Star Cruise Libra day 3 kami akan disembark di Pathong Beach, Phuket. Lepas tu akan bergerak ke Carol Island iaitu Banana Beach, phuket.
Seawal 9 pagi dah berkumpul di galaxy of star bertempat di deck 5 kapal. Mendengar taklimat dari crew kapal untuk transfer menaiki boat kecil ke Pathong Beach.
Transfer dari cruise ke boat. 1 trip boat kalau tak silap AR muat 200 orang. so kena la 2 kali boat untuk geng Shaklee je. Penumpang lain pandai2 la kome. haha
Bergambar dengan mak dan bapa mertua sahabat AR dalam group shaklee di dalam boat. Yang best nya sahabat ni layak dapat 2 tiket percutian ni. Tapiii beliau hadiahkan tiket tu untuk honeymoon dorang berdua. waaa..i is very the jelous. Beliau siap pesan minta tengok2 kan parent in law dia. Best tak?
Sempat berjalan ke belakang boat untuk bergambar. Cruise tunggu kita orang berjimba di phuket jap. Petang nanti kita orang balik ok. hehe. Stiker A2 kat baju tu untuk naik bas nanti di phuket untuk ke Banana Beach.
agak jauh juga la nak berjalan ke stesen bas tu kan. sempat snap gambar cruise kat tengah laut sana. Kalau nampak boat yang dan susur tu la yang dah di lalui untuk sampai ke pantai ni
Sambung jalan lagi untuk ke stesen bas yang dah tunggu untuk ke Banana beach (coral island)
Lebih kurang 1/2 jam naik bas..sampai la ke tempat untuk naik boat ke coral island tu.
Dah sampai ke Banana Beach, Phuket tu berjalan la atas benda alah ni terhoyonh hayang weh. haha...terasa jugak la nak mabuk tu. tapi jalan laju2 bagi cepat sampai ke darat. hehe
Posing dulu sebelum tukar uniform untuk zipline dan snorkeling di pulau ni. Ini adalah sebahagian group Shaklee2u yang layak ke Star Cruise Libra
Settle ber zipline...zipline ni adalah flying fox yang ada beberapa lintasan kita kena lalui. Kalau tak silap AR ada 11 line kena lalu. bila berada kat tempat tinggi tu kita akan nampak la view lautan membiru tu kan. Best sangat...takut pun ada. Tapi perasaan tu lebih kepada nak mencuba. hehe. dan nak tengok pemandangan dari atas.
Lepas dah hilang debor tu, perut pun dah lapar. hehe..Alhamdulillah kami dihidangkan dengan hidangan masakan Thai. dah pasti la original thai kan. Buffet dan sangatttt sedapp. Macam nak nangis makan pun sebab sedap sangat. haha
signature of thailand harus la ada. pulut mangga. somtam.
Dah makan kenyang-kenyang AR dengan bff pergi snorkeling kat pantai pulak..Tapi ikan takde sangat sebab kita orang takde umpan. Apa2 pun seronok sangat kat pulau ni. Dah tak fikir sun burn ke apa dah. fikir nak release je. Maklum lah suri rumah dah terlepas ni. hehe
Selain aktiviti zipline dan snorkeling ada juga aktiviti banana boat, parasailing dan sea walker kat Banana Beach ni. Sape yang menang masa game tu dapat la voucher masing-masing kan. hehe. semua orang enjoy.
Lepas turun bas kami diberi masa untuk pusing patong beach ni dan kena berada di tempat turun boat pagi tadi jam 5.30 boat terakhir. siapa lambat tinggal. haha.
Benda pertama AR dan Jeki terkam ialah pancake phuket. haha. sambil makan pancake sambil jalan cari Hard Rock Cafe.
Sampai Hard Rock Cafe, Phuket shopping 2 helai je baju untuk si dia kat rumah tanda terima kasih lepaskan isteri nya selama 5 hari ni. hehe
Lepas jalan2 patong beach shopping souvenier skit kat kedai2 tepi tu sambil jalan balik ke boat singgah pulak makan coconut ice cream dia. sedappppp jugak. haha. sambil ice cream sambil berdarah hidung. opsss. kat pantai tu memang penuh pelancong tengah berjemur uolls.
Selamat naik boat untuk balik ke cruise. Nasib baik tak kena tinggal kan. Dah sedap makan ice cream, nenas manis. boat terakhir kita orang naik. hehe
Dah naik kapal..berehat2 jap sambil minum air habiskan voucher yang dapat haritu. Malam nya kami ada dinner dengan captain. eceh. nama dinner tu "captain night dinner" so kena pakai formal dan berkasut. Lepas minum masuk cabin untuk bersihkan diri dan bersiap untuk dinner.
Hidangan malam tu takde nasi uolls. hehe..tapi sedap sangat. lepas makan, sebelum dihidangkan pencuci mulut ke apa tah ada persembahan dari chef dan crew2 yang hidangkan kita orang makan. haha terhibur la jugak. kagum. sebab terbayang2 je macam dalam tv. cerita2 muzikal tu kan. lepas masak tiba2 nak kena perfom kan. lepas dah basuh pinggan tiba2 kena buat persembahan pulak. hehe
Anyway best jugak untuk hari ketiga. Nanti AR sambung untuk hari keempat ye.
Percutian percuma star cruise libra day 3
Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com
Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.