21 December 2017

PERCUTIAN PERCUMA STAR CRUISE LIBRA DAY 4


Percutian Star Cruise Libra hari keempat di sambung ke Penang. Boleh tengok itinerary kami akan ke Bukit Bendera. Tapi memandangkan Bukit Bendera ditutup sebulan akibat penang dilanda banjir besar tempoh hari. Tukar arah ke Komtar la kita.


Breakfast dulu apa2 pun. Always the best..tak makan banyak tak sah. haha


Lepas lunch sambil habiskan masa jalan2 di Deck 4 beli cenderamata cenderahati star cruise. Kapal comel ni kalau tak silap AR Rm50.00. so AR xbeli. haha. yang pasti cokelat2 harga nya 2 kali ganda masa AR beli kat langkawi haritu. AR beli pen comel gak. lupa ambil gambar. haha..dah bagi orang. 


Sambil tunggu cruise parking di port penang sempat coaching di tempat berkumpul kita orang iaitu di deck 5 "galaxy of star" , Super upline dan sideline AR la ni. Bila bersembang dengan dorang terkadang tu ujian dorang lagi hebat. Tapi bila ada kemahuan pasti ada jalan kan. Kalau tidak tak mungkin kami dapat trip ni. 

Dah turun nanti kita kena chop passport sebab masa check in haritu kita dah chop untuk ke phuket, So kena check out balik passport. walaupun taknak turun penang kena turun chop passport jugak. lepas tu naik kapal balik kalau taknak naik bas ke mana2. 




Dah sampai The Top Penang, Komtar. Rainbow Sky Walk. Berada di tingkat 68 Komtar. Perghh kalau gayat jangan naik. haha. Harga tiket The Top Rainbow Sky Walk ni Rm68.00 sama pulak dengan tingkat nya. agaknya 1 tingkat uolls lalu dia cas rm1. hahaha. 







Nak jalan kat sky walk tu kena pakai sarung kasut tau. Agaknya tak bagi lekat tapak kasut kita kot nanti tak cantik pulak kaca tu. Gayat tak tengok? Mula2 AR pun macam ketar lutut. lama2 ok je..siap baring2 lagi. haha


Bila dah kat atas tu posing la habis-habisan. Boleh nampak Penang, lautan dan yang penting nampak Star Cruise sedang menanti kita orang jalan-jalan Penang. hehe. 


Lepas jalan Komtar kami pi makan nasi kandaq line clear plak. Naik bas dari Komtar dah rasa lapar dah. hehe. Alhamdulillah santap la kami kari kepala ikan. 


Wajib beli jeruk la kan pi Penang. Shopping jeruk sikit je takut tak larat nak hangkut. Beg pun kecik je bawa nya

Gambar ni pun kena share jugak..sebab masa star cruise bergerak meninggalkan penang ada 1 cruise lagi tengah park kat port situ jugak. So dapat la tengok cruise yang lagi besar dari star cruise Libra tau. Star Cruise Libra dapat muatkan 1600 orang, Royal Carribbean ni pulak boleh muatkan lebih 2000 orang. dan lagi best kot. haha sebab nampak ada balcony. Star cruise xde balcony langsung. ahaks..kagum..nanti duit banyak tak de nak buat apa boleh la try. haha boleh eh try try. 


Sambil tunggu time dinner tu sempat la kemas skit untuk check out esok pagi nya. Sebab esok pagi pukul 5.30 dah kena bangun wey. Check put pukul 8. uwaaaa xnak balik lagi. kesian katil comey titew penuh beg. haha. Ni dah control dah shopping ni.



