18 December 2017

PERCUTIAN PERCUMA STAR CRUISE LIBRA DAY 2



Posing dulu kat bilik sebelum memulakan percutian percuma star cruise libra di hari kedua. hehe..comel je bilik nya kan. Memang kalau nak sumbat lebih tak boleh. 

Ni la roomate AR sepanjang di cruise, aka upline AR dalam Shaklee. Best dapat belayar dan bercuti dengan upline sendiri. lagi best beliau adalah bff AR sejak zaman UUM. waaaa rindu dah ni. Boleh borak2 sepanjang 5h4m tu.haha





Sarapan di 'Four season restaurant" buat pengetahuan uolls, dalam cruise ni ada beberapa restoren yang boleh kita pilih untuk sarapan ke, lunch ke atau dinner. Tapi boleh masuk 1 restoran je la dalam 1 masa. Jangan pula dah makan kat four season pergi pulak makan kat spices (nama restoren lain), sebab tu tiap kali masuk mana2 kena swap kad cruise.



Lepas sarapan sementara menunggu aktiviti bermula AR jalan2 la dulu kat tingkat atas sekali cruise. Subhanallah teruja sangat bila naik ke deck ni. rasa macam release sangat. Cantikkkkk



Buat senaman skit, Pihak cruise punya ni memang ada tiap2 hari. Tapi yang dah tentuk khas untuk shaklee. Kalau uolls pergi sendiri boleh la explore memang banyak aktiviti atas cruise ni yang pihak cruise sediakan. Memang tak sempat bosan pun . 

Nampak tak orang tu duk depan sekali tu. semangat hehe. 




Lepas senaman ambil group photo. seramai hampir bisnes leader shaklee yang layak dapat tiket percuma ni. so uolls rasa dalam ribu2 contoh AR ambil 10,000 pengedar shaklee je. Senang-senang nak dapat tiket ni? Kena la usaha lebih kan. Tapi tiket ni uolls akan rasa tanpa sengaja bila kita share share share kebaikan produk2 shaklee dengan orang di luar sana. Bonus ni akan datang sendiri. In Shaa Allah.



Ada game scavenger hunt, kami diminta untuk mencari nama tempat dalam cruise ni dan dapatkan nama serta tandatangan staff atau crew yang menjaga bahagian tersebut beserta password. ahakss...kapal ni luas uolls. berlari2 la kami nak dapatkan semua tu. 

Kami diminta untuk daftar kumpulan masing2. Dan kumpulan kami diberi nama "S2U awesome" hehe. kumpulan no 20.




Haa..Lepas dah siap tugasan tu dapat cenderahati topi dan sebotol vitamin c worth rm97.00 uolls. Best betul shaklee ni. apa lagi posing la dengan topi baru.ahakss

Keputusan pertandingan pagi ni akan diumumkan malam nanti masa dinner. haa malan nya kita orang ada dinner tema "sarong nite". Bersarong la kita malam nanti. 


Sampai Langkawi bas dah tunggu untuk transfer ke under water world and coco valley untuk shoppingggg. suka tak boleh turun kapal pergi shopping choklat. tak payah pening..Shaklee dah arrange dah. 


Bergambar kenangan depan underwater world..AR tak masuk pun..takut tak cukup masa nak shopping. ahakss. Lagipun kena bayar macam tak berbaloi kalau nak masuk sekejap je





Done shopping choklat total bil Rm470++ haha. Kutip tak hingat. apa yang AR ingat aku suka ni, anak aku suka ni, adik aku suka ni, kakak aku suka ni. So kutip2 hmmmm hamik ko. 





Pkul 6 dah transfer balik ke jeti. Habiskan masa bergambar kat bawah sebelum masuk ke kapal. 



Lepas dah berehat shopping choklat..siap2 untuk dinner "sarong nite" pulak. kan dah shopping kain batik kat langkawi tadi. haha


So..ini la hadiah AR untuk game pagi tu..ok la tu kan..dapat voucher zipline di coral beach, phuket nanti. ahakss..tak zabarrr. tudung wanita melayu pun dah terkebelakang. adoi. nak bersarong sangat kan. 


Hadiah lucky draw malam tu..collagen dan vivix uolls, ferrano blender pun ada uolls..waaa..dan yang best nya AR seketul pun tak bertuah. hahahaha


Bergambar dengan ais SHAKLEE...dah hujung2 dah ni kain di kepala pun dah turun ke bahu. hehe


sempat berpoco-poco...dari official photo shaklee...terkojut haa jumpa gambar ni kat page shaklee malaysia. hehe..kantoi umi duk berjimba atas kapal.

Habis dinner boleh la jalan2 atas kapal..cari aktiviti sendiri. macam2 ada boleh tengok pada star navigation. nak pi karaoke ke, tengok magic show ke. Tapi AR pilih balik cabin tidur..hehe nak berehat untuk Percutian percuma star cruise libra day 3 pulak

Percutian percuma star cruise libra day 1


Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com


Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.

3 comments:

  1. teringin nak naik cruise.. tapi mabuk laut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saya pun rasa nya dulu2 mabuk laut masa zaman U. haritu naik ok je. Alhamdulillah la..dapat la enjoy atas kapal tu kan

      Delete
  2. Alhamdulillah..setakat ni dah 4 tahun layak untuk tiket. tapi ni first time dapat pergi sendiri. hehe. In shaa Allah pasti satu hari nanti dapat pergi. usaha tangga kejayaan. hehe

    ReplyDelete