Amyra di Klinik Siti Puncak Jalil . Tangguh punya tangguh sampai Amyra dah umur 1 tahun. Ikut kan nak sunat bayi perempuan lepas 7 hari dah boleh sunat dah. sehingga lah umur 2 tahun. Survey punya survey Klinik terdekat dengan Bandar Kinrara jumpa la Klinik Siti ni Kat Puncak Jalil. Sebab laluan dengan rumah mak Kakya. So dari Bandar Kinrara 7 tak sampai 5 minit pun. Hehe...Tapi nak boleh ke bawa Amyra tu bukan main susah. hehe.

Kos Sunat bayi perempuan di Klinik Siti Puncak Jalil Rm50.00. Call je tanya ada doktor tak untuk sunat. Ataupun boleh terus walk in. Tapi masa Kakya datang katanya doktor haritu bukan pakar dalam sunat. So kena datang keesokan harinya. Untuk lebih selamat better call dulu lah.

Sedikit info yang Kakya jumpa mengenai Sunat Bayi Perempuan 

Berkhitan, berkhatan / bersunat adalah proses yang melibatkan hanya pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj. Berkhitan atau sunat bayi perempuan akan memberi manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan. Antaranya kelebihannya adalah ia menjadikan anggota kemaluan wanita lebih bersih dan dapat memelihara seseorang daripada pelbagai penyakit.Bahagian yang dipotong itu sangatlah kecil berbeza dengan proses berkhatan bagi lelaki. Masa Kakya tengok tu macam doktor guna jarum peniti je. Darah pun sikit sangat. Bila tengok luka tu macam terkena cucuk jarum lah. Amyra nangis sekejap je. Lepas tu ok je ceria macam biasa. 

Prosedurnya pun sekejap sangat. sebab mudah dan cepat tak sampai 5 minit pun. Sebelum bawa anak untuk berkhatan tu, elok la ibu bapa pastikan anak dalam keadaan sihat. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ibu bapa diberitahu oleh pihak klinik supaya memakai lampin baru sebelum memulakan

Masa yang sesuai untuk bersunat bayi perempuan - Kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai sunat bayi perempuan kebiasaannya bawa selepas berpantang.
Sunat Bayi Perempuan

Cara penjagaan pula sangat mudah. Seperti menjaga luka biasa. doktor juga menekankan kebersihan terutama penukaran lampin. Sunat anak perempuan ini biasanya mengambil masa yang amat cepat untuk pulih. Lazimnya selepas ditahan dengan kapas, darah sudah tidak mengalir lagi dan anda tidak perlu risau jika bayi nampak selesa dan aktif seperti biasa.

Alhamdulillah..Akhirnya selesai juga nak sunatkan anak perempuan bongsu Kakya ni. eceh. So korang yang berdekatan dengan Puncak Jalil boleh la ke Klinik Siti. Saje kongsi kot la ada yang tercari-cari macam Kakya tempoh hari. 


Salam sayang
Ajuya Rashid


Continue Reading

09 June 2020

Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom



Hai korang, jom join segmen ni..Klik gambar kat atas untuk join tau. Jumpa disana

Sempena PKPP yang diumumkan sebentar tadi,
Mama Yan nak buat segment Bloglist PKPP. 
Segmen bermula pada saat ini dan tutup pada 30 Jun 2020.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Buat 1 entry bertajuk 'Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom'. 

2. Letakkan gambar 'screenshot' blog aziankhalil.com ni dalam entry anda dan backlink ke entry ini.

3. Follow blog aziankhalil.com ni


5. Letakkan link penyertaan anda dalam ruangan komen di bawah.

Hadiah: 

5 peserta pertama komen link penyertaan akan masuk ke bloglist PKPP secara automatik sehingga 31 Ogos 2020.

5 peserta segmen lagi akan dipilih secara rawak untuk berada dalam blog list pada 1 Julai 2020

1 peserta akan dipilih secara rawak untuk  memenangi 1 botol ' Mary Kay Eye Make Up Remover' yang bernilai RM64.