Pukul 10 pulak ada dinner farewell party, konon nya esok kan kita orang dah nak balik. Bertemakan "Banana theme" semua makanan tema pisang. cekodok pisang ada, goreng pisang ada hehe. Walaupun dah kenyang makan Nasi kandaq, lepas tu dinner pukul 8, lepas tu supper banana theme pulak. huwaaa memang malam tu rasa perut dah mengandung 6 bulan. Tapi sumbat jugak tu sebab memang nak rasa semua masakan atas tu. ishhh

Siap ada persembahan dari crew..sangat comel ok. Tak boleh tahan nengok nya. Cuba bayangkan smart2 sebagai manager department masing2 tiba2 kena menari. ish. Best nya haha. Macam dalam tv pun ada. haha. Serius AR tak dapat bayangkan pun semua2 ni sebelum ni. Hebat


Dah jamah cekodok, AR dengan roomate pergi pusing2 cruise singgah di "galaxy of star di deck 5 ada persembahan rock n roll. hehe. masa ni crew banyak interact dengan penonton. miming dan tarian je lebih. tak pergi pun takpe kot.  

Lepas layan Rock n Roll naik deck 9 balik jamah lagi sikit. haha..perut dah nak meletup. nak gak rasa spageti cabonara tu. adoi...manyak gila makan.


Lepas tu balik la ke bilik chit chat dengan upline aka bff akan roomate sampai pukul brapa ntah nya baru tidur. Esok nak balik dah kan. 

Bersambung untuk esok di hari kelima hehe




Call / sms : 012-6102263
Whatsapp : Ajuya Rashid 
Telegram : Ajuya Rashid
Facebook Mesengger : Ajuya Rashid
Email : ya_rar@yahoo.com


Pengedar Shaklee (SID : 920211) Di Putra Heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan dan Alam Megah, Shah Alam.



17 comments:

  1. Wah bestnya. Dah masuk wishlist dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus pergi mama..best sangat2. AR pun rasa nak bawa anak2 pulak ni. hehe

      Delete
  2. Gayatnya berdiri kat cermin leh nampak bawah tu. Idak la nak mencuba. Menarik gak percutian atas kapal ni....tak pernah merasa lagi....

    ReplyDelete
  3. Bestnya bercuti naik cruise. Percuma pulak tu. Hopefully one day dpt naik cruise.

    ReplyDelete
  4. Seronok nya nampak. Nak kena start menabung dah ni hihi

    ReplyDelete
  5. wah.. bestnya dapat meras anaik starcruise Libra.. pemandangan laut yang indah.. pastinya menjadi sweet moment sampai bila-bila kan

    ReplyDelete
  6. memang seronok sebenarnya naik starcruise ni. pengalaman cukup menarik dan harganya pun sebenarnya berbaloi! kalau ada peluang memang nak naik lagi. :)

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat naik cruise. Kalau saya mungkin tak pergi kot sebab mabuk laut teruk. Tapi bile tengok gambar, nampak best sangat

    ReplyDelete
  8. Kalau ana gayat dah nak bergambar dekat sky walk tu sis. Ketaq lutut dibuatnya. Hehe.

    Memori indah ye sis dpt naik cruise dan ada byk aktiviti. Comel je baca part persembahan crew semua tu.

    ReplyDelete
  9. Ala rindunya nak naik Cruise. bestnyaa

    ReplyDelete
  10. Bestnya. Nak Naik cruise Libra jugak...Lama tak cruise

    ReplyDelete
  11. No doubt! SHAKLEE is the best in appreciate the diatributors 😍

    ReplyDelete
  12. Wow! I would love to have a free ride too 😂 but nice photos and details provided, it's great!

    ReplyDelete
  13. Dari dulu teringin nak naik cruise.. Bilalah berkesempatan ya?

    ReplyDelete
  14. bestnya naik cruise. part kat skywalk tu, Mai tengok pun dah gayat. boleh bayang dah macam mana kalau Mai duduk atas tu heeee

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. Wow tahniah kak ! dapat naik cruise tu memang best kot ! ;)

    ReplyDelete
  16. Memang dalam wish list nak bercuti dlm cruise ni... Mmg tengah survey2 harga dan lain-lain tq share info ni. Boleh buat reference

    ReplyDelete