Continue Reading

29 May 2020

RESEPI ESP SHAKLEE DAN KURMA UNTUK MILK BOOSTER


Hai korang, harini Kakya nak share resepi susu kurma versi ESP Shaklee. Kakya tiap kali ramadhan memang amalkan ESP Shaklee dengan kurma. Tapi Ramadhan tahun ni Kakya ditemani oleh Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura.
Ibu menyusu macam Kakya ni memang perlukan susu kurma ni untuk membantu lebih bertenaga sepanjang berpuasa dan menyusu. Kalau tak puasa pun Kakya akan minum susu kurma ni dulu sebagai sarapan. Dah kenyang tak perlu makan benda lain dah. hehe. Since Kurma Ajwa ni banyak lagi maklum la ada 1KG haritu. So Kakya sambung untuk puasa ganti dan puasa sunat pulak. Kena la ganti awal-awal sementara dah terbiasa dengan puasa ramadhan tempoh hari kan 

Resepi susu kurma versi Shaklee 

Bahan-bahan 
  • 2 sudu besar ESP
  • 1 Sudu besar Performance Drinks
  • 3 biji kurma
  • Jika suka boleh tambah 1 cawan susu segar. Kakya jarang tambah susu segar sebab ESP dah cukup khasiat susu 
Cara-cara 
  • Rendam kurma yang dah dibuang biji dan potong kecil kedalam segelas air 10 - 15 minit
  • campur kan kesemua bahan ke dalam blender 
  • Blend sehingga cukup rasa..hehe.

Siap untuk diminum!


Kebaikan ESP 
  • Soya Non GMO yang tidak diubah secara genetik 
  • Bekal tenaga segera agar tidak mudah letih 
  • Sebagai Milk booster
  • Memberikan rasa kenyang yang lebih lama
  • Rendah kalori 
  • Bantu ibu-ibu untuk kekal langsing
  • Bantu baiki sel kulit (bonus kulit cantik)
  • Dapat cukupkan keperluan protein seharian ibu 

Kebaikan Kurma 
  • Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
  • Kaya dengan serat dan potassium
  • Penguat memori
  • Baik untuk wanita mengandung/bersalin
  • Penawar Racun
  • Merawat penyakit
  • Mengubati gangguan usus dan sembelit
Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah Madinah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya.”

Kebaikan susu kurma 
  • Mengenyangkan, beri tenaga dan sangat sedap 
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak dan ibu mengandung untuk kekal sihat dan bertenaga 
  • Sebagai milk booster untuk ibu menyusu yang kurang susu badan.
  • Memberikan kesegaran dan tenaga kepada tubuh badan.

KENAPA PERLU DAPATKAN KURMA AJWA ASLI MADINAH (RIHURA)?
  • Kurma Ajwa Asli Madinah original dari tanah Madinah AlMunawwarah
  • Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa
  • Gred 1 (lebih tinggi dari gred A) dan Gred Premium VIP
  • Buah segar dan terbaru (handpickup dari ladang pada awal tahun 2020)
  • Kurma tidak diperam lama-lama.
  • Kualiti premium, dijamin dan terbaik
  • Saiz standard, sesuai utk kanak2, golongan tua dan muda
  • Packaging yang menarik
  • Sesuai dijadikan gift set/hadiah
  • Harga berbaloi sesuai utk tempahan bagi sedekah/doorgift dan sbgnya
  • Trusted dan dipercayai
Jika korang berminat untuk dapatkan kurma ajwa dari Rihura ni boleh terus facebook dorang tau, macam-macam size ada. 

Detail lanjut dan testimoni boleh lihat di IG (https://www.instagram.com/rihuraherbs/) dan juga Fb Pages (https://www.facebook.com/rihuraherbs/)

Nak jadi ahli shaklee klik SINI

Continue Reading

13 May 2020

PG Mall Merchant Recruitment Incentive – Jana Pendapatan Tanpa Modal


PG Mall  adalah platform perdagangan (E-Commerce) No 1 Malaysia yang ditubuhkan sejak 2017 dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd PG Group. PG Mall bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan yang efisien untuk peniaga mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global. PG Mall adalah satu-satunya "e-commerce tempatan” di Malaysia.

PG Mall menggunakan konsep “ConsuMerchant” yang membuatkan ianya berbeza dari perniagaan online yang lain. Iaitu perniagaan yang berkongsi keuntungan yang memberi peluang kepada pengguna / pembeli untuk menjadi usahawan dan membina empayar perniagaan tetap dengan PG Mall.


Forever Cash Back up to 3.5%

PG Mall menghargai pengguna / pembeli sebagai rakan niaga jangka panjang dan dengan itu, PG Mall menawarkan ganjaran pengembalian wang berterusan kepada mereka sebagai ganti pembelian dan sokongan berterusan mereka, melalui program "Forever Cash Back up to 3.5%" PG Mall sendiri, di mana mereka akan diberi penghargaan kerana merujuk pembeli baru untuk membeli-belah dengan PG Mall melalui program “referral” pertama ini di dunia.


Merchant Recruitment Incentive – Jana Pendapatan Tanpa Modal




Tahukah anda, anda mampu untuk menjana pendapatan tanpa modal dengan “Merchant Recruitment Incentive” di PG Mall ni.

Bagi anda yang mepunyai rakan di luar sana yang menjual produk yang berkualiti, ada diantara anda juga berkawan dan kenal dengan pemilik jenama itu sendiri dan anda mahu mereka menjual di PG Mall. Boleh la anda memperkenalkan dan membawa rakan penjual anda ke PG Mall.

“Merchant Recruitment Incentive” ni ialah Insentif khas sebagai tanda usaha untuk anda yang berjaya memperkenalkan atau merekrut mereka ke PG Mall. Terdapat pelbagai insentif yang diberikan untuk pedagang yang berlainan yang membawa ke PGMall (Rujuk gambar “Merchant Recruitment Incentive” untuk keterangan lanjut).


Cara untuk merekrut atau memperkenalkan peniaga atau rakan anda ialah dengan mengisikan maklumat pedagang yang direkrut dalam borang dari pautan ini (https://bit.ly/RecruitMerchant). Dan ianya tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk pertanyaan atau keterangan lanjut boleh la menghubungi Ketua E-Dagang PG Mall (Bok 011-5509 7916)


Iprice Insights



Merujuk kepada “Mapping Malaysia Leading e-commerce Players - 2020 Quarter 1 Report” di Iprice Insights, PG Mall www.pgmall.my berada di tangga ke 3 platform e-dagang utama pilihan rakyat Malaysia. Manakala PG Mall adalah platform e-dagang No.1 keluaran Malaysia. Menarik bukan. Jadi PG Mall antara platform yang popular di kalangan pengguna dan juga pembeli online.




Iprice Insights menghuraikan pertumbuhan PGMall dalam beberapa tahun ini. Layari https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ untuk keterangan lanjut. Jadi sebagai perniaga / pembeli anda pasti teruja untuk menyertai dengan PG Mall kan.

Bagi anda yang berminat untuk mendaftar dan mengiklankan produk-produk perniagaan mereka di platform perniagaan PG Mall ni boleh la sign up di seller.pgmall.my. Manakala untuk Shopper anda boleh membeli belah di www.pgmall.my.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Website: www.pgmall.my
Facebook: PGMallOfficial
Instagram: PGMall.my


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Raya #RayaCampaign #PGMallSeller #PGMallMerchant #iPrice #2020Q1report




Continue Reading

12 March 2020

SET HAMIL SHAKLEE MURAH PERCUMA KEAHLIAN


harga set hamil shaklee
Set Hamil Shaklee ni memang mendapat tempat di hati setiap bakal ibu. Mana tak nya jimat sangat kalau beli sekarang ni, ada diskaun sehingga 10%. Bukan murah je tau siap dapat keahlian percuma yang berharga Rm35.00. Set Hamil Shaklee juga antara set paling popular dikalangan pelanggan Shaklee Kakya.

Apa Yang Best Sangat Set Hamil Shaklee Ni?

  • Sesuai diambil dari awal kehamilan untuk membantu tumbesaran bayi didalam kandungan dan memberi tenaga serta nutrisi kepada mama. 
  • Bila badan sihat, mood ceria..mama dan baby lagi bertambah sihat kan nak bersalin pun senang. 
  • Memberi tenaga dan mengurangkan kelesuan/ cepat letih ketika hamil
  • Mengelakkan sembelit ketika hamil
  • Mengelakkan cramp kaki atau tarik mengkarung 
  • Menstabilkan tekanan darah mama
  • Menstabilkan kenaikan berat badan 
  • Mencegah strechmark dengan pengambilan vitamin c dan esp
  • Mencegah kulit kusan (kulit makin berseri)
  • Emosi lebih stabil
  • Menguatkan sistem imun bakal ibu dan bayi yang dikandung.
  • Mencegah komplikasi kehamilan (kencing manis, darah rendah, kencing kotor dan lain-lain)
  • Menyokong perkembangan otot bayi

Fungsi Setiap Produk Dalam Set Hamil Shaklee.


Hish, banyak nya nak kena makan? Kenapa kena makan banyak-banyak ni? Hehe, Kalau makan nasi dalam sepinggan lengkap tu ada tak kita makan nasi untuk karbohidrat, ikan untuk protein, sayuran untuk serat, iron atau vitamin-vitamin lain. Macam tu la juga vitamin Shaklee ni. Diasingkan setiap nutrisi. Lagipun bukan kena telan sekaligus uolls. Sebiji sehari ataupun 1 atau 2 jenis je setiap kali makan. Kat bawah nanti Kakya bagi cadangan cara makan set hamil ni ye. 
  1. Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang tebaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah. 
  2. Bcomplex - Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.
  3. Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
  4. Ostematrix - Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang, kebas-kebas atau cramp.
  5. ESP - Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh. Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Disamping MEMBERI TENAGA pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.
  6. Omega Guard - Mengandungi asid lemak omega-3 yang diperlukan oleh bayi untuk pembentukan otak, saraf, mata dan organ lain yang sempurna.


Cara Makan Set Hamil Shaklee 

Cara makan set hamil shaklee ni tak adalah strict sangat. Tapi cadangan yang Kakya beri adalah masa yang paling sesuai untuk ambil. Kalau dah terlupa tu tak kisah je bila-bila masa nak ambil pun. 
  • Sebelum Sarapan - ESP 2@3 Sudu besar / Scoop
  • Selepas Sarapan - Bcomplex 1biji, Vitalea iron formula 2biji, Vitamin C 1biji
  • Selepas Makan tengahari - Omega Guard 3biji
  • Sebelum Tidur - Ostematrix 3biji
Haa, tak banyak pun kan. Lagipun semasa hamil la kena lebihkan nutrisi bagi memastikan keadaan ibu dan bayi cukup segala nutrisi. 


Testimoni Set Hamil Shaklee


Alhamdulillah lepas minum set hamil shaklee badan rasa lebih bertenaga. Sebelum ni saya ada alahan, selsema setiap pagi. Masalah berlarutan lebih kurang setahun jugak. Pagi-pagi nak solat subuh tu memang terganggu la sebab asyik bersin je. Dah cuba ubat hospital dengan ibat homeo sekali. Tapi sama je. Saya dah 6 hari makan supplement shaklee. Alhamdulillah dah takde bersin pagi-pagi. Kalau tak kak bayangkan saya pregnant pagi-pagi bangun bersin tak best. Pergi toilet pun takde sembelit.


Alhamdulillah dengan set hamil shaklee dan continue dengan set berpantang shaklee saya dapat menghasilkan sto susu yang menggembirakan. Apa yang menambah kegembiraan saya kulit menjadi bersih. Bukan setakat saya sahajatetapi baby saya juga bersih. Bukan saya sahaja yang perasan tetapi nurse yang datang melawat serta rakan hospital semasa saya kena admit kerana baby demam juga ada menegur.

Harga Set Hamil Shaklee

Harga set hamil shaklee dari bulan Mac hingga bulan Jun 2020 hanya lah Rm438.30 jimat Rm48.70 dari harga ahli. Anda juga layak untuk dapat keahlian percuma dan juga penghantaran percuma. Murah sangat. Kakya pun tak dapat harga ni tau. Hehe. So apa lagi terus hubungi Kakya untuk order ye. 012-6102263




Continue Reading